Mimpi Jumpa Malaikat

Salam, hai semua, saya nak share pasal mimpi saya pada tahun 2017 lepas.

Berlaku pada waktu tahajud sekitar 2-3 pagi. Masa ini saya tingkatan 3.

Saya tidur, entah mimpi pertama apa tapi jelas dalam mimpi saya jumpa seorang remaja lelaki pakai jubah putih sambil pegang kitab di dada tapi tak pakai kopiah atau serban.

Kulit dia putih bersih, muka manis, dia senyum dekat saya tapi tak nampak penuh muka dia.

Latar belakang gelap. Hanya dia seorang di situ seolah-olah berhadapan dengan saya.

Lepas bangun tidur saya terasa rindu, perasaan ini saya tak pernah alami sebelum ini. Seakan-akan rindu kepada kekasih (pergi tak kembali/belum balik).

Sampai sekarang saya tercari-cari siapa budak lelaki itu.

Entah budak itu malaikat, arwah orang soleh, anak keturunan Nabi atau apa-apa makhluk atau Allah nak bagi kiasan semata-mata (bukan hidup dan nyata).

Kalau ada di antara korang yang pandai bagi lah pendapat masing-masing. Buat halwa mata nak baca nanti.

Terima kasih. Itu sahaja.

– Baihaqi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *