Untuk part I, (https://iiumc.com/sahabat-yang-ku-cintai-tapi-tak-bisa-ku-miliki/).
Hi semua, so yes.. kita nak continue apa yang jadi selepas tu. InsyaAllah, cerita ni takkan ada sambungan lagi dah.
So, waktu zaman diploma aku pernah kenal dengan seorang lelaki (Neo). Perkenalan yang tidak masuk akal. Kenapa? Sebab perkenalan kami hanya ditempat parking motor sebuah mall.
Waktu tu Neo tengah runsing untuk mencari alamat rumah bossnya. Al maklumlah, tak familiar dengan kawasan tempat aku.
Maka, dengan rendah diri aku tumpangkan dia sehingga ke rumah bossnya. Berani betul aku ya pada masa tu, tapi jangan risau aku dah dapatkan greenlight dari mak aku untuk tumpangkan dia pada masa tu (naik kereta).
Aku pendekkan cerita jelah, lepas pada tu kami saling kenal. Yalah dah tukar no phone kan, cumanya pada masa tu aku tak bukak hati untuk kenal lelaki.
Tibalah pada satu hari, ada jamuan makan makan dirumah aku, maka aku jemput Neo untuk datang.
Sebelum ni, mak aku pernah tanya aku serious ka dengan hubungan ni. Tapi aku macam biasa lah, aku jawab, “takmau lah, mana mana mai ja laki tu”.
Sampailah hari jamuan dia datang rumah, mak aku direct tanya dia, “niat berkawan sungguh ka main main? kalau sungguh bagitau mak ayah mai masuk minang”.
Lepastu, hampa rasa apa jawapan Neo masa tu? Dia pun selamba ja jawab, “Oh boleh masuk minang dah ka makcik, tkpa nanti saya bagitau family saya”.
Dan lepas pada tu, family dia pun datang lah merisik aku waktu tu betul betul lepas aku habis paper exam diploma. Dan selang dua bulan lepastu terus tunang.
Mudah betul segalanya waktu dengan Neo, tapi tipulah kalau takda rasa curiga kan, cuma aku banyak serahkan semuanya pada yang Maha Mengetahui.
Segala solat sunat aku buat untuk dapat petunjuk, alhamdulillah bila dengan dia aku rasa tenang.
Family aku mintak pertunangan kami selama setahun, tapi tak sampai setahun kami telah disatukan, hanya lebih kurang 10 bulan saja bertunang.
Sepanjang lebih kurang 10 bulan lah aku kenal hati budi Neo dan jugak latar belakang family dia. Yala tak mudah nak buat keputusan untuk berkahwin diusia yang muda pada masa tu (22 tahun).
Alhamdulillah jugak pada masa tu, aku dapat tawaran kerja yang bagus, betul lah orang cakap rezeki Allah tu luas. Alhamdulillah segala perjalanan dalam tempoh pertunangan sehingga kahwin sangat mudah.
Sekarang dah 2 tahun rumah tangga kami dibina, alhamdulillah Neo seorang suami yang sangat baik, bertanggungjawab dalam segala hal, sentiasa utamakan aku dan tak pernah tinggi suara dengan aku.
Cara layanan Neo berbeza dengan Boy, tapi aku bahagia dengannya. Setiap bulan Neo akan bawak aku berjalan, walau belum berkesempatan ke luar negara tapi aku hargai dengan segala pengorbanan dia.
Jujur aku cakap, kalau lah dulu aku memilih Boy untuk bersama aku, mustahil untuk aku dapat semua ni.
Sekarang hidup aku dengan Neo sangat bahagia, walaupun kami belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata, tapi aku percaya dengan rezeki Allah yang lain.
Jadi kesimpulannya, percaya lah dengan segala perancangan Allah dan dapatkan restu mak ayah tu sangat penting dalam apa jua keadaan sekalipun.
Terima kasih sudi mendengar luahan cerita aku. Jangan tanya aku apa jadi dengan Boy, sebab aku pun dah tak contact sejak aku dah berkahwin.
Now, dalam hati aku cuma ada Neo saja. Doakan perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke penghujungnya dan dikurniakan cahaya mata satu hari nanti.
Salam Sayang,
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit