Assalamualaikum guys. Aku baru berkahwin bulan November yang lepas. Aku dan suamiku berasal dari kampung yang sama.
Kami berkenalan sewaktu bekerja part time semasa cuti SPM di sebuah kedai makan. Kami masing-masing telah sambung belajar, tamat degree dan telah mendapat pekerjaan yang tetap. Alhamdulillah.
Namun apa yang aku nak ceritakan bukanlah masalah dari kami berdua. Tapi tingkah laku dari family mertua dan terutama sekali dari ibu mertuaku.
Ceritanya begini. Suamiku ini anak bongsu dari keluarganya, gap antara dia dan adik beradik yang paling dekat dengan dia adalah 15 tahun. Makanya semua dan beranak pinak tapi dia sorang je single.
Masa kami decide nak kahwin, suami baru sahaja kerja. Tapi ni tak jadi masalah sebab husband kerja bagus dan dapat saving kahwin sangat cepat. Masa itu saya masih lagi sedang practical (tapi dah grad) kiranya saya ni secured sangat lah.
Dipendekkan cerita yang panjang.. semasa kami nak kahwin, ibu mertua membantah keras niat kami dengan alasan anaknya baru setahun kerja.
Bagi kami, kami ingin hubungan yang halal lebih-lebih lagi kami bekerja di tempat yang dekat dan rumah sewa kami jarak yang dekat.
Kami ada plan bila kahwin tinggal bersama dan bina kehidupan yang bahagia.. semua dah sempurna disitu. Tapi ibu mertua membantah keras, masa tu tak tahu lah kenapa. Tapi mungkin sebab dia taknak lepaskan the only anak bongsunya.
Bayangkan lah anak bongsunya saja yang mengikut nak pergi sana nak pergi sini, balik kl hari lah macam-macam lah.
Tapi fast forward dengan pelbagai drama air mata, penat lelah. Alhamdulillah kami telah selamat diijab kabulkan.
Tapi aku tahu je yang my life will not be the same… mertua semacam ada dendam. Masa hari perkahwinan, tak senyum, tak apa.. hanya sekadar datang ke majlis.
Baru-baru ini, kakak aku bertunang. Bakal ibu mertuanya peluk siap cakap terima kasih kerana menerima anaknya.
Aku rasa terkilan di hati di mana, aku ini kesayangan keluargaku, kesayangan rakan-rakanku sebab boleh dikira aku ni sangat lemah lembut dan sering menolong orang.
Tapi aku diduga dengan mak mertua ‘cold shoulder’ dan mulut agat celupar seperti contoh dia ada datang ke rumah kami dan complain kenapa aku beli jar kaca utk isi bahan-bahan rempah.
Dia duk berleter setengah jam sepatutnya beli yang bekas2 siap boleh pusing tu. Aku tak cakap apa-apa sebab pada mata aku itu yang cantik dan aesthetic utk rumahku. Tapi dia keep on berleter.
Dan selepas-selepas dari tu pun banyak juga terasa dengan mak mertua nak tulis memang tak habis lah.
Just point nak meluah.. boleh ke akak akak yang pernah ada pengalaman macam ni nasihatkan aku bagaimana nak elak hati kita yang fragile ni untuk kuat dan cara-cara nak ambil hati tapi tak nak terlampau try hard sangat. Just be a ‘nice’ menantu.
Taknak dapat trophy menantu pilihan / kesayangan pun just nak yang husband and family bila nampak approved je kita.
Tolong nasihatkan aku cara-cara itu aku beriteraksi dengan mak mertua yang jenis cold shoulder macam ni? Sebab bila belakang kita dia akan cakap macam macam dekat adik beradik husband yang lain.
Aku tahu ni pun sebab dengar dia mengata menantu dia yang lain (kalau dia senang mengata menantu, maknnya possibility nak mengata aku pun senang lah kan). Senang kata semua menantu dia salah lah.. anak dia je betul.
Terima kasih guys, sorry kalau macam tak cantik sangat susunan ayat…
– Haya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
nasib kita hampir sama dapat mertua mulut celupar. tp beza kita, sy dah hampir 20 taun kawin. dulu2 mmg sy buat the best version of me, layan sehabis baik mcm mak sendiri walau hati ni sakit dgn kata2 dia. tp skrg bila sy pon dh menginjak usia, nk hidup tenang di usia 40an ni, sy menjauhkan diri dari nya. jumpa bila perlu shj. bila jumpa pon ckp sikit2 sudah, jgn lama. demi nak jaga hati sendiri.
apa pon, pendapat saya, kita jadilah the best version of diri kita. asalkan kita happy dan puas hati dgn apa yg kita buat, sudah.
moga adik bahagia..
Nak puaskan hati dan dapatkan validation dari ibu mertua dan keluarga mertua tu sebenarnya susah sbb kita tak boleh paksa orang lain suka dan senang hati dengan kita.
Tapi bagi saya, lebih baik puan fokus pada keluarga kecil puan(suami dan anak-anak) sbb suami puan pun baik tak ada masalah.
Berkenaan keluarga mertua tu, buat baik berpada-pada dan hormati kerana orang tua. Jangan terlalu rapat demi nak dpatkan validation sbb kita tak tahu hati yang marahkan kita ni sanggup buat apa saja.