Adakah Kerana Terlalu Setia?

Assalamualaikum.. Pertama sekali tujuan saya menulis adalah semata-mata untuk melepaskan apa yang tersimpan di hati.

Selama hampir dua tahun saya bertahan dengan ujian ini dan ini merupakan ujian yang paling berat saya diuji sepanjang saya hidup. Ujian berumah tangga, ujian suami dibolak balik hatinya.

Adakah kerana saya terlalu taat? Saya tak ingin bercerita dengan details, cukup hanya dengan point-point untuk faham situasi saya.

Saya dan suami berusia 30-an, telah berkahwin selama 9 tahun dan dikurniakan anak berusia 8 tahun.

Pada awal usia perkahwinan sehingga tahun ke 7, bagi saya perkahwinan saya tiada apa-apa masalah. Saya tidak nampak ada masalah baik daripada saya atau dia.

Saya sejenis yang taat pada suami, jarang sangat saya membangkang keputusannya, saya cuba sebaiknya merendahkan ego kerana ingin taat pada suami. Bagi saya perasaan saya pada suami tetap sama, cuma normal la kalau ada naik turun.

Kami berdua bekerjaya, tetapi saya tidak pernah abaikan hal-hal rumah, makan, pakaian suami dan anak, ibarat habis kerja, balik rumah sambung sebagai suri rumah. Suami pula sentiasa ada kecuali waktu bekerja atau jika dia ada event company.

Kemudian pada tahun ke 7, saya mula perasan suami mula berubah dari segi tingkah laku, kurang ceria, mudah trigger, sampai akhirnya saya menegur perubahan dia. Ketika itulah dia berterus terang akan niatnya untuk berpoligami selepas mengenali seorang intern di tempat kerja.

Pada awalnya saya cuba faham hati seorang lelaki tetapi hati wanita sudah tentulah tidak mampu menerima. Selama hampir dua tahun saya bertahan dan cuba berusaha perbaiki dari segala segi- masa, penampilan diri, dekatkan diri pada Allah, spend duit staycation berdua.

Walaupun saya tahu sebelum- sebelum ini pun, saya tidak pernah abaikan masa saya, tanggungjawab saya, jaga penampilan saya. Disebabkan ingin menyelamatkan keadaan, saya tingkatkan usaha saya dan bagi saya, saya sudah sehabis daya jadi yang terbaik.

Pada awalnya selepas tahu niatnya, saya menjadi impulsive, cuba mengorek segala hal yang suami lakukan – suami sejenis yang suka privatekan gadjet dia – password hampir semua apps dalam fon.

Last-last saya give up untuk ambil tahu apa yang dia lakukan di belakang saya, sama ada masih berhubung dengan rakan sekerja tersebut atau tidak.

Sepanjang 2 tahun menghadapi ujian ni, kami masih tinggal serumah, kami masih menjadi suami isteri yang cuba tenang walapun sudah janggal antara satu sama lain, tetapi harus bertenang demi anak ada disebelah, masih jalankan tanggungjawab seperti sedia ada,

Ada beberapa kali cuba sit together and berbincang dengan harapan dapat menemui titik penyelesaian, tetapi pasti berakhir dengan pergaduhan kerana masing- masing tidak dapat menerima cara dan pendapat.

Cara saya adalah dengan baiki hubungan dengan Allah, sama- sama berusaha cari spark antara kami. Cara dia adalah tambah tanggungjawab, tambah rasa cinta dengan cinta yang lain.

Dia bersetuju untuk cuba cara saya since saya tidak dapat menerima perasaan dia, tetapi jika tidak berhasil, dia berharap saya terbuka hati untuk mencuba cara dia. Baginya tidak adil jika hanya mencuba cara saya.

Saya sedih, geram, penat kenapa bila tiada spark antara kami, perlu libatkan orang lain. Kenapa? Dan kenapa tidak berterus terang jika ada masalah sebelum dibenarkan hatinya jatuh pada yang lain? Kenapa tidak cuba berkomunikasi?

Pada masa yang sama, sebenarnya saya tidak faham dan kecewa dengan tujuan dia ingin berpoligami.

1. Ingin manambahkan rasa sayang pada saya – logiknya bagi dia dengan berpoligami, akan ada rasa rindu lebih, sayang pada isteri yang sedia ada bila tidak selalu bersama.

Alasannya adalah kerana merasakan hubungan kami mula hambar. Dia mengibaratkan hubungan kami sudah stagnant. Secara logik dalam fikirannya, kemanisan berkongsi, berjauhan seketika akan menambahkan sayang, rindu pada saya.

2. Tidak mahu menjadikan saya sebagai alat pemuas nafsu kerana menganggap saya wanita terhormat, tetapi dia ad needs sendiri – saya pernah bertanya pendapatnya adakah sebab saya tidak menjalankan tugas sebaiknya dari segi batin.

Sedangkan sebelum ini, saya selalu bertanya, apa improvement yang boleh kami buat supaya masing-masing puas dan jawapannya sentiasa ‘so far okay je’. Namun sekarang lain pula. Rasa hambar.

And baginya human nature, dengan berkongsi tidak akan rasa stagnant dengan benda yang sama – part ni paling menghancurkan hati saya, analogi yang keluar dari mulutnya ibarat mencuba makanan baru tetapi bukan bermaksud sudah tidak menyukai makanan lama.

Diberi juga anologi ibarat bilik tidur – akan ada satu masa ingin tidur bilik lain tetapi bukan bererti bilik tidur yang sedia ada tidak selesa. Dia mengaku analogi tu tidak sepatutnya di beri contoh tapi itu satu-satunya cara untuk buat saya faham.

Tetapi itulah yang menghancurkan hati saya, kata-katanya terngiang-ngiang dalam fikiran saya sampai sekarang. Saya merasakan diri saya sama seperti benda, bila saya luahkan saya kecewa dengan kata-katanya, dianggap saya mengambil analogi tersebut bukan mesej yang disampaikan.

Katanya lagi if perlu jalankan tanggungjawab batin yang lebih, dia akan make sure akan sentiasa sihat, bertenaga and itu akan memberi kebaikan kepada saya. Sebab dia sedar sebelum ini dia kurang meminta dan serba salah jika menolak, dan kebanyakannya saya yang initiate jika ingin bersama.

3. Ingin jadi orang yang lebih baik, lebih bertanggungjawab, lebih adil – Dia sedar selama ini dia tak mampu sayang saya seperti saya menyayangi dia.

So, dengan berpoligami, he can grow, he can do more in term of tambahkan rasa sayang pada saya, jadi seorang yang lebih adil, dengan adanya tanggungjawab lain, dia akan lebih grow and push dirinya jadi lebih baik lagi.

Katanya dia akan make sure dia adil seadilnya, rindu serindunya pada saya. Katanya kasih sayang akan lebih manis jika dikongsi dengan cara yang betul. Saya jujur padanya yang saya akan terluka tetapi baginya setiap kebahagiaan akan dirasai selepas kelukaan.

Saya argue, kenapa jika sayang, perlu melukakan, bukan ke jika kita menyayangi sesuatu, kita akan akan pastikan sesuatu itu tidak tercalar, tergores.

Saya juga ada bertanya, kenapa perlu membina keluarga baru, kenapa tidak dengan cara menambahkan zuriat untuk tambahkan tanggungjawab since anak kami sudah 8 tahun,

Saya betul-betul menginginkan anak lagi, tetapi kecewa sebab merasakan hanya saya je yang bersemangat, berusaha sedangkan suami, bila diajukan keinginan ni, jawapannya adalah “itu semua rezeki dari Allah, kalau ada-ada lah”.

Tetapi bagi saya kenapa terus tawakkal sebelum usaha sepenuhnya. Tetapi apabila dia menyatakan hasrat poligami, alasannya.. mungkin rezeki anak, Allah bagi dengan cara berkongsi.

Mungkin jika sebelah sana mengandung, saya akan diberikan rezeki mengandung juga. If tidakpun, dia akan make sure cuba segala cara untuk saya dapat perkara yang sama. Kerana dia perlu adil.

Saya sehingga sekarang tidak boleh menerima alasan-alasan yang dia kemukakan especially bila diberi analogi yang sebegitu pada saya.

Sepanjang hampir dua tahun bertahan, saya sudah berjumpa dengan kaunsellor (saya seorang)– both male and female secara berasingan dengan niat saya tidak mahu bias dengan pendapat wanita dan lelaki. Ternyata kaunsellor lelaki pun tidak faham akan alasan suami saya.

Saya sudah beberapa kali cadangkan pada suami untuk dapatkan kaunsellor/pendapat orang yang lebih arif. Tetapi baginya dia tahu tak akan semua orang akan faham logik/kefahaman yang ada dalam fikiran dia.

Baru- baru ni, saya berterus terang padanya yang saya mula rasa terpaksa untuk berkongsi bayar keperluan rumah kerana logiknya jika dia rasa mampu untuk berpoligami, sudah tentu dia sudah mampu menanggung keluarga sekarang tanpa mengharapkan apa-apa duit daripada saya.

Saya tidak mahu hasil kerja yang saya sumbangkan untuk ringankan beban dia, akhirnya mendapat dosa kerana tidak ikhlas dan redha. Namun, hal ni menjauhkan lagi hubungan kami.

Dia merasakan saya berkira, alasannya – bukan masalah mampu atau tidak, tetapi keberkatan berkongsi antara suami isteri. Saya menegaskan nafkah keperluan dalam agama memang sepenuhnya daripada suami,

Lagipun saya tidak meminta diberi lebih untuk memenuhi kehendak saya, semua kehendak saya menggunakan hasil titil peluh saya dan saya bersyukur diberi keizinan untuk bekerja. Namun kata-kata saya dianggap pula bukan orang yang bersyukur dan tidak akan pernah cukup.

Sejujurnya mentally saya sangat penat sampai merasakan suami saya seorang yang manipulative. Apa yang berlaku seolah-seolah saya yang salah, tidak bersyukur, tidak redha.

Bila saya menyebut penceraian kerana tidak tahan dianggap saya yang give up, yang tidak sanggup bersusah payah untuk bertahan.

Saya pernah usulkan dengan cara baik.. jika tiada jalan, saya redha jika satu hari nanti jodoh kami tidak panjang. Saya tak nak sedih kecewa saya berakhir dengan dendam walaupun jujur tiada isteri yang tidak menyayangi suami. Selagi bergelar isteri, selagi itulah saya kena hormati dia.

Tapi saya juga jujur dengan hati saya, saya tidak mampu terima poligami dalam hidup saya, saya kena menyayangi diri sendiri juga. Saya tak sanggup hidup dengan perasaan penuh luka, tiada kepercayaan, cemburu, marah, dendam pada manusia.

Ya, tak semua poligami itu buruk, Cuma saya personally tidak mampu menerima apatah lagi apabila diberi alasan-alasan sebegitu – ingin menyayangi saya dengan menyayangi orang lain, kenapa perlukan cinta manusia untuk terus mengasihi saya sebagai seorang isteri?

Saya pernah ajukan, apa berlaku if saya terima dan akhirnya saya rasa tidak bahagia, kerana perkahwinan bukanlah hal yang senang-senang untuk mencuba.

Tetapi jawapannya, walau apa pun berlaku, dia akan tetap berusaha untuk bahagiakan saya, if saya masih tidak bahagia, dia tidak boleh memaksa saya untuk stay.

Saya sedih sangat kerana dia sanggup riskkan hubungan kami. Nampak macam saya yang give up nanti. Saya terfikir, betul ke masih ada sayang untuk saya atau cuma rasa kasihan?

Saya merasakan saya sudah penat untuk bertahan. Saya mula slowly be more independent skrg. Apa yang saya fikirkan sekarang adalah diri saya, dan anak saya. Jika nanti ditakdirkan tiada jodoh dgn dia, saya tidak menyesal kerana saya tahu diri saya sudah usaha yang terbaik.

Saya beri masa untuk hubungan kami until end of this year, if still tidak ada titik persetujuan dan penyelesaian, saya merasakan perpisahan adalahkan jalan yang terakhir. Kerana saya mula rasa situasi ni memberi kesan pada fizikal, mental saya.

Saya tidak mahu selamanya merasa dilukai, dan dia terluka kerana tidak memenuhi kebutuhannya. Namun setiap hari saya berdoa, sisa masa yang ada semoga Allah beri petunjuk yang terbaik.

Saya juga berdoa agar Allah sentiasa mengampunkan dosa saya sebab saya tidak tahu mungkin selama ni silap saya, ego saya tetapi yang saya nampak hanyalah kesilapan, keegoaan suami saya.

Saya sedar mungkin selama ini saya terlalu taat, terlalu baik menyebabkan suami saya merasakan saya boleh menerima semua keadaan dan keputusan daripada dia.

Maaf suami, saya mampu taat dari segala hal, tetapi jika melibatkan hati, perasaan, diibaratkan seperti material, saya tidak mampu lagi taat. Semoga Allah mengampunkan dosa saya.

Doakan saya memilih jalan yang terbaik.

Terima kasih sudi mendengar luahan saya.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Salam, dik, dia tak mampu nak berpoligami tu. Geng ni, diorang akan gunakan apa2 alasan untuk berpoligami walaupun tak mampu. Adik kan dah ada anak seorang…please jaga anak tu, tak payah tambah dah. Adik boleh angkat kaki dah…

  2. Nampak sangat dier tak mampu, dan suami sis tu sangat pandai main kata-kata. Setiap cadangan dan usul ada je die nak patahkan. Bukan main cita cita sebelum poligami murni betul ye, lepas poligami baru tau langit tinggi rendah. Lepastu nanti die akan suruh bini bini dier bersabar dan bersyukur. Macam tu jelah ayat dier sampai abang Jamil mxxpus..

  3. Salam puan. Saya sebagai lelaki cuma boleh cakap satu ja. Suami puan dah bosan dengan puan. Sebab itu, semua usaha puan dianggap angin lalu di mata dia. Tak bernilai apa-apa. Dia dah suka orang lain dan hati dia dah tiada nama puan tapi depan puan, dia rangkai ayat-ayat meyakinkan untuk manipulate puan.

    Jangan tambah anak dah. Suami puan pun jenis 50-50. Itu yang kemain rasa mampu. Cuba kalau dia full provider, breedwinner. Mau koyak rabak tiap-tiap bulan. Dalam otak hanya akan pikir cara nak dptkn rezeki tambahan. Mana larat dah nak tgok anak dara orang. Buat semak kepala nak kena tanggung bini nombor 2.

    Bab puan kata kaunselor lelaki tak paham kehendak suami puan. Memanglah. Sebab suami puan nak berpoligami atas nafsu. Sepatutnya kalau rasa hubungan tu dah kurang spark, usaha perbaiki bukan tambah bala dengan kawin lagi satu.

    Maaf emosi, sebab saya dah tgok banyak dah isteri no 1 dan no 2 menderita dapat laki bewak hidup nak senangkan diri dia ja. Tak dak rasa bersalah sebab aniaya anak orang mcm tu.

    Saya cakap terus terang, lelaki bila rasa selesa ditanggung akan selama-lamanya begitu. Puan stop tanggung 4 nafkah asas tu. Dia nak tunggang terbalik, suka hati dia. Dia gagal, puan lapor kat pejabat agama dan kalau tak jalan, buatlah solat hajat dan istikharah minta petunjuk samada puan harus bertahan atau jalan terus.

  4. Sakitnya hati baca ya Allah, Sedihnya, tolong puan kuat and lari dari semua ni. bodoh gila alasan suami puan sumpah, tak logik akal

  5. MANIPULATIF & NARSISTIK:
    Perilaku Manipulatif
    Individu narsistik mungkin menggunakan taktik dan memanipulasikan situasi untuk mencapai matlamat mereka. Mereka boleh kelihatan menawan dan karismatik, tetapi sering sifat karisma mereka ini adalah untuk kepentingan sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *