Saya perlukan pendapat. Saya dah 12 tahun kerja syarikat ni. Syarikat kecik ja.
Nak kata ada dinner atau menghargai pekerjaan yang dah kerja lama macam company2 lain tu tak de la. Tapi bonus dan kenaikan gaji ada setiap tahun.
Saya kerja kerani ja kat sini. Environment, bos semua ok. Kami ada hq. Kira saya ni branch la.
Awal tu saya rasa ok ja sini. Tak terfikir pun nak lompat kerja ke apa. Sebab kerja kat sini pun relax ja. Tak de stress langsung.
Cumanya sejak 6 tahun ni, tak de kenaikan gaji atau bonus. Sebab projek dah tak de.
Mula setahun dua rasa tak pe la. Sabar dulu la. Sebab bos cakap nanti kita cari projek. Ataupn maybe tahun depan ada bonus.
Tapi sampai sekarang macam tak de dah dia nak cari projek atau tanda2 nak naik gaji atau bonus.
Masing2 datang kerja duduk saja. Tengok hp, main game. Tengok movie, sembang2. Lepas tu cukup waktu balik rumah.
Senang cakap memang kami makan gaji buta ja tanpa buat apa2. Dan dah bertahun macam ni.
Bertahun datang ofis sekadar nak tunjuk muka ja la. Tapi tak de kerja apa pun.
Bos saya dah sangat tua. Dia malas nak cari2 projek. Dia selesa dengan keadaan macam ni.
Hq pun malas dah nak tanya apa2.
Keuntungan hq ja lepas bayar gaji kami. Kalau ada bonus atau kenaikan pun, hq ja la dapat. Dah diaorang ja cari projek.
Diaorang cuma cakap branch tak de profit. Gaji pun guna profit hq. So memang tak boleh bagi kenaikan atau bonus dah.
Kat sini nak cuti ke, nak keluar uruskan anak ke tak de masalah.. Kami tak de punch card ke apa pun. Bebas nak buat apa.
Macam saya cakap, sabar setahun dua setahun dua pun makin buat saya runsing.
Dulu2 bila cakap tak de bonus tak de gaji. Bos cuma cakap tengok tahun depan macam mana.
Tengok tahun depan tahun depan dah 6 tahun tak de perkembangan.
Saya dah cuba cari kerja2 lain. Tapi saya pun dah berumur dan tak de kelayakan apa pun. Saya susah nak dapat kerja lain.
Dan yang paling penting, kalau pun ada company nak hire saya gaji permulaan sangat sikit. 1200 atau 1500.
Sedangkan gaji saya sekarang 2200. Dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang melampau, gaji 2k pun saya rasa sempit.
Tak kan nak downgrade gaji saya ke paras yang lagi rendah.. Pasti saya tak mampu.
So saya macam betahan ja la kat sini sambil2 tengok jugak peluang kerja lain.
Sebab saya rasa dah macam gaji mati dah kat sini plus dah tak de benefit lain.
Sebenarnya kadang2 rasa nak mintak naik gaji, tapi saya sendiri rasa malu. Sebab kita tahu la kan, kita pun datang tak buat apa2. Lepas tu nak demand gaji pulak.
Tapi tahun depan macam nak bersuara la pasal ni walaupun dah tahu dah apa jawapan bos. Korang rasa ok tak eh?
Sebab sekarang pun kerajaan hutang company kami dekat 2 juta. Payment dah bertahun tak dapat. Kalau bayar pun sikit2 ja.
Dato kami selalu kena pump duit sendiri untuk topap gaji staff sebab projek kerajaan payment sangat lambat.
So saya dapat rasa company mesti akan bagi alasan tu plus saya tak benda nak buat so tak mampu nak bayar gaji lebih.
Kalau korang kat tempat saya,apa korang buat eh.
Lagi satu, ada tak cadangan kerja sambilan apa2 yang saya bleh buat di pejabat dari duduk saja ja.
Tapi tak nak yang affiliate2 ni. Kerja yang gunakan skill. Macam menulis ke, balas emel ke, packing2 barang ke.
Saya sangat hargai segala pandangan dan komen. Assalamualaikum.
– Rolex (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
klu kamu nak selesa, teruskan je keja kt situ, tapi klu kamu mahukan cabaran baru, kena cari keja lain yg belum menjanjikan apa2, jadi ikut diri kamu sendiri, mungkin dgn buat partime adalah lebih baik dan teruskan keja kat situ