Hai nama saya Riri (bukan nama sebenar) saya gadis berumur 21 tahun, saya just nak mengadu tentang diri saya.

Saya buntu, dahulu saya pernah la kan in relay with someone one year younger than saya that i end up break up with him due to alot of arguement,

Dan dia always settlekan dengan putus but then the one yang end everything for the last time is me, we have relay for around 1y&half.

Alot memories ye tapi waktu relay he support me on decision i made untuk study and choose my path, than i sort off met someone older than me (4years) after 6 months broke up.

To be concern, i have planning untuk further study, sebabnya saya lepasan stpm. Sijil saya tak laku ye untuk bekerja, jadi saya sentiasa ade planning untuk sambung study. Ikutkan tahun ni saya sambung study di uni luar dari negeri saya.

Tapi banyak halangan macam ayah saya dimasukkan ke hospital dan sebagainya saya lupakan niat. Tapi halangan tu included with my recent boyf.

Saya takkan cakap seperti dia tak menyokong saya untuk further study, tapi nampaknya macam tak berapa berkenan.

Dia selalu cakap dia ade target dalam hidup dia salah satu nya kahwin. Dia target umur ni dia kena kawin, but malangnya dah penghujung umur yang ditarget pun dia belum kawin. Jadi dia nak kawin secepatnya iaitu dengan saya.

Dia pernah gagal dalam pertunangan, dia tak bercinta for few years ye barulah dia jumpa saya.

Sumpah saya cakap dia seorang yang matang, tapi cuma part dia ajak berkawin in less one year met buat saya agak takut. Saya tak boleh bayangkan diri saya berkawin sebab benda tu memang tak pernah in my list to do.

Bile orang tanya saya pasal kawin saya always cakap lepas degree 26 tak pun 30 tak pun takyah kawin.

Tapi lepas kenal dia, saya willing to change mind saya, saya boleh kawin tapi kalau dia willing untuk let me study. Tapi bile saya cakap saya nak study, dia akan elak untuk ulas panjang, or basically merajuk terus.

And dia juga anggap saya nak enjoy sebab tu saya nak study, saya ni perempuan, of course saya rase sijil pendidikan tu benda penting, nak demand gaji sekarang pun susah if you just have spm, apetah lagi stpm tak dipandang.

Saya pun fikir this education boleh bantu saya if saya nak jadi back up family nanti. In conclusion saya bukan taknak kawin, tapi saya just harap tidak mendesak dan rushing.

Saya sayangkan dia seikhlas hati saya willing untuk accept everything kekurangan dia, saya sokong his choice, cuma saya harap saya pun boleh buat pilihan saya sebelum saya jadi orang yang di bawah tanggungjawab dia.

Saya ade parents yang perlu dibanggakan. Saya pun nak ade bakal suami / suaminyang boleh bangga dengan pencapaian isteri atau pasangan dorang.

Saya buntu sebab dia suruh saya ikut pilihan saya, tapi dia dry dengan saya.

Saya ade impian yang saya tak boleh lepaskan, saya bukan nak enjoy cuma bagi saya bile kite ade education sedikit sebanyak boleh terjamin kalau ade rezeki kerja dalam situasi yang lebih baik betul tak?

Saya pun tak kesah kalau rezeki kawin sampai dulu, cuma saya harap dia betul ii maksudkan untuk bagi saya sambung belajar dan bukan sekadar cakap sahaja.

Tapi masih, saya buntu, sebab saya berterus terang tentang isi hati saya tapi saya tak rase dia faham, dia hanya sekadar think saya nak enjoy..

I hope dia willing to change his mind dan terbuka hati untuk terima ape ii yang akan datang nanti. Aamiin, sekian.

– justlilgirl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sis, sambung belajar. Follow your plan first, then baru ikut partner you punya plan. Please.

  2. Haihhh. It’s a red flag dia tak bagi kau further study. Why?? Dia rasa tercabar ke kau ada degree nnt? Muda lagi kau pun dikk. Time muda ada kudrat skrg ni la kau nak fly high. Don’t let anyone clips your wings.

    Baca kan semua confession dlm ni life after married mcm mana? It’s not about halal kan korg laki bini je. It’s more than that. Life kau akn bertukar 180 degree. Totally different. Please think wisely. Bukan ikut hati. Kesian la.. tak sampai hati la..

    Explain dgn dia your timeline. What you want to achieve. Apa yg kena ada sebelum decide untuk kawen. Kau pernah ke sit dgn dia planning dia apa lps kawen untuk anak bini nnt? Rumah, saving, expenses anak, etc.. bnyk weh.. Banyak gila kau kena pikir and prepare. Jgn nak sembang psl rezeki lps kawen pulak. Aku puk karang 🙄

    Kalau tu pun dia tak boleh digest….Maksudnya pemikiran korang tak sekufu la. Dah jd laki bini ni korg kena jd teammate. Baru align or senang nak bincang apa2 nnt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *