Hai. Aku Arjun. Sekadar nak luah perasaan sikit dan ada persoalan sikit.
Aku sebenarnya tak tahu nak kongsi dengan siapa, sebab tak pandai sangat nak kongsi cerita kat orang, takut orang bosan dengar. Jadi korang kat IIUM Confession ni la jadi mangsa aku ye.. hehe… Maaf ye kalau ayat tunggang terbalik.
Kat mana aku nak mula ye… hmmm…
Aku sebenarnya terimbau zaman 2000-an dulu. Masa tu masih sekolah lagi.
Sebagai seorang yang lahir pada hujung 80an, dan sebagai seorang sedang yang meningkat remaja, zaman tu sangat sangat sangat lah seronok dan colourful untuk aku.
Sungguh indah rasanya bila aku dapat experience dua zaman. Maksud aku zaman 90an sebagai budak2 main guli, belon acah, PS 1, mandi kolam kat kebun cina, senang cerita zaman sebelum internet la.
Masa ni aku budak lagi boleh bercampur dengan budak2 sekolah menengah. Memang semua satu kepala.
Aku jugak dapat merasa permulaan zaman internet – pergi cyber cafe layan lagu, counter strike, warcraft, ragnarok, chat mirc, myspace, kari ngeri apa semua tu, haha.
Lepas tu tahun 2002 tak silap masa tu baru berjinak nak ada fon sendiri. Nokia 3310 je nak buat sms aweks. Zaman bercinta.
Untuk yang agak dewasa time tu masih guna public fon untuk call aweks. Dorang panggil ‘bergayut’ kat tiang public fon tu. Membe2 time tu dah ada nokia daun, nokia sabun, memang kerja bluetooth je la video2 3GP.
Setiap kali lepak mesti pasang lagu minah tudung, budak zaman sekarang, outkast hey ya, dll. Time ni jugak zaman rempit tengah naik. Haih nak cerita pasal zaman ni memang panjang lagi.
Lupa nak mention zaman ni jugak aku selalu diajak member yang agak ‘bandar’ berbanding aku untuk lepak dibandar JB specifically City Square dan Komtar (dah tak ada dah sekarang).
Hujung minggu memang bersepah geng2 emo, skinhead, punk, kat sana. Nak jalan mesti nak kena ada member aku ni sebab seram woo kalau kena paw. Haha.
Masa ni jugak lagu2 indie tengah naik. Kalau korang nak tau band macam Hujan, Meet Uncle Hussein sebelum dorang famous kat tv dorang dah famous dulu dalam kalangan indie ni. Dan of course yang masih kekal di hati adalah The Times & Lailas Lounge.
Aku sempat join beberapa kali je gig dekat Plaza City (dah tutup dah mall ni masa tu tapi dorang manage buat gig dekat floor berapa tah tak ingat pulak).
Dan benda2 ni semua aku dah lost bila dapat sambung belajar tinggalkan JB masa tahun 2008. Boleh dikatakan 90% lost lah.
Aku jarang balik JB. Aku teringat aku balik JB tahun 2010 aku perasan banyak sangat dah berubah. Member ramai dah sambung belajar – tak dapat jumpa. Member lepak ada yang pindah – tak dapat jumpa. Ada yang dah kerja – tak dapat jumpa.
Pergi Cyber Cafe pulak vibe dia dah tak macam dulu, pertama geng tak ada, kedua game pun online je semua dah tak merasa dah ramai2 main LAN macam counter strike, starcraft, warcraft, dll.
Pergi City Square pun vibe lain dah. Tak ada dah geng emo, skinhead, punk melepak. Membe yang selalu ajak aku pergi gig pun dah tak ada. Umpama budaya yang hilang kat JB ni. Tak pasti sebab apa mungkin sebab renovation kat kawasan bandar tu kot.
Kiranya masa aku sambung belajar ni aku tengah Leap Time. Yaitu melompat ke zaman baru. Ataupun benda2 ni semua masih ada, cuma aku je tak dapat merasainya. Betul ke? Ini lah persoalan yang aku kata kat perenggan satu tu.
Alhamdulillah hidup aku sekarang ok je. Cuma dah tak vibrant macam dulu. Rasa macam ada something lost pun ada jugak.
Mungkin aku terlalu rindu kut pada zaman yang hilang tu…. haih sayu je menulis time hujan tengah malam friday the 13th ni.. hahahaha.
Kalau korang ada nak share pengalaman masa zaman tu (2000 ~ 2015) share la ye kat komen.
Aku nak dengar jugak cerita korang. Cerita bercinta. Cerita kena pukul, cerita merempit ke.. hahaha…
Ok dah sampai sini je lah ye….
– Arjuna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit