Assalamualaikum buat semua. Nama saya Siti (bukan nama sebenar) berusia 30 tahun. Sejak saya kecil saya telah dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang bermasalah.
Saya mempunyai seorang ayah yang sangat panas baran dan kuat cemburunya dengan ibuku. Kalau korang nak tahu macam mana sifat ayah saya, awak semua boleh tengok cerita ‘andai takdirnya’ lakonan syukri yahya. Memang sama dengan watak ayah saya.
Saban hari saya hidup dalam ketakutan kerana boleh dikatakan setiap minggu Ibu saya akan dipukul hanya kerana cemburu buta. Sedangkan Ibu saya hanya suri rumah sepenuh masa. Tak pernah berhubung dengan mana2 lelaki walaupun jiran kami.
Kakak saya pula membesar dan menjadi semakin memberontak dan liar. Dia semakin biadab, banyak teman lelaki, dan sangat berkasar dengan Ibu.
Beza umur saya dan kakak adalah 13 tahun. Jadi saya masih kecil dan tidak mampu melakukan apa2. Saya sedih tatkala melihat Ibu ditimpa ujian tanpa henti.
Abang saya pula baik orangnya tapi dia juga trauma dengan sikap baran ayah sehingga menjadi pendiam sampai ke saat ini usia beliau telah mencecah 37.
Saya mempunyai semangat dan cita2 yang tinggi tetapi ketakutan saya melebihi segala-segalanya. Saya menjadi seorang yang tiada keyakinan diri sejak kecil.
Saya hanya seorang pelajar pintar yang tidak pandai bersocial. Saya seronok tengok kawan2 bebas tetapi saya hidup dalam keadaan takut dan tidak tenteram.
Saya lalui hari dengan sabar sampai lah usia saya 15 tahun. Itulah ujian terberat dalam hidup saya. Saya kehilangan orang2 tersayang, seperti maksu, paklong dan Pak ngah saya. Mereka adalah kekuatan saya. Sudah sampai masa mereka kembali kepada Allah kerana sakit.
Ayah pula asyik pergi berubat ke sana sini sebab katanya dia terkena buatan orang. Ayah masih sama kerap marah dan pukul Ibu.
Tetapi saya manja juga dengan ayah dan selalu usaha dan beri nasihat buat dirinya. Selalu saya ajak ayah buat solat jemaah tetapi sayang ia hanya tinggal angan2. Ayah tidak pernah solat atau puasa.
Sampai satu masa ujian yang berat buat saya terlafaz satu doa.
Saya berdoa sekiranya ayah saya tidak dapat berubah saya berhajat Allah ambillah nyawanya. Kerana saya tidak sanggup melihat ayah saya membuat dosa yang semakin banyak dan saya berjanji akan usaha jadi anak yang baik dan selalu mendoakannya di sana.
Tak berapa lama ayah sakit teruk, saya mendapat tanda 2 minggu awal dengan melihat hujung telinganya semakin melengkung ke dalam, matanya hilang sinar dan hidungnya jatuh (yang faham je faham maksud saya).
Ketika itu saya sedang sibuk dengan spm tapi setiap malam saya baca yassin sambil menangis minta Allah mudahkan urusan ayah dan saya minta jangan lah Allah biarkan walau setitis air mata saya mengalir. Sebab saya nak jadi penguat semangat Ibu.
Alhamdulilah doa saya makbul, disaat saya pulang dari sekolah. Telefon rumah berdering tanpa henti.. Saya mengangkat dan makteh memberitahu bahawa ayah sudah tiada.
Saya terus meletakkan telefon, bergegas mengambil wudhuk dan bersujud minta Allah kuat kan saya.
Ya sepanjang urusan ayah ia dipermudahkan Allah. Baiknyaa Allah dia buat wajah ayah tampak bersih. Saya berdoa Allah tutup aib ayah kerana saya takut kalau Allah buka aib ayah atas asbab dosa2nya tapi alhamdulilah tidak.
Cuma saya ada termenangis 2 kali sebab saya dibuli oleh saudara ayahku yang lebih tua. Diarahkan saya buat itu dan ini tanpa henti sedangkan saya langsung tidak berehat, baju sekolah juga tak sempat disalin sebab rumah dah penuh dengan orang.
Kedua, kakak saya datang lambat ke rumah (dia sudah berkahwin dan tinggal berdekatan rumah saya). Waktu saya nampak dia datang, saya gembira sebab ada juga yang sudi bantu saya.
Malangnya dia datang marah2 sebab cakap saya tak kemas rumah, tak mop lantai, tak buat itu tak buat ini. Saya ditenking di hadapan kawan2 saya. Malu tapi saya masih kekal usaha untuk senyum.
Saya menangis di tanah perkuburan kerana kakak cakap sia2 ayah sayangkan saya lebih dari dia dan abang, bila ayah mati setitis air mata saya pon tak keluar. Hakikatnya saya telah usaha membahagiakan ayah dan menjadi kebanggaannya di sepanjang hidupnya.
Ayah saya bukan orang yang baik, tetapi tanggungjawab saya untuk usaha menjadi anak yang baik. Sampaikan disaat akhir sebelum ayah kembali pada Allah, dia cakap pada saya dia sayangkan Ibu dan saya. Tetapi dia banyak dosa dengan kami.
Ayah kata dalam semua anak ayah tangan ini lah (tangan saya sambil digenggam ayah) yang akan membawa ayah ke syurga.
Akhirnya tinggAllah saya dan Ibu. Kami bahagia hidup berdua. Saya masih berusaha utk spm ketika itu.
Sehinggalah pada suatu hari sekolah saya mengadakan solat hajat untuk spm dan ia diadakan di masjid berdekatan rumah saya. Semua pelajar dijemput hadir. Waktu saya duduk bersama sahabat di dalam masjid saya nampak seorang senior lelaki baru masuk ke masjid.
Jantung saya berdegup dengan sangat2 laju. Saya istighfar banyak2, saya tahu itulah kali pertama saya jatuh cinta. Senior saya dah satu sekolah dengan saya sejak tingkatan 1 lagi tapi dia tak kenal saya sebab saya pendiam, dia pula sangat aktif dalam semua bidang. Agak terkenal ketika itu.
Saya selalu melihatnya di atas pentas, jadi imam ketika solat beramai2, buat aktiviti bersama guru. Tapi saya tidak pernah berdebar seperti waktu berada di dalam masjid. Lintasan hati saya cakap itulah jodoh saya.
Saya geleng kepala menjawab dalam hati, mana mungkin sbb saya ni introvet, susah orang nak kenal saya. Silap2 tak kawen sampai ke tua. Saya niat dalam hati kalau dia jodoh saya, harapnya esok bertemu di sekolah dia akan pandang wajah saya.
Ya kami lalu berselisih tetapi dia tak pandang wajah saya. Dan memang senior saya ni serius orangnya. Jalan memang straight je. So saya kata k mainan perasaan laa tu.
Lintasan hati saya datang kembali cakap, sekarang belum masanya tetapi dia akan datang cari saya 3-4 tahun lagi. Saya kata gila dah saya ni. Duduk 1 sekolah pon boleh tak kenal, inikan pula 3-5 tahun lagi.
3 tahun ke depan dipendekkan cerita memang betul dia yang mencari saya. Ajaib kan aturan Allah. Masa tu saya tengah kerja part time di sebuah speed mart berdekatan rumah saya sambil pjj di sebuah university.
Kalau nak tahu saya memang susah nak chatting dengan lelaki di social media. Saya tidak berminat untuk mengenali mana-mana lelaki apatah lagi memasang impian untuk berkahwin. Saya tetapkan hati nak jaga mak sampai mati. Saya tak percaya langsung dengan lelaki.
Nak dijadikan cerita masa minggu pertama saya masuk kerja, kedai tu tak ramai customer. Jadi saya bosan. Kerja semua dah siap, maka saya tengok laa phone. Ada masa saya akan baca surah kegemaran saya dari fon iaitu surah Al- mulk dan Al-waqiah.
Jadi sebenarnya senior saya beberapa kali memberi salam perkenalan di dalam salah satu media social saya. Saya tak nak jawab sebab saya takut dia tersuka dekat saya. Saya tak biasa dengan lelaki. Malu.
Tapi sebab bosan maka setelah beberapa kali memberi salam, saya pon menjawab. Kami sembang macam biasa. Saya rasa terisi masa kosong di kedai.
Rupanya senior saya yang saya namakan dia Iz ini tak kenal langsung saya. Lucu kan. Dia boleh tanya saya asal sekolah mana. Sedangkan kami 1 sekolah 5 tahun ye. Dia sekolah sampai form 6 dan kemudian masuk ke u berdekatan kampung kami.
Dia juga pjj. Dia bekerja di sebuah syarikat sambil belajar berkaitan pengurusan ketika itu. Dalam erti kata lain dia lebih stabil daripada saya.
Kami menjadi lebih rapat, tapi saya tetap bertegas kita hanya kawan walau dia sudah menunjuk minat untuk lebih dari itu. Saya rahsiakan tempat kerja saya. Rupanya Iz mencari saya setiap hari di kedai2 di kawasan tempat kami tapi dia tak jumpa saya. Dia anggap benda tu adventure kot.
Sampai last saya yang bagi tahu di mana saya bekerja. Petang tu dia balik kerja terus dia datang kedai. Muka dia merah padam, malu. Saya pon malu nak sembang sebab ada cust dalam kedai.
Balik dia mesej saya, awak comel sama macam dalam gambar. Hahaha, adoi laa dia punya nervous tu tetiba dia minta beli panadol sepapan. Padahal takda kaitan pon saja nak tengok betul ke saya keja situ.
Makanya, bermula saat itu dia laa regular cust saya hampir setiap hari. Kalau shift pagi dia datang pagi, kalau shift petang dia datang lewat petang masa balik kerja.
Macam mana saya boleh terima dia sedangkan hati saya keras tak nak kahwin sebab trauma? Saya buat istikharah.
First memang Iz sentiasa usaha ambil hati saya, saya terangkan semua sisi buruk atau kurang saya dan dia terima. Tapi saya fikir belum dapat lagi macam tu laa. Masa buat istikharah saya dapat semua petunjuk baik tentang Iz.
Antara petunjuk yang saya dapat, mak saya suka Iz. Mak saya memang tak izin saya berkawan dengan mana2 lelaki dan saya pon tak berminat sebab bagi saya dunia saya hanya mak sampai akhir hayat saya.
Tapi kali ni mak suka tengok gambar Iz. Saya dah terfikir tak kan green light dari Allah kot. Btw saya minta Iz juga buat istikharah.
Kedua, masa tu saya dapati Iz seorang yang menjaga ibadah dengan baik. Keluarganya juga baik2. Berbeza dengan keluarga saya.
Ketiga, saya pernah keluar dengan Iz, dia datang menjemput saya dan perlu jumpa mak, abang dan kakak saya. Dan dia sangat disukai oleh seluruh ahli2 keluarga saya.
Keempat, setelah beberapa kali saya buat istikharah. Akhirnya saya menangis kerana terlalu rindukan dia. Sebab? Saya tak tahu. Masa tu saya ws Iz kata kalau masih berminat dengan saya, saya sudi memberi peluang. Dia happy sangat masa tu.
Saya banyak soalan dengan dia, pasal keluarga, perkahwinan, nafkah, tanggungjawab lelaki dan semuanya lulus. Saya tanya juga apa yang buat awak suka saya? Rupanya Iz cakap dia tengok social media saya dan semua gambar hanya saya dan mak. Dia dah jatuh hati masa tu.
Kedua dia dengar saya tak ada ayah. Jadi dia rasa terpanggil untuk jaga dan lindungi saya.
Sebelum dia mesej saya, dia bawa gambar tunjuk dengan gurunya yang ajar dia banyak tentang ilmu2 agama. Gurunya senyum, katanya perempuan baik2 nie.. Kalau dapat buat isteri bagus ni. Lepas tu baru dia mesej saya.
Dia juga dapat mimpi saya datang padanya memakai telekung putih sambil tersenyum padanya, masa tu pon dia tengah istikharah.
Dia cerita semua tu setelah saya terima cintanya. Kawan2 saya gelak kalau cerita pasal kami sebab mereka cakap macam drama.. Huhu, nak buat macam mana dah memang macam tu ceritanya.
Dipendekkan cerita yang panjang ni, kami pon bertunang. Kenal 3 bulan terus bertunang. Saya minta tunang 3 tahun. Keluarga mil cakap lamanya. Sembang2 okay 2 tahun.
Sebenarnya saya ada rasa was2 lagi nak kahwin. Trauma bukan senang nak hilang. Saya takut lepas kahwin jadi macam mak dan ayah saya.
Sepanjang kami bertunang kami jarang bergaduh, Allah betul2 menjaga hubungan kami. Sampailah kami berkahwin. Nak tahu tak apa syarat saya sebelum terima peminangan Iz? Saya minta izin untuk tinggal dengan mak saya, sebab saya tak sanggup nak jauh darinya.
Syukur Iz setuju, mil saya pon setuju sebab dia kata kena ada lelaki untuk jaga saya dan mak yang sangat lembut ni. Abang saya? Dia baik tapi tak boleh harap.
Alhamdulilah sepanjang saya berkahwin dengan suami, apa yang saya impikan dari kecil semuanya Allah wujudkan melalui suami saya.
Saya teringin nak rasa solat jemaah berimamkan arwah ayah, saya tak dapat tapi suami saya selalu imamkan saya. Saya teringin nak jalan2 jauh sebab arwah ayah tak pernah bawa saya dan keluarga jalan2. Dia kedekut suka duduk rumah,
Akhirnya suami dan keluarga mertua lah yang rajin bawa saya berjalan. Saya tak ramai kawan, tapi sekarang Iz laa sahabat saya yang paling akrab.
Saya teringin nak makan sedap2 tapi arwah ayah tak pernah bagi saya merasa semua tu, sampai saya tak tahu dunia luar. Suami saya lah yang beri semua tu.
Dia pernah bergenang air mata mendengar kisah hidup saya. Dia kata saya gadis yang satu dalam seribu. Padahal saya rasa saya gadis biasa yang kosong dan selalu saya rendah diri nak banding dengan orang lain. Saya tak pandai mengaji, dia lah yang tolong ajarkan.
Saya dilayan seperti seorang puteri sehingga sekarang telah 4 tahun kami berkahwin. Ibu saya dilayan seperti Ibu sendiri. Adik beradiknya sayangkan saya. Setiap kali hari jadi saya ada saja hadiah yang mereka sediakan sedangkan masa hidup bersama arwah ayah saya tak dibiasakan begitu.
Kami ada anak lelaki seorang. Walaupun saya seorang suri rumah. Tetapi Iz sentiasa membantu saya jaga anak, memasak dan memastikan saya cukup tidur dan rehat setiap hari. Padahal dia yang bekerja yang perlu cukup rehat.
Iz sentiasa puji setiap usaha saya di rumah walau sekecil-kecilnya. Saya bersyukur. Kedukaan masa lalu saya kian hilang. Perit untuk lupa dan hilang. Tapi Allah jualah yang menghantar suami untuk merawat hati saya. Terima Ya Rabb.
Demi Allah sayalah wanita yang banyak kekurangan, saya lost communication skill, takut bergaul dengan orang, tak ramai kawan, tapi dengan suami lah saya belajar segalanya.
Saya manja sangat dengan suami. Saya rasa suami lah kiriman Allah Untuk menjaga saya dan dia hadir kerana doa2 Saya sejak waktu kecil lagi. Saya anggap dia lah suami, dia lah ayah, dia lah abang untuk saya.
4 tahun itu masih awal, panjang lagi perjalanan jika umur masih ada.
Teringat saya masa awal bertunang ada seorang perempuan yang tanya saya, ‘macam mana you nak pastikan bakal suami you boleh setia dengan you sampai mati? You tengok i kahwin, cukup 18 tahun dia cari bunga lain lepas tu dia biar hidup i terkontang kanting’
Masa tu saya diam, tak berani bagi jawapan sebab dia mualaf, takut salah cakap nanti dia salah faham. Kedua, saya memang masa tu fikir panjang.
Lintasan hati saya jawab, dalam dunia tak ada satu benda pon milik kita melainkan milik Allah. Kalau saya nak bakal suami baik dan setia dengan saya, saya tak perlu minta dengan dia sebab dia pon makhluk sama macam saya, lemahhh. Tapi minta pada pemilik hatinya iaitu Allah.
Apa Allah tetapkan kita redha dan terima kerana Allah. Masa lintasan hati saya cakap macam tu saya rasa lega. Saya rasa lebih tenang bila serah urusan masa depan saya yang disusuli dengan dia pada Allah.
Apa yang saya nak simpulkan adalah Allah dengar doa kita. Tak semua lelaki jahat. Selalu bersangka baik dengan Allah. Jangan SESEKALI putus asa kerana rahmat Allah itu luas.
Apa pon letakkan CINTA Allah no.1 dalam hati kita. Jangan letak sesiapa pon selain Dia, kalau tidak bersedialah merasa hampa dan sedih. Walaupun Iz sangat baik padaku, saya tetap sematkan dalam hati dia milik Allah. Tak nak harap lebih2, cuma syukuri apa yang ada.
Terima kasih sebab sudi membaca penulisan saya yang teramatlah panjang ini. Saya minta buat para pembaca doakan hubungan saya dan Iz kekal sampai ke syurgaNya. Moga doa kalian juga berbalik pada rumah tangga kalian semua. Aamiin ya Mujib.
– Siti Maryam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit