Aku Ni Selfish Ke?

Salam/hi semua. Thank you admin approve post ni.

Sebenarnya aku tulis ni sebab nak minta pendapat orang lain, aku tak tahu dalam situasi ni, aku yang bermasalah ataupun situasi ni yang tak betul, tak sepatutnya jadi.

Aku dah kahwin dalam 5 tahun. Suami aku orang Perlis. Dia anak tunggal. Jadi aku dah memang rela dan bersedia nak pindah Perlis sebab aku faham tanggungjawab dia sebagai anak tunggal.

Kami tak duduk sebumbung dengan mertua. Tapi rumah kami masih dekat dan ada berjumpa setiap minggu.

Aku pula berasal dari Melaka. Setahun kami dapat balik Melaka dalam 4-5 kali sahaja. Walaupun jarang balik, tapi kami akan cuti seminggu tiap kali balik.

Suami susah nak cuti sebab dia kerja syif. Aku pula kerja waktu pejabat. Cuti pun tak banyak. Sebab tu kami tak boleh balik selalu.

Ceritanya bermula bila, harini aku nak balik Melaka sebab ada kenduri kahwin sepupu aku dikampung.

Sebelum bertolak balik, suami berjumpa dengan mak mertua aku seperti biasa. Tapi tiba2, dia boleh cakap dekat suami aku, “dah lama kamal (suami aku) tak bawa mak ziarah umi di Melaka”.

Untuk pengetahuan semua, baru tiga bulan lepas mak ayah aku datang Perlis dan berjumpa dengan mertua aku selama beberapa hari. Jadi pada aku, kenapa perlu nak ziarah lagi? Normal ke besan ziarah rumah besan setiap tahun?

Yang jadi aku triggered sebabnya, bila dia ikut kami balik Melaka, memang aku takkan dapat nak spend quality time dengan parents aku. Dahla jarang balik, dah balik bawa tetamu, harusla suasana tu berubah.

Parents aku pula jenis layan tetamu sehabis baik. Aku kesiankan parents aku juga. Dahla dah berumur lebih jauh dari mertua, ni nak kena susah2 melayan besan untuk seminggu.

Aku terfikir, betul ke niat nak ziarah mak aku dekat Melaka, atau sebenarnya niat dia nak ikut aku sebab dia nak pergi bercuti. Pada aku sangatla tak rasional benda ni.

Kalau betul nak bercuti, jangan ganggu masa aku nak spend dengan parents aku. Pergila ke Melaka sendiri, then singgah la sekejap rumah besan kalau betul niat dia nak ziarah. Ini sama2 bermalam sampai seminggu dirumah besan, pada aku sangat tak kena.

Mertua aku bukanla jenis tak pandai nak makan angin sendiri. Dia selalu pergi melancong sendiri2. Kenapa bila kami nak balik Melaka, dia pula nak ikut? Dengan alasan dah lama tak ziarah besan?

Sepanjang 5 tahun kahwin, dah 2 kali dia ke Melaka rumah parents aku. Normal ke macam tu?

Tambah lagi buat aku terfikir dia ni ada agenda lain, sebab, dia sejenis tak kisah join gathering family orang.

Dia pernah cerita dekat aku, jiran tu punya family day, dia join sorang2 siap tidur sebilik serumah dengan jiran aku tu. Tak rasa janggal ke tiba2 pergi family day orang?

Masa tahun lepas, parents aku ajak kami adik beradik bercuti dekat KL sama2.

Bila suami bagitau mertua, dia tanya “taknak ajak mak ke? Kamal (suami aku) pergi jugak ke?” weh. Suami aku jawab, “mestilah pergi, kan menantu” lepastu mertua aku buat muka tak puas hati.

Ada juga masa tu ayah aku ke Kedah, untuk beraya rumah saudara kami. Aku dan Kamal dah berjanji nak jumpa parents aku di Kedah. Mertua aku cakap “tak ajak mak pun. Mak pun nak beraya”.

Wei dia bukan kenal pun saudara2 aku. Tak rasa janggal ke pergi beraya rumah orang kita tak kenal? Lagipun nanti aku akan bermalam rumah saudara aku tu. Aku taknak saudara aku rasa pelik bila ada orang luar masa kami family nak beraya.

Korang faham tak situasi aku ni? Aku nak sangat tahu, aku ke yang selfish? Atau memang secara logik akal, mertua tak patut buat macam tu. Masih perlu ada gap sesama besan.

Tolongla bagi aku POV korang. Terima kasih.

– Mrs X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *