Assalamualaikum.. aku mengenali seseorang di media sosial.. perkenalan dengannya singkat sahaja kerana dia begitu menyakinkan aku bahawa dia akan menjadi suami yang terbaik untukku dan ingin menghalang daripada berlakunya maksiat..
Aku tak sempat untuk mengenalinya dengan lebih dekat cuma aku hanya mengenalinya daripada rakan-rakannya sahaja yang mengatakan dia baik.. Aku setuju dan mengambil keputusan untuk bertunang dan terus berkahwinnya..
Pada awal perkahwinan, antara 1-2 bulan sahaja perkahwinan kami baik- baik, bergurau senda dan seronok.. tapi selepas bulan ke 3 dia mula menunjukkan sifat dia yang sebenar..
Dia mula tunjukkan ego nya yang tinggi melangit, sifat tidak bertanggungjawab, tidak ada belas kasihan pada isterinya, selalu menyalahkan isteri dan dialah raja..
Perangainya makin teruk, dia mula menghina diriku, setiap kali dia melihat diriku dia akan mengatakan aku gemuk, tak pandai jaga badan, membandingkan dengan wanita lain.. sedangkan sebelum bercinta dia cakap tak kisah pasal semua tu..
Selain itu, dia mula menghina masakanku dan hobiku.. Allahu hatiku mula hancur remuk bila seorang suami yang aku harapkan untuk menjadi teman suka dukanya mula menyakiti hati dan perasaanku sebagai seorang isteri.. Aku mula down dan stress..
Perkara ini berlaku rutin tau setiap hari dia akan hina dan persalahkan aku walau salah dia.. dia suka tengok bila aku beremosi seperti marah dan merajuk.. dia akan pujuk kembali dan buat macam tiada ada apa2 berlaku dan akan buat lagi perkara sama lagi..
Setiap hari juga aku menangis sebelum tidur dan setiap malam aku menangis meminta doa pada Allah untuk berikan aku kesabaran menghadapi ujian suami seperti ini..
Dia tahu aku sedih tapi itulah matlamat dia.. dia gembira melihat aku derita dan sengsara dengan kata-kata hinaannya..
Pada suatu hari, Allah buka kan hati aku untuk mengenali tentang kes Narsisitik.. Allahu rupanya dia seorang suami yang Narsistik.. iaitu penyakit kecelaruan personaliti..
Rupanya aku baru sedar ramai isteri di luar sana merana disebabkan suami yang ada sifat ini.. dan tiada jalan penyelesaian untuk masalah ini kecuali hanya penceraian.. kerana suami/ org narsistik ini memang sifatnya tidak ada seorang pun mampu mengubahnya..
Sini aku share tentang ciri seorang suami NARSISITIK..
1. Suami narsis ini tidak mempunyai sifat empati dan simpati.. bermakna dia tidak pernah faham dan peduli akan perasaan atau kesakitan orang lain.
Contohnya, suami narsis ini tidak ada sifat kasihan melihat isteri keletihan mengurus rumah, malah isteri ini pula di katakan pemalas.
2. Pencipta masalah.. suami narsis akan membuat masalah dan isteri akan jadi pesalah dan dialah HERO..
3. Suami narsis tidak suka melihat isteri dan anak- anak bahagia, malah dia akan menghancurkan apa sahaja perkara yang membuatkan isteri gembira seperti meremehkan hobi isteri..
Contohnya suami narsis ini akan mengatakan hobi isteri berkebun/ menjahit itu tidak berfaedah..
4. Suami narsis seorang yang manipulatif, kaki putar belit, pusing fakta dan anti kebenaran.. dia akan menegakkan pendapat dia sahaja walaupun dia tak betul
5. Suami narsis juga mengawal perasaan dan emosi isteri.. dia suka melihat isteri beremosi dengan kata- katanya.. dia juga suka merendahkan dan menghina isteri agar dia sahaja yang terlihat hebat..
6. Suka meninggi diri / sombong walaupun dia tak berjaya pun.. selalu bercerita tentang kehebatan diri sambil memburukkan orang lain
7. Suami narsis akan mempergunakan isteri dia, menggunakan duit isteri untuk membayar keperluan rumah tanpa rasa bersalah
8. Suami narsis seorang yang sangat mementingkan diri sendiri sahaja.. dia tidak ambil peduli tentang isteri dan anak2.. jika dia letih dia hanya tahu dia sahaja yang letih..
Jika kesemua ciri- ciri ni ada pada suami korang, mungkin dia seorang Narsisitik.. yang boleh menyebabkan penderaaan emosi dan perasaan pada isteri..
Maka, isteri di luar sana boleh belajar cara-cara untuk Handle masalah suami narsis ini atau korang DISCARD dia dahulu sebelum dia DISCARD korang..
Just jaga emosi perasaan kita, dia letak tepi.. tak ada guna pun jaga perasaan suami narsis ini..
– Tidak dikenali (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Walau bercerai dia akan tetap ganggu hidup kau..
Cara yg mudah ignore je perangai narsis die.teruslaa bersabar..
yg penting x memukul dan aqidah lurus..
Mungkin dia ada trauma masa kecil yg sebab dia begitu..as wife berdoa kuat utk terus bersama suami walau byk makan hati..mintak Allah lembutkn hati suami.yg penting hati ko kene keras dgn setiap manipulate dia
Ak doakan Semoga berbahagia walau suamimu narsis..
Betul tu. Jangan bagi any reaction kat action dia yg narsistik tu.