Mak Toksik

Salam semua, aku nak kongsi bagaimana keluarga toksik ini boleh memberi kesan kepada kehidupanku dan juga adik beradik yang lain

Bapaku kerja sendiri, ibuku kerja kerajaan. Adik beradik ramai dan jarak rapat. 

Dari kecil, bapa tidak bertanggungjawab dari segi nafkah. Ada duit enjoy sahaja dan tidak berkomunikasi dengan anak-anak dari kecil hingga besar. Ibu yang banyak belanja rumah walaupun gaji ciput. 

Perhubungan ibu dan ayah juga tidak normal. Suami isteri bercakap “Aku dan engkau”. Penuh caci maki, perkataan buruk adalah biasa. 

Kami belajar dari menonton perilaku mereka dan sentiasa berazam tidak mahu menjadi seperti mereka. Mengutuk sesama sendiri memang tak perlulah cakap. Mengutuk kawan kawan. Merekalah juara walaupun tidak hebat mana. 

Layanan ibu kepada anak yang masih sekolah rendah amat kasar. Kalau merajuk memang tak pujuk walaupun masih darjah 3.

Kalau 2 minggu, maka 2 minggulah tak bercakap. Kalau dah besar sikit makan tahun lah tak bercakap dirumah. Ada juga yang tak balik langsung lepas 4 tahun. 

Semasa di sekolah, cari perkhidmatan kaunseling. Hari hari mata bengkak. Pasal apa?? Bergaduh dengan mak…bila dah besar pun sama. Perangai mak ini suka mencari kesalahan, perangainya telah direka bentuk begitu, spesis design macam tu. 

Nak tahu gaduh pasal apa? Pasal tisu. Tegur jangan guna tisu bila ada hingus, cawan tak basuh, pinggan tak tolong basuh, guna bilik air, pasal makanan, air coke, guna bilik yang tiada orang. Pasu bunga pecah.

Benda benda bodoh dan remeh je tapi cara makinya, ungkitannya cannot go lah. Tak padan dengan perbuatan. Tak bertegur sapa makan tahun adalah hasil mulut yang jahat itu.

Dia pun bukanlah jenis nak bincang malah rasa bangga tak bercakap dengan anak anak. Di kutuk pulak anak itu depan anak anak lain.

Apalagi perangai mak toksik ini hanya bercerita di sebelah pihak di sahaja. Adik adik yang lebih muda pergi menyeranglah si mangsa.

Makinlah jauh hati…. Dan makku seronok dengan kuasanya… dengan porak peranda yang dibuat. Dengan labelkan “Derhaka” anak yang sedih, merajuk kerana tuduhan dia, adu domba dia, hasutan dia, fitnah dia. 

Inilah cara kami adik beradik dididik penuh dengan mental torture. 

Semasa budak kecil lepas bantu ibu bapa rasa seronok tetapi ada sahaja dikomplen benda lain. Jangan aku cerita lah hari hari dari kecil sampai ke besar dia complain pasal perangai ayahku, ipar duai, mak mertua dan kawan kawan.

Komplen berterusan sehingga ada dikalangan mereka telah meninggal dunia pun barulah dia stop mengata. Depan baik. Belakang mengata tak ingat…

Pendek kata mengata orang memang di hujung lidahnya. Orang semua tak elok. Dialah yang terpaling hebat di dunia padahal belajar pun tak tinggi tapi kutuk kawan kawan yang lebih hebat. 

Di hadapan, pandai berpura pura.. Di belakang dikutuknya. 

Bila dah tua, ingatkan dah berubah. Lagi banyak pergi masjid, pergi mengaji. Hari hari bawa balik cerita pasal orang tu mengaji slow lah, lembabla, jamuan masjid tak sedap lah, itu tak masin lah. Kerjanya mencerca manusia dan makanan. Astaghfirullah.

Ayahku tidak menegur kerana kalau ditegur maka melentinglah mak aku. Jadi memanglah ayahku tidak membimbing dia dari mula kahwin sehingga hampir 50 tahun usia kawinnya. 

Kesan dari ini. Ayahku seperti manusia dayus kerana tidak tegur perangai buruk mak aku…

Ayahku melepaskan dendam dan sakit hati dengan mulut mak aku dengan cara lain… bersambung part 2 nanti. 

– Lala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ayah yg tak function sebenar nya. Nama je lelaki. Dayus dgn lembik. Penat mak kau tu berganda2 tahu? Tunggu kau kawen dan jadi mak baru kau rasa. Mak tu ntah2 sakit pun tak boleh nak rehat. Mengandung kan kau adik beradik. Pergi kerja balik smbung buat kerja rumah lagi. Hadap perangai bapak kau yg tak semegah tu lagi. Ulang la rutin tu sampai mati.

    Mak bising pinggan tak cuci? Bising la weh kau dh besar panjang cukup akal waras anggota tgn kaki semua pun nak tunggu mak bising baru buat ke? Cuba jgn buat bnda yg trigger mulut mak. Mak tu banyak pendam dlm hati. Tu pasal dia lepas kot mulut laser dia.

    Perempuan kalau emosi dia stabil…tangki emosi dia penuh…dia la yg terpaling lemah lembut. Cuba deep talk dgn mak tu.

  2. xpela klo boleh xpayah sambung ..stress pulak sy baca..hehe
    Dia satu je sebab..SOLAT..
    Kalau satu family solat insya Allah keluarga akan bahagia & tenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *