Hai saya Lily (bukan nama sebenar) saya cuma mahu bertanya dalam confession ni, tolong jangan kecam.
Maaf kalau penulisan ni agak tidak memuaskan ketika membaca sebab saya bukan penulis buku.
Ketika kejadian saya cuma mahu berbual biasa saja dengan ibu saya dan adik saya. Tiba-tiba adik lelaki saya berumur 15 tahun terlalu sensitif dengan kata-kata saya. Padahal bagi saya kata-kata itu biasa sahaja.
Dia terlalu sensitif. Jadi bermula lah saya bergaduh dengan adik saya.
Biasalah kalau bergaduh macam-macam kata yang teruk dilemparkan kepada saya. Dia ungkit segala kesalahan saya selama ni.
Sebagai kakak saya cuma manusia biasa yang melakukan kesalahan. Saya bukan malaikat. Tiada manusia yang sempurna di dunia kecuali Nabi Muhammad.
Lagi pun saya dah minta maaf kepada dia sebelum ni dan mengaku kesalahan saya.
Ketika saya bergaduh dengan adik saya terlepas cakap saya kata, “saya mahu keluar dari agama Islam”. Adakah sudah murtad? Sebab saya dalam keadaan marah dan terlalu kecewa.
Saya dah penat dengan mulut orang selama ni jadi saya terkeluar kata-kata itu ketika saya marah kerana telah hilang sabar walaupun dengan adik beradik sendiri.
Saya terlalu kecewa dengan Allah sampai berkata begitu. Padahal saya tidak pernah pun minta di ciptakan di dunia. Saya tak pernah kacau orang pun. Saya buat sesuatu semua benda serba salah ada je tak kena kat mata orang.
Mula-mula saya tidak hiraukan kata-kata itu terhadap diri saya tetapi sebagai manusia biasa yang ada emosi. Pada akhirnya emosi kita akan terluka jugak walaupun sabar tidak menghiraukan kata-kata orang.
Lagi-lagi masyarakat kita di Malaysia yang kurang ambil peduli tentang masalah kesihatan mental.
Bila meluah mula lah mahu berikan kutukan dan kecaman seperti lemah, gila, tidak solat dan sebagai nya. Padahal sudah bermacam doa dan solat dibuat tetap sama sahaja. Bukannya mahu berikan kata-kata semangat dan sokongan.
Pada akhirnya terpendam begitu sahaja emosi dan akhirnya sampai pada puncak kemarahan berlakunya perkara yang tidak ingini.
Jika dibanding kan dengan negara maju yang lain yang mengambil peduli tentang masalah kesihatan mental. Membuatkan saya cemburu kenapa negara aku tidak macam ni dan mahu pindah kewarganegaraan.
Kenapa saya lahir di Malaysia kenapa bukan negara lain yang lebih baik dari Malaysia.
Di negara maju yang lain walaupun mereka ada masalah sekurang-kurangnya mereka ada tempat untuk meluah dan beri kelegaan kepada emosi mereka yang terpendam selama ini.
Di Malaysia walaupun sudah pergi ke hospital tetapi ada kes doktor beri kata kutukan dan memberi pandangan yang teruk terhadap pesakit mereka.
Ditambahnya lagi seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mental harus merahsiakan penyakit mereka sebab takut dipandang teruk oleh masyarakat.
Maaf kalau cerita saya sudah menyimpang ke tempat lain. Persoalan saya adakah sudah murtad?
Tetapi saya sudah mengucap syahadah selepas saya berkata begitu tanpa niat dan apabila marah saya berkurang, bertaubat kepada Allah.
Sekian terima kasih, saya dah boleh agak akan ada komen yang mengecam saya.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum dik. Adik umur berapa? Persoalan tu janganlah adik fikir banyak sangat. Cuma sy sarankan dirikanlah solat taubat dan jangan lagi ulangi kesilapan yg sama. Utk pengetahuan adik, pindah warganegara tidak menjanjikan kita hidup aman bahagia tanpa gangguan sesiapa. Adik sedar jugak manusia ni bukan sempurna mana..kalau ada masalah mental, dah pernah jumpa doc di Malaysia ni? Pernah kena kutuk atau kena marah dgn doc Malaysia? Atau sangkaan semata-mata?
Ambillah hikmah dan carilah hikmah kenapa kita wujud di dunia ini dan jangan terus menerus menyalahkan pencipta kenapa kita wujud di dunia ni. Pasti adanya tanggungjawab besar yg perlu dilunaskan sebelum kekal di alam barzakh nanti.
Utk pengetahuan adik, sy merupakan saudara muslimah yg telah memeluk islam 18 tahun lepas dan sy tahu bagaimana jiwa seorang yg bukan muslim sebelum ini. Jadi janganlah terfikir kalaulah sy ‘begini’ tidaklah sy susah dan sakit mental macam sekarang ni. Bersyukurlah sebagai seorang muslim yg lahir2 sahaja sudah di ikamah/di azankan dan dikenalkan sebagai pengikut nabi Muhammad SAW yg menyembah Allah yg satu.
Sy doakan adik swntiada dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Aminn
Salam boleh jumpa kaunseling online miasa cuma yuran b40 30ringgit setahun 03-7932 1409 (boleh Whatsapp juga),saya dapat indian kaunselor baik sangat ,LPPKN pon ada bayar rm5 tiap.kali.jumpa .klinik kesihatan biasa pon ada.Jangan lemah semangat 💪💪 ko tak kesorangan memang rakyat Malaysia kurang cakna if tahu kite jumpa kaunselor pon dorang anggap kite tak betul haha depression la apa la pdhal kite kuat sebab cari bantuan
Saya boleh buat ringkasan sahaja.
1.) Emosi and fikiran tersangkut. Mcm perut angin x dpt dilepaskan. Bila lepaskan angin kentut berbau busuk. Tidak sume boleh tahan bau nyee and ada yg boleh tahan. Betul x? Jadi jangan salah diri, sume different. Ok!!!?
Just lepaskan jela. Buat apa simpan angin dlm perut. Betol x. Xpi u kene pandai la luahkan di tempat sesuai. Xda masalah.
Salah tempat, dorang kenela baunyew busuk wangi tu. Chill.
2.) Mental illlness – Mcm Sakit perot. Dah tidak boleh tahan sakit perot. Pegi jumpa dr and dpt rawatan sambil amik ubat. Buat apa tunggu lagi. If dr boleh make fun or tidak amik port. Senang je, jgn bayar lah.. Service teruk. Kita patient kot, kita bayar and sakit. Kene dpt rawatan la. Betol x? If sekadar mkn buah, minom air etc. , perot kita kan sume beza2? tol x? Senyum je.
3.) Pasal agama – mcm exercise and makanan.
If u dpt wat exercise yg sesuai dgn body you, cun n happy. berpeluh and mandi. Release ur tension. Sume emo n fikiran kuar. Otak berjalan, darah berjalan and angin pun berjalan. Fun kan? so pegi wat apa2 yg u suka tu – hobby, interest and etc. Or mkan2 pun best gak. Mkn sedap and sesuai masuk dlm perut. Hati n perot happy. + mcm agama. ENJOY JE.
Muka senyum?? confirm. Kita ni berbeza, banyak kurang n lebih..
ni tips i yg i boleh bagi. Just enjoy jew
Sekian
tak awak tak murtad.. awak masih muslim jangan risau… awak ni mesti tak baca berita kan.. ingat senang ke nak keluar Islam..