Terasa Diendahkan

Salam, Nilam disini. Saya tak berapa pandai mengarang. Saya nak berkongsi perasaan yang dialami baru baru ni.

Saya seorang isteri dan belum mempunyai anak. Perkahwinan baru mencecah 7 bulan. Baru sangat. Baru nak merasa ada rumah even rumah sewa. Baru nak merasa life seorang isteri. Baru nak merasa ada kereta.

Ya kereta.. Saya berkongsi dengan suami duit untuk beli kereta untuk keperluan kami di ibu kota. Suami ada motor. Saya dan suami tinggal berhampiran dengan mertua saya.

Dan di awal perbincangan sebelum membeli kereta, suami ada bertanya sama ada boleh atau tidak ibu bapa mertua saya pinjam kereta untuk urusan di pejabat zakat dan bantuan lain juga untuk membeli barang dapur.

Saya setuju kerana saya kesiankan mereka. Tak ada kenderaan dan mereka berdua juga sudah tua.

Bila kereta dah dapat, kunci dah dapat, saya terkejut. Suami cakap satu kunci dia pegang, satu lagi bagi mertua. Terasa saya. Saya pun owner jugak hmm.

Saya diam dan bercadang nak meluahkan perasaan ni malam nanti. Tapi sebab letih kerja, hari demi hari saya pun dah tak ingat benda ni.

Beberapa hari lepas tu suami bagitahu dia nak pasang tinted cermin. Saya cakap kalau tak ada duit lebih baik tunggu gaji bulan depan.

Tup tup dia ajak saya dengan adik ipar pergi kedai tinted. Sampai saja saya ingat pakai duit dia rupanya pinjam adik ipar. Gaji saya jugak dibuat bayar hutang. Sebab gaji suami untuk deposit kereta selebihnya.

Sudah saya nasihat jangan buat apa apa kalau tak cukup duit, ingat kita makan pergi kerja semua nak pakai duit jugak. Saya rasa saya tak perlu untuk ajak berbincang dan keputusan saya pun tak penting.

Sebelum ni berlaku jugak hal di mana keputusan apa apa dari saya tak diendahkan. Dan tanya pun tidak.

Kakak kakak, apa perlu saya buat ye. Saya nak nasihat suami macam mana. Ataupun saya yang perlu dinasihatkan oleh kakak kakak dalam ni.

– Nilam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. pendapat saya yang tidak bertauliah ni, awal-awal kahwin, kena jujur ja. ada masalah bagitahu cepat. settlekan cepat. gaduh pun gaduh lah. lepas gaduh, berbaik then fikirkan solusi. makin lambat kita meluah nanti makin berkumpul rasa marah tu. 7 bulan hingga seumur hidup tu lama lagi tuu. apa pun; selagi tak memudaratkan tubuh badan, usaha untuk jaga aib suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *