Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca. Seperti tajuk di atas, aku nak bercerita / berkongsi / minta pendapat. Aku cuba ringkaskan kisah aku sependek yang boleh supaya pembaca tak bosan.
Aku M, berumur pertengahan 20-an, sudah berkahwin 3 tahun. Masih belum mempunyai anak. Doakan kami ya.
Suami dan aku kedua-duanya bekerja. Tinggal di KL memaksa aku untuk turut sama keluar bekerja bagi menampung kehidupan kami berdua.
Pernah je aku tanya suami boleh tak nak berhenti kerja sebab aku akan jadi penat dan mudah nak triggered/melenting, tapi suami berat hati. Aku faham. Kemampuan untuk beliau seorang menanggung isi rumah ni agak berat walaupun beliau bergaji 3k.
Suami bekerja dari pagi sampai malam. Aku pula bekerja dari pagi sampai lepas zohor begitu. Jadi memang tugas aku la yang akan urus kerja rumah, memasak dan lain-lain. Jujurnya aku okay.
Tapi ada satu masalah pada aku. Bila sampai satu masa, badan dan otak aku penat, aku akan meletup. Aku sendiri tak suka bila aku meletup.
Oh, info tambahan. Aku juga pesakit bipolar dan memang ambil ubat (Quetiapine 350mg) setiap malam. Apa akan jadi apa aku bila aku dah terlalu overloaded? Aku akan mengamuk. Bila perhati trend mood aku, aku akan meletup dan mengamuk pada hujung minggu @ hari Jumaat.
Bukan setiap minggu la tapi dalam dua bulan mesti akan ada aku meletup. Before meletup, aku okay je selalunya. Ceria, happy, bertenaga.. Mood aku ni susah ditebak sebenarnya, tahu2 malam ni mengamuk meletup.
Baran aku bila dah datang, bukan setakat suara, tangan pun laju. Dulu awal kahwin habis rosak barang rumah, pc suami, aku lempar ke dinding.
Kadang kalau time tengah meltdown tu, aku tak sedar pun sampai tahap suami pun aku pukul2 sepak terajang sambil jerit2 menangis. Menggelupur atas lantai, sambil menjerit2. Lidah jangan cakap la, macam2 perkataan makian keluar.
Pernah bila aku meletup, mesin basuh 14 kg pun aku mampu tolak dari laundry sampai ruang tamu. Senjata tajam wajib di tangan.
Pernah ketika datang tantrum aku, aku jerut diri aku sendiri guna iron wire tu sebab aku serabut dengar suara dalam kepala aku. Aku pernah baling pisau potong daging tu ke suami aku. Mujur dia mengelak, kena sofa, terkoyak sofa.
Jadi setiap kali aku meletup, memang suami aku akan laju2 simpan senjata tajam dari aku. Korang bayangkan betapa gila nya aku.
Control? Yes, aku akui memang ketika aku tengah “tantrum” tu aku tak dapat pun nak control. Isi dalam kepala bingit dan serabut sangat2. Aku sedar tapi aku tak dapat nak control.
Bila dah habis semua emosi aku keluar, baru aku akan back to normal balik. Time tu baru la aku terkedek2 nak minta maaf dengan suami. Rezeki aku suami aku sangat baik. Terima kasih ya Allah. Tak pernah pukul, tengking aku. Dia sentiasa memahami aku.
Cuma aku la rasa bersalah sangat bila dah sedar tu.. bila aku sedar, aku perhati rumah ya Allah lintang pukang huru hara. Aku akan menangis sebab aku rasa aku loser. Diri sendiri pun tak dapat control. Aku benci diri aku.
Btw, aku dah hampir 2 tahun bergantung dengan ubat. Dulu lagi teruk ye tantrum aku. Sekarang baru aku macam boleh bertenang sikit bila rasa dada nak pecah, kepala dah bising hingar bingar, aku boleh rasa yang aku akan tantrum jadi aku akan sedaya upaya kawal diri aku.
Aku akan elakkan ke tempat terbuka yang mudah aku capai senjata. Aku akan duduk dalam bilik, dan keraskan diri sedaya upaya tidak bergerak walau seinci sebab aku takut aku lost control lagi.
Cuma kadang tu terlepas juga, terutama lidah la. Laju betul keluarkan kata2 yang tajam. Makian memang aku sekat 100 peratus daripada keluar. Kalau keluar pun dalam kadar berbisik supaya aku je dengar.
Tangan kaki pun tak berapa nak bebas dah kalau baran datang sebab aku akan sedaya upaya genggam tangan2 aku dan pasak kaki aku supaya tak bergerak ke mana2.
Aku sendiri pun takut sangat kalau baran datang. Sampai kadang aku minta ampun dengan suami aku sebab aku sedih sangat. Aku sedar aku banyak sangat lukakan beliau.
Beliau pun memang cakap, dia sentiasa maafkan aku, tapi kadang2 dia tetap terasa dengan apa yang keluar dari mulut aku time baran tu.
Aku pun tak tahu dah nak kawal macam mana. Ubat dah makan. Appointment tak pernah skip, tapi suami aku puji aku dia kata aku ada improvement dari sebelum ni. Improvement punnn, aku still benci diri aku sebab sekarang aku attack guna lidah.
Kaki tangan aku dah pasak, so lidah je la senjata aku. Jadi bila datang baran, memang aku saja pilih ayat yang menyakitkan hati dia.
Maki hamun aku dah berjaya control untuk tak keluarkan. Tapi ayat sinis, keluar macam air. Tajamnya tu kalau aku sendiri pun terasa bila dengar apatah lagi suami..
Tolong lah sesiapa bantu aku untuk hilangkan baran aku. Ya, aku ada trauma ketika kecil. Aku pernah dikurung di ikat tak diberi makan oleh ibu aku, pernah dihantuk ke dinding dan lantai. Aku membesar dengan emosi yang sangat tak stabil.
Tapi aku tak salahkan ibu aku, ibu aku pun mangsa juga. Aku tahu aku kena break the cirle, tapi susahnya Ya Allah. Aku akan menangis sendiri lepas sedar tu sebab sedih.
Suami aku tak bersalah pun. Tapi kesian dia kena alami situasi macam ni. Oleh aku, isteri beliau pula tu. Ya Allah, hancur hati aku bila teringat perbuatan aku pada dia..
Terima kasih semua sudi membaca.. Saya dah penat menulis. Bye..
– M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allah tu adil kan.. walaupun sis diuji dgn kesihatan tp dlm masa sama Allah bg suami yg supportive dan always ada dgn sis.. Alhamdulillah
Assaalam sis, cerita sis sama dgn ibu saya. Same symptom tantrum + childhood trauma. Ibu dan ayah saya tak sedar diaorg di sihirkan. Dah bertahun2 terkena sihir pemisah sampai anak dh ramai, dh besar2 dah. Saya saksi ibu dan ayah saya. Ayah saya sangat2 penyabar, dan ibu saya pun seorg yg kuat utk tak kalah pada ujian tu. Org yg menyihir tu tak putus asa, dia sentiasa top up sihir dia. One after another. Doakan keluarga saya sembuh sepenuhnya. Saya faham situasi sis, sbb saya saksi ibu dan ayah waktu diorg di timpa ujian seberat itu, tapi diaorg tak mengalah, Allah kan ada. Jadi sis, you can do it, saya doakan sis juga diberi kesembuhan yg sempurna. hehe teringat kat kisah diri sendiri bila baca cerita akak…