Assalamualaikum semua. Kalini saya nak berkongsi teknik dapatkan kerja kosong. Posting ini khas juga untuk penganggur (belum dapat kerja).
Bila korang buka sosmed (FB, TT, IG dll) lepastu cari kerja kosong, korang scroll sampai jumpa lepastu korang nak try apply. Selalu kita akan guna ayat:
“Ada kosong?”
Sebenarnya salah. Sebab saya dah pernah buat last last tak dapat kerja. Ada sebab kenapa soalan itu tak boleh pakai bila minta kerja.
Pendapat saya, bila tanya kekosongan, orang yang interview kita akan fikir yang kita dah cari tempat lain sebelum ini.
Sebenarnya diorang nak kita betul-betul nak kerja di tempat diorang baru diorang terima. Jadi, ayat yang betul ialah:
“Saya nak kerja sini lah. Saya minat sangat.”
Pernyataan kita ini ada dua unsur, permintaan dan sebab kita membuat permintaan. Permintaan, “saya nak kerja sini lah” dan sebab “saya minat sangat”.
Jadi, dari pernyataan kita ini orang yang interview yakin dengan kita dan terus terima atau setuju. Begitu juga kalau korang walk in ke mana-mana nak dapat kerja kosong.
Point dekat sini ialah nak yakinkan manager/ supervisor/ hr untuk terima kita bekerja.
Okay, lepastu kalau diorang minta apa2 dokumen, korang buat resume cantik-cantik dan JUJUR dalam isi form/ resume.
Saya dah buat, alhamdulillah menjadi, tunggu masa HR/manager approve. Aaamiiin 3x. Doakan2 lah.
Posting ini sekadar pendapat peribadi. Kalau ada kurang, boleh tambah, jangan maki. Hihi. Bye.
Itu sahaja..
– Acap (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit