Assalamualaikum. Aku just nak share pengalaman aku 16 tahun lalu semasa aku belajar di salah sebuah universiti di tanah air.
Kejadian pada tahun 2008. Aku tidak pasti apa yang aku kongsikan ini sesuatu yang okay atau tabu atau sulit. But here maybe is the darkside of my study time. Hahahaha maybelah.
Masa tu aku belajar dalam kursus Biologi. Kursus 3 tahun. Masa tu aku sedang menduduki tahun kedua. The next semester aku dah nak kena buat projek tahun akhir.
Aku ketika tu merupakan antara student yang lemah. Kira paling corotlah dalam kuliah. Aku pon tak pasti kenapa, sewaktu sekolah aku antara student yang boleh pick up subjek bio ni, masuk universiti terus aku KO.
Pada ketika itu our course is pulling out from the faculty and develop a new faculty. Jadi one of my lecturer yang berstatus Prof yang juga merupakan seorang dekan, memang mengajar aku pada ketika itu.
Dia memang terkenal dengan attitude yang tegas and garang. Masa tu dia memang ada buat personal session untuk student yang lemah macam aku ni.
Ada beberapa orang student yang terpilih yang mana kami ni perlu ke bilik dia selepas waktu kuliah untuk kami bertanya or discuss any topic yang kami tidak faham.
Tambahan, masa ni ramai lecturer yang pegang jawatan-jawatan besar kat fakulti baru ni adalah kawan-kawan dekan tadi. Harap korang fahamlah ya. Hehehehe.
Long story short, kita ada study week dan kebiasaannya study week ni student akan balik kampung sebab cuti seminggu. Masa study week ni dekan tadi ada call aku tapi aku tak terjawab panggilan dia.
Dia sms aku suruh aku datang bilik dia sekarang. Cara sms tu bunyinya macam marah. Aku memang tak jumpa dia masa tu sebab masa tu adalah study week dan dia tak boleh assume yang aku berada dalam universiti.
Habis study week, aku hadir ke kuliah dia macam biasa. I think ni kuliah-kuliah terakhir sebelum exam. Habis je kuliah, masa aku nak beredar keluar tu dia panggil aku.
Dia terus marah aku sambil tinggikan suara.
“Kenapa susah sangat saya nak jumpa awak?”
“Saya akan pastikan awak tak dapat ambik exam saya kali ini”
Dia nak block aku dari ambik exam dia. Masa dia marah tu semua student dengar. Memang dia sengaja tinggikan suara dia depan orang ramai. Aku masih blur-blur sebab takkan sebab aku tak jumpa dia masa study week sampai dia marah aku macam ni.
Aku tahu dia tengah marah so sebagai menghormati dia, aku temankan dia berjalan and layankan marah dia depan-depan orang ramai tu. Masa tu ramai sangat orang di koridor tingkat 4 tu. Selepas tu dia sambung..
“Saya nak awak terjun sekarang”
Aku macam, kau ni kenapa weiii. Kena rasuk hantu mak lampir ke???
Lepas tu aku terus teman dia sampai ke bawah tangga, dia berlalu pergi dan aku pon berpisah kat situ.
Selepas kejadian itu, aku yang tak sedap hati ni semestinya akan text and mohon maaf pada Prof tadi. Kemudian seingat aku dia ajak aku jumpa lagi kat bilik dia. Seingat akulah.
Jumaat pagi, aku pergi ke pejabat dia. Dalam bilik dia ada 2 orang lagi pensyarah. Sorang tu dia punya timbalan merangkap kaki ampu. Sorry itu realiti hahaha. Yang lagi sorang, pensyarah yang mengajar aku juga.
Aku duduk di sofa menghadap dua orang pensyarah tadi manakala dekan tu duduk kat meja dia.
Dekan aku ni still membebel marah-marahkan aku. Aku just tunduk mendengar bebelan dia. At one point dia kata..
“Budak ni pernah pergi pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), and dia jalan dia tak nampak saya”
Aku blurr lagi, bila ya.. dah aku tak nampak mean aku tak nampaklah. Incase aku nampak, mestilah aku melemparkan senyuman semanis madu dan salam. Lepas tu aku pon bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Bila puan?”.. dengan nada yang paling lembut dan rendah. Tone paling rendah taw.
Tiba-tiba ada satu kuasa super saiya entah dari penjuru mana merasuki dekan tersebut lantas dekan tersebut naik hantu.
Dia bingkas bangun dari meja dia and berjalan ke arah aku sambil berkata..
“Ishhhhh kurang ajar budak ni”
Sampai je dia kat sebelah aku…Panggggggg!!!!
Satu penampar lima jari hinggap ke pipi kanan aku. Dushhhhh… Lepas tu tangan dia tarik hidung aku and dia macam nak meremas-remas kepala aku, tetapi aku sempat halang.
Cannot touch me. Haram. Kita bukan muhrim taw.
Lepas je aku kena tampar tu kan, salah seorang pensyarah yang duduk depan aku tadi terus bingkas bangun dan keluar. Kemungkinan dia tak nak terlibat. Manakala yang kaki ampu tu stay kat situ. Fahamlah kan.
Dekan tadi balik ke meja dia and ambik pasu bunga and baling kat aku. Aku tak ingat aku mengelak ke atau balingan tu tak kena sasaran. Yang pasti pasu tu kena dinding and pecah. Agak-agak kalu kena kepala aku mahu sewel aku dibuatnya.
Aku masih duduk di situ and dengar dia pot pet pot pet. Sementara itu, si kaki ampu tadi suddenly berbunyi..
“You nak apa sebenarnya??”
Eh aku pulak kau tanya. Patut aku yang tanya kau. Dekan terus pot pet pot pet and end up. Aku berlalu pergi dari bilik dia tanpa aku melawan. Serius masa ni aku blurrrrr, terkejut, and tak sure nak respon apa.
Aku terus ke masjid untuk solat Jumaat and kena ambik wudhuk semula. Dah batalkan wudhuk aku kena sentuh bukan muhrim.
xxxxxxxxxxxx
Hari berlalu beberapa hari with no response from my side. Aku masih processing apa yang berlaku.
The next week adalah week yang mana aku perlu register untuk projek akhir. Semua student kena pilih pensyarah and topik. Student perlu berjumpa pensyarah masing-masing untuk discussion.
Waktu ni aku pilih pensyarah yang berlalu pergi dari bilik singa tadi. Why aku pilih dia, sebab dia stand up untuk aku walaupun dia tak luahkan.
Aku jumpa pensyarah tu, sedihnya pensyarah tu kata nama aku kena KIV dari ambik projek akhir tahun, which mean aku kena ambik semester lain, which mean aku kena extend study,
Which mean aku nak kena cari duit untuk tampung yuran belajar aku yang mana masa tu aku bergantung dengan PTPTN.
Pensyarah tadi sempat berpesan supaya aku sabar dan kuatkan semangat. Dia pon tak mampu nak lawan on behalf. Yelah aku faham. Dia pon ada reputasi and periuk nasi yang perlu dijaga.
Masa ni, sel-sel otak aku baru mula berhubung. Sorrylah guys. Aku ni lembab masa tu. Aku dah mula fikir masa depan aku.
Now dekan KIV nama aku untuk aku ambik projek. Aku nak kena extend. Buatnya nanti dia KIV nama aku lagi macam mana.
Yuran tetap kena bayar. Mana aku nak cari duit. Yuran bukan murah, mau beribu juga yuran. Exam confirmlah dia tak kasi ambik. Haaa macam mana. Dahlah dalam fakulti ni pensyarah semua geng-geng dia.
Lepas tu baru terpikir, ehhh aku kena tampar kot. Dia dah sentuh aku yang teruna ni. This time barulah aku meratap nasib masa depan aku. Dah nampak gelap gelita dah.
Aku ambik masa beberapa hari untuk meratapi, stress menangis semua ada. Haaaa aku baru nangis weiii. Sebelum tu aku tak nangis pon. Tak tahu apa tak kena dengan emosi aku masa tu.
Setelah beberapa hari berlalu, aku mula kumpul kekuatan untuk bangkit balik.
Nooo this is not right. Aku kena lawan balik.
Masa ni semua kawan-kawan aku hilang. Tak tahu tercicir kat mana. Maybe kena pick pocket kot. Entah. Hanya ada beberapa je yang berani stay and support.
Aku dapat kekuatan untuk bertanya dengan seorang pensyarah dari fakulti lain and minta advice.
Pensyarah aku sorang ni dia kata dia tak mampu nak buat apa sebab dia bukan siapa-siapa sementelah dia hanyalah berpangkat Puan masa tu (Belum sambung PHD). Nak lawan pulak pangkat-pangkat Doctor and Prof.
But she give a fully moral support to me that time. Itu pon sudah cukup.
End up, aku inform Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). MPP ni sanggup nak tolong aku and bawa aku jumpa Timbalan Naib Censelor (TNC).
Masa ni aku tiada pikiran lain melainkan nak memohon untuk tukar kursus. Aku tak mahu bangkitkan isu tampar tarik hidung tadi. Cukuplah dengan permohonan untuk tukar kursus sahaja. Even ada yang nasihat untuk buat laporan polis but aku hold.
Satu hari aku dan MPP terbabit pergi ke pejabat TNC. Alhamdulillah TNC melayan aku dengan baik. Dia tanya aku tujuan apa aku datang berjumpa. Aku jawab direct yang tujuan aku datang ni adalah untuk membuat permohonan pertukaran kursus.
Guest what, tak semudah itulah kan. Semestinya aku akan disoal.
“Nak tukar kursus ya. Jika tidak keberatan boleh saya tahu kenapa?”
Demi Allah, aku tak mahu cerita tapi aku nak sangat tukar kursus sebab mahu perjuangkan akademik aku.
Dah 2 tahun kita laburkan masa dan duit untuk segengam ijazah, takkan aku nak mengalah macam tu je. Mahu atau tidak aku terpaksa cerita juga. Aku explain semua yang termampu.
TNC melarang aku dari buat report polis. Dia nak kita settle internal sahaja.
TNC beri aku beberapa pilihan:
1. Dia sanggup hire tutor lain untuk ajar aku.
2. Dia bole lepaskan aku untuk ambik exam.
3. Dia bole lepaskan aku untuk ambik projek akhir.
4. Last option is tukar kursus.
3 pilihan pertama aku tolak. Sebab no point aku stay dalam fakulti tersebut. Semua konco-konco dia dalam fakulti tu. Cannot imagine the pressure that I will get later.
Aku pilih no 4.
Banyak kali TNC tanya,
“Are you sure because memilih tukar kursus is not easy choice. You memang akan turun naik office banyak kali”
Aku muktamadkan keputusan aku, yes aku nak tukar kursus and TNC advise aku untuk be strong.
xxxxxxxxxxxxxxxx
Esoknya, guess what. Aku dapat mesej/panggilan dari dekan aku untuk aku jumpa dia lagi..Ayooooo dia ni..Psiko beb.
Aku ni lurus bendul pergilah juga ke pejabat dia. Hormatlah katakan. Seingat aku, aku bawa MPP sekali.
Sebaik sahaja aku masuk pejabat dia. Bawah kedua mata dia ada jalur hitam. Dia baru lepas nangis. Dia kata damage has been done.
Aku syak dia kena lucut jawatan.
Lepas tu dia duk pot pet pot pet lagi.
Dia kata,
“Orang atas nak jatuhkan saya. Kalau saya jatuh, orang atas pon akan jatuh”
Cuba teka dia buat apa. Dia call S**M.
Aku masa tu dah macam, weiiii kenapa dark sangat masalah ni. Kenapa jadi sebesar ini.
Dia bebel kat MPP tu, dia psiko balik MPP.
MPP pon masa tu dah jadi 50/50.
MPP kata,
“Macam ni lah puan, biar dia tukar kursus, and saya merayu untuk puan dapatkan balik jawatan puan”
“Saya tak nak, saya nak dia keluar dari universiti ni. Saya nak dia rasa susah kat luar”
Balas mak lampir tadi.
Aku masa tu haishhh dia ni. Berdendam sampai macam ni. What the hell is happen.
Banyak lagilah dia membebel include berkenaan baling pisau kat suami lah apa lah, but aku malas nak ulas sebab dah tak kaitan dengan aku. Hahahahaa.
Anyway aku manage untuk tukar kursus and get out from the toxic enviroment.
Alhamdulillah sekarang aku dah tukar bidang. No more Bio already.
Thanks guys baca.
– Aku Yang Duduk Rumah Sewa Singapore (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit