Saya tahu ini bukan waktunya untuk seorang gadis remaja 16 tahun untuk patah hati.
Dengar macam cerita cinta monyet tapi aku boleh katakan memang sakit sangat cerita aku ni.
Aku nak juga jatuh cinta tika di bangku sekolah macam kawan-kawan lain tapi kenapa aku kena hadap apa yang sebaliknya?
Dipendekkan cerita, saya memang dah mula bercinta sejak tingkatan 2. Saja berborak di laman maya lepastu terpikat. Memang kebudak-budakkan.
Putus dan pengganti bukanlah benda yang asing di dalam hidup aku sebab waktu tu aku mudah move on. Cari orang lain untuk ajak borak lepastu terpikat lagi. Setel.
Tapi tipulah kalau kata aku tak bosan asyik tukar-tukar pasangan ni. Aku nak jugak dengan orang yang memang sayang aku sepenuh hati. Eee dramatiklah. Tapi tolonglah relate hehe..
Akhirnya, aku jumpa seorang lelaki ni yang kita akan panggil sebagai Patrick sebab dia minat Patrick Bateman. Patrick tua 2 tahun daripada aku.
Awalnya, aku nak tutup hati aku buat sementara sebab dah penat dengan jalan cerita cinta aku ni. Tapi lepastu aku confess juga kat dia.
He said yes! Amboi macam melamar orang pulak hihi. Dah 5 bulan kami bercinta. Jujur selama dalam hubungan ni, macam naik roller coaster aku nak memberi hati aku kat dia.
Mana tidaknya?! dia tipu aku hidup-hidup yang dia memang tak pandang perempuan lain selain aku. Tapi dekat sosial bukan main like dan siap simpan lagi post perempuan yang ‘take take bizarre’.
Kantoi masa dia sendiri bagi password akaun sosial media dia kat aku konon suruh pegang. Hancur hati aku. Dia masih simpan gambar ex crush dia kat draft dan beberapa video yang aku sebutkan dia simpan.
Selama ni punyalah aku cair dengan semua yang dia buat kat aku. Setiap kali kalau aku cemburu dia akan remove semua benda yang buat aku tak selesa.
Tapi yang aku tak tahu dia masih buat benda tu belakang aku cuma nya aku tak tahu. Bodoh juga dia ni buat kerja tak clean.
Following instagram dia pun makin banyak perempuan daripada selalunya. Patrick ni dia kaki gym. Jadi, aku tak kisah sangat kalau following dia ni banyak. Korang boleh cop aku stalker because i am.
Aku selalu stalk IG dia to makesure semua following dia bersih. And guess what. Macam baca list nama pelajar asrama perempuan. Dahlah lagi cantik daripada aku yang tak berapa nak cantik ni.
Sejujurnya, aku bukannya tawar hati. Aku cuma mengalah sebab dia memang macam tak hargai aku sebagai teman wanita dia.
Aku terkadang fikir, Patrick dia cari teman hidup atau teman waktu bosan dia?
Aku rasa aku ni tak setanding dengan semua perempuan yang dia like and save tu. Aku tak suka benda ni jadi sebab dia jatuhkan confident aku sebagai remaja.
Patrick memang tak pernah marah or mencarut dekat aku atau benda yang semacamnya. Tapi ia masih tak dapat nak mengubat sakit aku bila dia masih gunakan dua biji mata dia untuk perempuan lain.
Aku selalu cakap kalau dah tawar hati please bagitahu aku jujur. Tapi dia selalu denied. Dia kata dia sayang aku sama macam hari pertama kitorang berbual.
Aku dah serabut. Aku tak pedulikan dia lagi dah. Aku dah tak stalk dia. Aku dah tak kisah apa jadi kat dia. Aku hadap je semua dengan dia tanpa merugikan aku lagi.
Sebagai seorang gadis yang perawan dan ceria, ini bukan masa aku pun.
Setakat ni aku buat hal aku dan masih bercinta dengan dia. Tengoklah kalau si Patrick tu nak berubah. Or not. Chaiyok korang untuk hari ni!
Hidup ini memang palat tapi masih ada esok
-Lyana Jasmine (KAMI)
Bye korangggg!
– Red (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit