Apa Lagi Yang Ku Cari

Bagaimana mahu dimulakan pun tidak tahu. Tapi beban menangung perasaan ini sudah terlalu memenatkan.

Terfikir juga, bagaimana perasaan dan pengalaman ini akan memberi pengajaran kepada pembaca ruangan ini nanti.

Jadi saya mohon, pertimbangkan baik-baik teladan daripada kisah saya ini.

Saya sudah berusia, berkahwin dan punya anak-anak yang bijak dan telahpun dewasa.

Berkahwin dengan suami, Adam setelah orang yang saya cinta, Sham yang tidak langsung berjuang untuk mendapatkan saya.

Sham hanya berjuang setelah saya menjadi tunangan orang, malah setelah ketahuan waktu itu Adam lebih berjuang keras untuk kekal hidup dengan saya.

Jadi dengan perasaan yang berbelah bagi, saya memilih Adam untuk menjadi suami saya setelah melihat kesungguhannya.

Namun perasaan cinta pada Adam tidak kekal lama. Rasa itu, masih juga pada Sham. Saya lawan, lawan, lawan dan cuba dan cuba dan cuba buang rasa itu dari dalam hati saya.

Lebih memburukkan keadaan, hubungan saya dengan mentua tidak baik dan Sham pula tidak pernah berkahwin sampai sekarang.

Seringkali saya meminta cerai daripada suami namun hanya dalam hati.

Saya tidak ada sebab untuk meminta cerai daripadanya. Dia tidak berbuat salah malah sangat sempurna untuk saya.

Malah kami menjadi pasangan idola kepada keluarga sebelah saya. Saya menjadi perempuan yang hipokrit dengan sempurna sekali.

Sudah bertahun-tahun saya cuba untuk buang rasa tu, lawan rasa tu. Agama, kaunseling dan nasihat rakan-rakan yang memahami, tidak membuahkan hasil.

Kalau saya tahu cinta saya terlalu mendalam ke dia. Saya takkan kawin dengan Adam. Namun, semuanya sudah terlambat.

Ada banyak hati yang akan terluka jika saya memilih untuk menurut rasa ini.

Adakah saya akan hidup begini sampai ke akhir hayat saya?

Ada 1 lagi yang saya belum buat untuk melupakan Sham iaitu berdia untuk buang dia di depan Kaabah.

Mohon doakan saya supaya membuang rasa terhadap Sham.

Saya mahu hidup dengan mencintai Allah dan ikhlas cintakan suami sayang yang sangat baik.

– Thia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit