Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-di-indonesia/).
Hi, semua! Lily is back, sorry ya busy betul lately ni huhu, maklumlah Week 14 kann.. Saya tak expect sambutan yang baik dekat post saya sebab ni first time saya confess sini. Thank you pada yang tambah input sebab saya pun banyak tertinggal point sebenarnya.
Just because saya cerita point2 yang tak baik tentang pengalaman saya doesn’t mean saya tak bersyukur, maaflah kalau saya sorang sahaja pergi mana2 akan tak sengaja tercompare negara dalam hati.
Bukan bermakna nak kata Malaysia terpaling bagus tapi kadang2 mungkin sebab benda baru so mungkin agak sedikit shock disitu, macam saya cakap dekat confession sebelum ni kalau baca betul2, raikan je mana yang baik, negatif kita jadikan new experience je.
And also, thank you pada yang tolong jelaskan tentang pengalaman tinggal long term and travel sekejap berbeza ya huhu, tapi takpe saya enjoy je baca pengalaman travelling orang lain menarik juga. Maybe saya boleh share pengalaman travel ke hotspot Indonesia kalau ada yang minat. Lagi2 pasal bromo yang viral tapi abit disappointing lah untuk saya.
Haih panjang pulak mukadimah, anyway tanpa berlengah lagi mari lanjut ke point2 positif yang saya sendiri alami dan perhati sepanjang disini.
Ini, point yang memang umum tahu tapi saya tak kira saya nak cakap jugak hahaha.. makanan sini sangat sedap dan murah huaa. Saya tak tahu macam mana nak survive kalau saya balik semula malaysia. Untuk lidah saya, memang kena lah dengan tekak saya dan saya cuba macam2 makanan tepi jalan alhamdulillah perut masih ok lagi lah. Doakan perut saya tahan sampai balik lah hehe.
Korang bayangkan lah eh, dorang ada food apps yang macam grab tapi sini panggil gojek, harga makanan kat gojek sekali delivery semurah RM5 yaa. Memang takleh tahan, duk sini gojek je keje aku, makin gemuklah aku haha.
Next, is dia sangat rich with culture. Jujur saya cakap, boleh kata adat resam dan budaya orang sini masih lagi sangat strong compare dengan kitalah (jangan kecam ya, my opinion je). So, saya sangat sukalah part ni sebab sini banyak penari dan penyanyi tradisional, baju batik bermacam ragam dan batik ni satu pakaian yang orang banyak pakai.
Saya memang suka part kebaya ni lah, memang borong kebaya je sebab murah dan cantek2, bukan apa saya bila time raya kat MY selalu susah nak cari baju tradisional. Sebab apa tau, baju tradisional melayu ni banyak sangat dah terlalu modern so saya agak kurang suka sebab lama2 dah nampak baju kurung ni macam blouse and skirt set je, ke saya sorang je rasa camni huhu.
Batik pun kat uni, kenduri semua orang pakai dalam macam2 bentuk, baju, skirt, seluar, one set semua lah. So, saya sukalah tengok sebab tu identiti nasional Indonesia kan. Sebab di Malaysia, biasa acara formal atau badan kerajaan je pakai, budak2 muda mana nak pakai sangat, kenduri pun jarang tengok orang pakai.
Saya rasa macam Malaysia kena lestarikan tradisi dan batik macam Indo.. so that batik n culture kita tak hilang dek zaman. Culture sini sangat banyak sebab so many etnik dkt sini, taktaulah saya sangat suka part ni, rasa macam wow sangat tengok budaya dan baju setiap suku.
Next point, landscape. Walaupun ni ramai tahu, tapi saya nak emphasize landscape Indo ni memang one of its kind saya berani cakap. Sebelum datang saya pun macam terfikir lah kita pun ada hutan, sungai, air terjun gunung semua, apalah beza sangat pun kan.
Tapi oh salah sesungguhnya salah yaa.. terlalu cantik tak boleh diungkap dengan kata2, saya paling strongly recommend Air Terjun Tumpak Sewu. The most magnificent pemandangan alam yang saya pernah tengok sepanjang hayat hidup saya yang pendek ni.
Berjalanlah, kalau ada waktu dan wang, jalanlah ke negara jiran kita ni, cantik sangat tak akan regret. Ok, tadi saya ada mention gojek kan. Gojek ni ada transportation jugak tau, tapi saya nak fokus kepada gojek punya GoRide which is motor.
Malaysia, bila nak masuk macam ni? Sangat convenient ya, yalah bukan semua orang guna grab naik ramai2 kan dahlah mahal. Kalau motor cepat sikit sampai dan murah.
Ni pun antara benda yang saya rasa kalau balik MY nnt mesti saya merungut huhu. Kalau concern tentang women passenger, setakat ni experience saya ok sangat2. Kami duduk pun jauh ada jarak tak bersentuh so saya rasa kat situ mungkin takde issue for certain people. (baca: CERTAIN PEOPLE, jenuh saya kang orang kecam nanti haha).
Ok, ni saya cerita spesifik uni saya pulak. Tapi, saya tak bagitaulah ya nama uni sebab malu kalau kantoi wkwkw.. But my uni antara top 3 di whole indonesia. And, facility sangat modern dan cantik2.
Bayangkan lah eh, dalam asrama ada lift, lobby dihias cantik2 dan selesa, bilik ada aircond, private bathroom, ada built in kantin dalam bangunan asrama. Saya macam amaze sangat tau sebab ni public uni bukan private tau noks. For transparency, bilik saya tu RM250 sebulan which is imo oklah.
I think KPTM boleh improve kot facility uni n asrama, sebab kalau nak compare my previous local uni kat MY dengan uni ni, sangat jauh beza. Boleh contohi uni2 sini to upgrade sebab kalau mereka boleh buat kenapa tidak kita kan?
Satu lagi, student sini sangat lantang dan tak takut untuk bersuara about politik. Haritu, yang kes perdana menteri, saya tak ingat nama dan kes apa, terang2 letak poster perdana menteri tu dengan ayat sindiran yang saya baca pun terkejut ya, siap ada merah2 saya taktahu lah cat ke memang canvas tu kaler macam tu untuk bagi efek berdarah gitu. Haritu pun ada rusuhan perasaan dalam uni ni.
Pendapat saya, this is good lah sebab budak muda kena involve in politic sebab kita generasi pelopor untuk masa depan negara. Di MY, saya rasa UM je yang saya pernah dengar berani buat rusuhan tapi uni lain kurang sebab uni akan ugut buang uni. Tak make sense kita sebagai negara demokratik, tapi rakyat tak boleh bersuara seolah2 hak kita untuk bersuara disekat.
Dan, di uni saya ni saya ada ambik satu subjek yang bincang tentang LGBTQ dan feminism. First2 tu, saya macam wow dalam uni boleh eh sembang macam ni. Tapi, saya enjoy belajar sebab kalau kat MY, nak mention topic taboo macam ni pun memang lect n student tak berani.
Padahal, kita dah 2024 zaman maju, benda2 macam LGBTQ, sex education or other topic sensitive macam politic ke kita kena bincang. Bincang bukan bermaksud kita sokong tapi kita nak bagi awareness pasal issue ni, bukan nya budak2 cari info yang tak sahih kat internet lepastu jadi bukan2.
Ada eh young adults, yang ingatkan sex without condom is okay asalkan lepas kat luar. Info2 macam ni penting, sebab kalau diorang have sex and end up ada kids kan dah menjadi problem.
Ni cuma pendapat peribadi, kalau tak setuju takpe (yang ni saya memang bersedia dikecam), kita larang macam mana pun people especially budak2 muda akan have sex anyway, darah muda itu memang normal. Tapi, at least dengan ilmu sex education mereka boleh have sex with knowledge supaya tak menambah statistik teen pregnancy, anak2 terabai, kawin muda tapi tak mampu.
Ok dah stop sini, ni je pendapat saya, terpulanglah pendapat readers. Saya respect opinion orang lain tlg respect opinion saya juga thank you.
Next, is kat uni saya ni ada sexual harassment rules sampai poster terpampang sana sini about this. Untuk aspek ni, saya rasa uni MY masih ketinggalan jauh lah, saya cakap based on experience kat uni gov sahaja yee..
Again berbalik kepada point diatas dimana topik2 sexual macam ni dikira taboo dan orang2 jarang diskus. Ini akan efek ya, sebab bilamana topik2 ni orang taknak discuss, bila jadi apa2 kes, tak ada law atau kurang penguatkuasaan law tu disebabkan orang taknak heboh2 kes taboo macam ni.
Ok, tutup citer pasal uni. Next, is coverage sistem railway sangat luas. Indonesia ni sangat besar tapi dari Jawa Timur, Surabaya ni saya boleh pergi Bandung di Jawa Tengah yang berjarak 700+km.
Considering sangkaan saya that Indonesia bukan negara yang maju sebelum saya datang sini, saya rasa railway sistem dia sangat bagus lah coverage dia. Saya dah try jugak naik railway dia dan bagus saya suka sebab selesa dan bersih.
Ok, ni saya nak citer pengalaman jumpa dengan orang baik2. Sungguh bila ingat balik, saya rasa lucky betul Tuhan jaga saya. Ada satu time tu ya, saya pergi satu theme park ni, tapi kebetulan saya pergi time Hari Ulang Tahun Kemerdekaan depa.
Sangkaan saya ramailah sebab cuti umumkan, astaga saya pergi sana macam padang jarak padang terkukur, sunyi dan sepi tiada siapa pun. Saya pergi sorang pulak tu waktu tu. Theme park tu memang agak terbengkalai sikit sebab ada accident dulu so saya memang dah agak tk ramai orang sebab tu saya plan pergi hari merdeka so that ramai sikit kan bagi selamat.
Alkisah terjumpa lah satu kedai makan, makcik tua sangat kesian pulak kat dia apalah khabar dia, dia sorang je buka saya pulak memang lapar sangat. Saya makan dan dia pun tanya kenapa datang sorang sini, time2 macam ni. Saya cakap lah saya tak tau saya bukan orang sini, dan saya sebenarnya tak tahu mana pintu masuk theme park sebab saya tak pernah datang.
Makcik tu genggam erat tangan saya pimpin bawak pegi kaunter, beli tiket, padahal sebelah kedai makan tu je tapi sungguh saya tak nampak. Dia hantar saya sampai masuk gate betul2 baru dia pergi huaa.. saya pun bodoh tak terfikir nak bagi duit sikit ke apa sebab cash ad sekeping je kat tangan.
Ya, jangan marah saya, saya tau silap saya, sejak tu saya selalu bawak duit yang mencukupi takut jadi macam ni lagi. Dan ada satu time tu, saya dari Jawa Tengah nak balik ke Jawa Timur, jauh tau. Tapi jangkaan bus patutnya sampai jam 10 malam tapi sampai jam 3 pagi aduhai, dan sekali lagi saya sorang je waktu tu.
Janganlah marah saya, selalunya saya jalan dengan kawan2 tapi kadang2 adalah jalan sorang macam ni dan saya pun tak expect lambat sampai kul 3. Kalau delay, before kul 12 ok lagi masih ramai. Turun2 sangat ramai pakcik taxi agresif, saya sangat takut sebab saya perempuan sorang.
Saya lari pergi kedai makan ada makcik perempuan berdiri sebelah dia sambil panggil gojek. Rupanya, saya taktau kawasan saya turun tu gojek tak boleh pickup dan rider saya baik sanggup buka jacket gojek letak tempat lain dulu, pickup saya pastu ambik balik jaket nya. Padahal, boleh je dia cancel ride tu kalau tak nak susah2 kan, baik sangatt.
Dia cakap kalau orang taxi tahu dia gojek dorang selalunya akan pukul dia, saya dengar pun terkejut dan saya mintak maaf sangat susahkan dia. Baik sungguh orang2 nya.. memang rasa miracle, asal susah tuhan jaga saya saya syukur orang sanggup tolong saya, huhu.
Banyak kan hehe sabar eh sikit je lagi. Ni confession last, pasni mungkin takde dah jangan rindu pulak ahaks XD. Anyway, orang sini dorang agak respectful in terms of agama dan bangsa lah.
Sebab kalau di MY, saya memang biasa kena tanya saya ni bangsa apa sebab muka saya agak unik. Saya tak suka ditanya macam tu. Tau tak kenapa? Mesti readers pelik kan, tanya bangsa je kenapa nak sensitif sangat dan mungkin ada antara kalian pernah buat jugak.
Sebab biasanya pertanyaan tu akan disusuli dengan ayat, oh agama apa? Kenapa tak pakai tudung? Ayah atau mak bla bla banyak soalan yang saya rasa sensitif dan menganggu privasi. Bagi yang biasa kena macam ni, tapi tak kesah itu up to u tapi saya sangat tak suka. Tiada sebab saya perlu ceritakan asal usul saya, atau tentang agama kenapa saya tak buat itu ini, tentang family info.
In my opinion, urusan agama tu urusan personal seseorang dengan Tuhan. Ya, betul memang boleh tegur tapi check balik adab menegur tu.
Saya ni bukan takleh ditegur sangat pun tapi cara tu, lagi2 kalau orang yang baru jumpa atau takde kaitan, lepastu nak guna dakwah sentap lak hm penat. Anyway panjang pulak pasal ni, ha pokok pangkalnya kurang lah sini tanya pasal agama n bangsa.
Ok last, janji janji.. tapi ni agak controversial sikitlah ye. Korang dah tengok belum movie “Ipar adalah Maut” dan “Tuhan, Izinkan aku Berdosa”.
Dari segi perspektif creative lah ya sebab saya tak nak sentuh bab agama sebab saya pun tak arif, saya rasa bidang media Malaysia boleh jadikan these movies as inspiration daripada duk buat citer TV3 yang plot citernya sama “I love you, you love me” dan tak berubah.
Sebab dua2 cerita based on true story tau, dan cerita macam ni bukan untuk menggalakkan masyarakat buat benda yang sama tapi nak educate dan raise awareness tentang isu2 macam ni. Tapi tulah memang lambert lagilah kot nak buat filem kualiti macam ni.
Cuba tengok filem horor Indonesia lately ni, bagus2 dan femes, Malaysia ni ada Hantu Kak Limah jela, gurau je, jangan serious2 sangat kay.
Oklah intipati dari part ni ialah, setiap negara ada baik buruk masing2. Raikan saje mana yang baik, yang buruk kita biar n jadikan pengajaran. Kalau ada pendapat saya yang readers tak setuju tak mengapa, saya faham dan sila bagi pendapat readers jugak.
Saya suka baca dan tengok dari berbagai angle tapi bahasa mau kasi cantik eh, kita semua dewasa sini, be professional ayat tak perlu sindir2 with ill intentions.
Satu dua kata dari kak gem “Hidup takyah serious sangat, leklu sap kok lu”
Peace out & Au Revoir babyangirls (and babyboys?),
– Lily Comel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit