Assalamualaikum semua. Izinkan saya berkongsi luahan dan ingin meminta pendapat semua.
Sebagai pengenalan. Saya Seman. Orang panggil Man. Kawan2 panggil Seman. Ikutla nak panggil Man ke Seman ke sebab ni bukan nama sebenar.
Ok! Cerita sikit untuk diri aku. Tadi pengenalan bahasakan ‘saya’. Sekarang ni ‘aku’ sebab korang semua dah kenalkan siapa aku.
Aku Seman. Aku dh berkahwin dan ada sesorang anak. Kami bahagia. Cumanya siapa je dalam dunia ni yang tak di uji kan. Aku nak kongsi sedikit masalah yang sekarang belenggu dalam benak fikiran aku ni.
Masalahnya, aku adalah sekarang sesorang yang mungkin agak berjaya. Gaji aku besar tapi kerja aku on n off. Kerja ada gaji, tak kerja tiada gaji. Tapi pendapatan tahunan aku bolehlaa cecah 80k setahun. Mungkin lebih.
Isteri aku dahulunya berkerja. Gajinya adala dalam 3k-4k sebulan. Sebab ada kerja lebih masa. Sekarang dah berenti almost setahun dah.
Dan aku sebagai suami yang kononnya misali memang menggalakkan dia berhenti fulltime menjaga anak di rumah.
Isteri aku dia sekarang kadang rasa happy bila fulltime jaga anak dirumah. Kadang dia terasa sendu, dan ingin berkerja kembali.
Tapi itu bukan masalah utama. Sebabnya bila bini aku happy dia rasa bersyukur sangat duduk dirumah tenang tak perlu berkerja.
Bermula sekarang kisah dilemma aku sesorang suami. Isteri aku minta anak kedua. Kami mempunyai saving yang boleh kami bertahan 2 tahun kalau aku tak berkerja.
Sekarang ni aku risau kalau ada anak kedua mampukah aku? Sebabnya kerja aku yang sekarang ni mungkin tak berapa terjamin.
Orang cakap tak baik kita takut dengan rezeki Allah. Tapi aku memang ada rasa takut tu.
Setiap kali bersama aku sendiri yang akan pakai alat perlindungan and takkan melepaskan ke dalam. Maaf ye kalau pada yang belum berkahwin.
Ini lah masalah aku. Aku dilemma untuk mendapatkan anak kedua. Salahkah aku berfikir macam ni?
Nak ikutkan memang salah laa kan. Aku sendiri tau. Cumanya aku terlalu takut dengan masa depan di dunia ni. Walhal masa depan akhirat aku ni pun tak terjaga.
Minta nasihat ya kawan. Kalau perempuan apa pendapat korang? Kalau korang lelaki korang lak macam mana.
Sungguh aku risau. Sebab kalau ada anak lagi. Isteri aku memang dah takkan boleh kembali berkerja.
Aku bukan mengharapkan dia kerja kembali. Sebabnya aku juga penyebab dia berhenti haritu. Sebab aku yang menggalakkan.
Cuma aku risau kalau jadi apa2 dengan career aku. Aku tak sanggup nak tengok anak isteri aku susah sebab aku.
Kalau isteri aku masih berkerja sekurangnya dia boleh hidup dengan dia sendiri. Aku ni duduk dalam hutan pun takpe tak perlu belanja.
Satu hal lagi isteri aku memang sesorang yang tersangat manja.
Aku sekarang cuba berkerja keras dalam berkerja. Tapi faham2 lah dunia sekarang persaingan terlampau tinggi. Bila2 masa kau boleh hilang kerja. Kalau kau buat bisnes. Bila2 masa kau boleh jatuh rugi.
Ini dilemma aku. Tolong. Bagi pendapat. Aku dah berbincang dengan isteri. Isteri aku memang mahukan sorang lagi. Minimum dua katanya. Sebab kesian dekat anak aku yang sorang ni sesorang ja.
Aku pun rasa nak dua. Tapi aku risau dengan perbelanjaan yang akan bertambah dan akan merisikokan keluarga aku nanti kalau jadi apa2 dekat kerjaya aku sekarang ni.
Kalau mati eksiden dah ada takaful. Kalau hilang pendapatan nak cari kerja semua susah.
Kerisauan aku disitu sebab aku ada kawan yang sebegitu rupa anak 3. Isteri berkerja. Hutang keliling pinggang sebab tak cukup. Itu isteri berkerja.
Tolong minta pendapat ye. Jangan komen pasal penulisan aku. Sebab aku anggap ni bukan ujian bahasa melayu.
Aku pun dah lama tak sekolah. Kerja pun nak kena pandai cakap orang putih. Bukan bahasa melayu aku tak fasih. Cuma pengarangan aku tatabahasanya banyak laa salahnya. Lagipun bukan ujian kan.
Ok. Itu je.
Yang benar,
Seman.
Kawan2 panggil Man.
Ikut laa korang nak panggil apa.
Sebab bukan nama sebenar.
– Seman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Rezeki dari Allah, bukan dari pekerjaan, yakinlah dgn Allah, pasti Allah tidak akan memnbiarkan kamu. Hasbunallahuwanikmal wakil
Dari sudut agama, Islam mengajarkan kita bahawa anak-anak adalah rezeki dan anugerah daripada Allah (Surah Al-Isra’, ayat 31). Namun, Islam juga menekankan pentingnya tanggungjawab dalam mendidik, menjaga, dan memastikan kebajikan anak-anak terjaga. Jika seseorang ragu-ragu tentang kemampuan dia, ia bukan semestinya tanda kurang yakin dengan rezeki Allah, tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab yang besar. Apa yg confessor rasa is valid. Dalam keadaan ini, bimbang akan kemampuan masa depan adalah sesuatu yang logik. Yang penting, janganlah sampai menolak rezeki anak secara mutlak dengan alasan takut miskin, kerana itu seolah-olah menafikan kuasa Allah sebagai pemberi rezeki.
Apa yang boleh confessor cuba ialah:
Melihat situasi kewangan secara jujur: Berapa sebenarnya yang diperlukan untuk membesarkan anak? Adakah confessor benar-benar tidak mampu atau hanya risau berlebihan?
Berbincang dengan pasangan: Adakah isteri bersedia membantu dari segi kewangan atau pengurusan keluarga?
Kesimpulan:
Takut atau ragu-ragu itu bukanlah satu dosa dan tak salah. Malah, ia tanda seorang suami yang bertanggungjawab. Tetapi, perlulah bersikap optimis dengan rezeki Allah, sambil mengambil langkah proaktif seperti merancang kewangan dan kerjaya dengan lebih stabil. Keyakinan kepada Allah sepatutnya berjalan seiring dengan usaha—itulah yang diajarkan Islam. Jika kebimbangan itu mendorong confessor untuk mengambil langkah seperti menangguhkan anak bagi merancang kewangan dengan lebih baik, itu adalah tindakan yang dibolehkan dan wajar.
Lihat pada quality bukan quantity.. jika tidak mampu buat cara tidak mampu.. anak tu bukan rezeki tapi amanah.. bukan setakat makan pakai je tidak lengkap keperluan kehendak .. nanti besar jadi sampah.