Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sesiapa yang membaca confession ini. Nama aku Cici (of course bukan nama sebenar), seorang penjawat awam yang berkerja sebagai staf kesihatan di sebuah hospital.
Aku sekarang berada dalam fasa sedih, sunyi, keseorangan dan kosong. Hanya ada 2 benda yang menghidupkan aku hari-hari, agama dan kerja. Sekiranya 2 benda ni tak ada dalam hidup aku, mungkin aku tak mampu pon nak menulis di sini.
Aku tahu secara kasar orang akan kata “depression tu”. Aku bersyukur zaman sekarang ni orang dah lebih peka dan terbuka dalam menerima penyakit mental dalam kehidupan seharian.
Tapi ketahui lah bahawasanya stigma terhadap pesakit mental masih berada di takuk yang sama. Aku takut dengan stigma tu. Aku selalu berfikir untuk mendapatkan rawatan dalam masa yang sama aku juga takut akan stigma masyarakat yang masih belum berubah.
Aku selalu fikir yang aku patut mati je tapi agama membuatkan aku bertahan dan sayang nyawa aku. Disebabkan tu jugak, aku selalu fikir dan berharap ada orang boleh cederakan aku, langgar ke tolak dari tangga ke apa-apa je asalkan aku tak perlu nak hadap kehidupan seharian aku.
Aku penat nak hadapi kehidupan hari ke hari. Aku boleh senyum, gelak-gelak dan bergurau bila bersama kawan-kawan sekerja atau famili tapi bila aku berseorangan semua perasaan benci, sedih, sunyi dan hopeless akan keluar.
Menyebabkan aku rasa aku layak mati, tak ada siapa yang kisah kalau aku tak ada kat dunia ni. Aku rasa orang sekeliling aku hanya boleh terima “the happy me” bukannya “the prolematic me”.
Aku boleh kata aku seorang yang sangat workaholic. Kerja buat aku rasa aku hidup. Tekanan kerja buat aku lupa dengan tekanan hidup. Aku cuba sedaya upaya untuk kurangkan waktu bersendirian sebab aku tahu keadaan tu boleh buat aku sedih dan masuk ke depressive episode.
Disebabkan aku bekeja dalam bidang yang sama membuatkan aku lebih pandai untuk tackle depressive episode tapi dalam masa yang sama buatkan aku rasa aku mampu survive tanpa jumpa pakar psikiatri atau psikologis.
Perangai tak semengah aku ni jugak yang menyebabkan everytime perasaan tu datang, dia jadi semakin teruk.
Aku sedar dan nak sangat jumpa dengan pakar psikiatri tapi keadaan membuatkan aku fikir 10 kali. Adakah dengan jumpa pakar psikiatri aku akan lebih baik? Atau hanya mendedahkan kelemahan aku?
Tambahan pula aku adalah staf kesihatan yang bekerja dalam bidang yang sama dengan penyakit aku. Aku risau keadaan aku akan menjadi buah mulut rakan sekerja dan membuatkan aku nampak mudah salah, lemah dan tak mampu melakukan tugas dengan sempurna.
Kalau aku pergi ke hospital lain pon tetap bos aku akan tahu. Aku tak percaya dengan secracy mana-mana institusi kesihatan.
Aku tidaklah self-diagnosed diri aku sebagai pesakit depression. Aku tahu hanya pakar psikiatri sahaja yang layak untuk mendiagnos sebarang penyakit mental.
Aku selalu dengar sharing atau talk berkaitan depression. Pesakit depression memerlukan sokongan dari kawan, keluarga dan masyarakat.
Macam mana kalau aku kata aku tak de semua tu? Then, i should just give up my life? Aku tak ada orang yang boleh mendengar dan memahami perasaan aku. Hari demi hari aku rasa keadaan aku merosakkan diri aku dari dalam. Bak kata omputih “slowly kill me inside”.
Patut ke aku simpan je perasaan aku atau dapatkan rawatan walaupun aku tahu yang kesan yang lebih buruk akan datang menyerang?
– Cici (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
please pergi dapatkan rawatan..aku juga pernah berada di tempat hg..salah satunya adalah sunyi & tekanan perasaan yg x boleh nk tampung oleh kepala otak aku ..aku depression terok..aku pergi dptkan rawatan..alhamdullillah dh habis dh rawatan dri hospital..masa aku depression aku byk doa kt Allah supaya ALLAH bagi aku teman@ bf..Alhamdulliah teman tu dh jadi suami aku..aku mintak kt Allah aku nk teman mcm mana..aku senaraikan dlm doa aku..alhamdullillah allah bagi apa yg aku nak & sesuai dgn kehendak Allah..suami aku byk tolong aku masa aku depression n sblm kawen dia slalu teman aku dptkn rawatn kt hospital & bagi aku sokongan moral yg x henti..terima kasih Allah
Alhamdulillah
Minta maaf Cici.., sbenarnya agama & kerja itu pon dah ‘ckup’ utk memenuhi hidup awk, klaw awk benar2 menghayati ‘konsep’ nya.. agama (islam) itu ialah ‘cara hidup’ atau pon ‘kehidupan’ itu sendiri.. segala2nya telah dibawa oleh Rasul dan dibentang dan disebarkan melalui ulamak & org2 yg arif.., kita hamba-Nya dan pengikut Nabi2 cuma perlu ‘praktik’kan je mngikut syari’ah yg dibawa (bkn main ikut je ajaran yg x betul).. mnakala kerja tu pulak adalah ‘khidmat’ kita kpd masyarakat dan ummah.., mngkin nmpak ‘remeh’ pkerjaan awk d hospital, atau pon apa jua pkerjaan (yg halal) d luar sana, tp itulah bakti yg bole memperoleh ‘pahala’ utk dibawa ke alam Akhirat nt.., kesunyian dan ‘keseorangan’ awk tu pula, adalah “bonus” utk awk mngumpul pahala sbg ‘bekal’ ke alam barzakh dan perjalanan mnuju ke Syurga nt (insha Allah).., awk bole gunakn mse yg awk ada itu utk membaca, menghafal, meneliti erti & tafsirnya, sterusnya mngamalkan apa yg awak bca.. skrg ni bnyak je ceramah, kursus, kelas, bengkel dsb yg ada utk diikuti, yg berbayar, malah yg percuma online pon bnyak.., cuma perlu ‘search’ jer.. skrg ni bln mse utk main ‘game’ online, or tengok drama bersiri, movies or berhibur2, sbb mse kita di dunia ni x lama, sdgkan alam kubur & Akhirat semakin hampir..! Pernah x awk melihat seorang yg sihat2 je, or sakit ckit2, or tetiba accident n mninggal.., kdg2 xde tanda2 or sempat pesan apa2 pon.. segala harta benda, ank pinak, pangkat, pkerjaan dll. semuanya ditinggalkan, sdgkan amalan Akhirat atau ibadahnya x spt x ckup je.., mmg kita x tahu ibadahnya mcmne, tp ckupla klaw kita ‘muhasabah’ diri kita, antara ibadah dan dosa, arau pon perkara yg ‘lagha’ yg kita buat, agak2 mne yg lbh bnyak; antara dunia & akhirat, mne yg lbh kita utamakn..? Kita rse solat 5 waktu kita dah ‘cukup’, tp nilai solat kita mcmne, adakah kita yakin diterima Allah dgn markah 100%..? Kita nilai lah diri kita sendiri.. Cici, awk patut rse bersyukur, krn Allah SWT dah bgi awk kelebihan ‘masa’ utk taubat dan ibadah.., berapa ramai org di luar sana (termasuk para as-satizah), yg rse masa mrk x ckup, nk ibadah lg, nk krja lg, nk travel dan mcm2 aktiviti, sampai x ‘ckup’ mse.., so, moral of the story, “hargai lah hidup yg sedia ada, dan pergunakn lah ia dgn sebaik2nya..” wasalam.. (sya minta maaf, sekiranya Cici bkn seorang islam.., bgaimana pon semoga kita semua mendapat hidayah iman yg mantap & islam yg syumul..) wallahu a’lam bissawab ..😌
Dah kerja bidang kesihatan, x kan nak tanya netizen pulak. Pergi jela klinik private, jgn kedekut sangat.