Assalamualaikum semua, terima kasih admin jika sudi post luahan saya, ini adalah luahan seorang anak dan merayu untuk semua yang membaca doakan mak saya terus kuat.
Masa kecik saya tak pernah nampak apa yang mak saya hadapi, mak sorok demi menjaga aib suaminya, tapi apakan daya, semakin meningkat usia, jelas di wajah beliau sudah tidak larat, semakin jelas suara beliau semakin sedih.
Mak hidup dengan seorang suami yang tidak pernah merasa diri bersalah dan sering menyalahkan isteri (which is mak). Dari muda sampai ke tua. Kalau mak tak meluah kat saya, saya takkan tau apa yang mak lalui.
Sejak kehilangan arwah nenek, mak dah tak ada tempat meluah. Arwah nenek lah tempat mak mengadu tapi masih tak mampu mengubati hati mak yang terluka.
Sekarang aku dah “dewasa”, dan mak pun tiada tempat untuk meluah, maka aku lah tempat luahan beliau.
Beliau cuba untuk kuat, beliau ajak aku untuk ke pejabat agama sebab dah tak tahan dengan perangai suami yang setiap hari setiap masa menghina dan menyalahkan dia, sampai aku terpaku “besar sangat ke dosa mak kat dia?”
Mengikut luahan mak, dari muda sampai ke tua, hanya sekejap sahaja suami memberi nafkah zahir, nafkah batin apatah lagi. Berbekalkan gaji mak yang hanya berpangkat paling rendah, mak besarkan anak-anak.
Aku ingat semua ni tipu tapi aku jugaklah yang sering mengakat telefon suatu ketika dulu ketika ramai orang cari suami mak. Masa kecik tak faham bila dah besar baru tau.
Ya dulu suami mak pernah mengambil pinjaman along, taktau untuk apa, dia pernah dapat duit kwsp dan cakap dia serahkan dekat mak tapi mak tak guna pon duit tu sebab dia mintak balik (dan dia dakwa dia tak pernah mintak balik).
Dia pernah kena tipu dengan “kawan” guna nama dia untuk bil internet yang akhirnya kawan dia tak bayar sampai tahap dapat surat nak saman sebab tunggakan,
Ya aku lah yang ikut mak dan dia untuk pergi bayar dan putuskan line dekat cawangan pembekal internet tersebut.
Aku tau guna duit mak sebab dia taknak bayar dengan ayat yang aku masih ingat sampai sekarang “biarlah masuk penjara sebab tak bayar”
Dia tak pernah nak fikir perasaan dan hati mak, mak memang boleh biarkan tapi anak-anak macam mana?
Itulah yang sering dia luahkan, yes mak ulang cerita ni banyak kali sebab si dia tak pernah redha dengan mak dan mak menangis nangis cerita macam mana nak masuk syurga bila suami tak redha dengan isteri.
Sekarang aku juga tau dia guna duit pencen untuk beli nombor dan main judi dekat phone, aku tak kuat untuk tegur dia, aku takut ya Allah, aku hanya mampu mendoakan walaupun ku tau tegur melalui hati adalah selemah lemahnya iman.
Aku sedih aku menangis tapi bukan di depan mak, aku nak marah sangat dekat si dia tapi dialah ayah kandungku, yang dukung dan manjakan aku.
Aku berbelah bahagi, aku tak nak mak dan ayahku bercerai tapi aku sedih. Mak dan tak tahan lagi, usia sudah terlalu tua untuk mendengar hinaan suami setiap hari. Apa yang perlu aku lakukan?
Ya Allah ampunkan dosa kedua orang tua ku, kurniakan rahmat keampunanMu yang lebih besar dari dosa-dosa kedua orang tua ku ya Allah, masukkan mereka ke dalam syurgaMu tanpa hisab, AamiIn AamiIn Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Doakan mak saya kuat ya semua, terima kasih.
– Jaja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Nak Jaja Mak kau nak cerai asbab laki sendiri which is bapak kau suka seksa emosi mental dera lisan hina dia.
Kau nak Mak kau MATI cepat hadap bapak kau ka?
Kau nak dedua panjang umur walau cerai.
Nafkah zahir batin hutang dengan mak kau. Mak kau sabar sampai kau besar.
Takkan bila kau dah besar kau SELFISH MENGADA delulu much nak Mak bapak together padahal mak kau DERITA??????
Mak kau dah tua tahu, bukan masih bergetah dan muka jadi tua macam ZAHNITA. Tapi MEMANG dah tua.
Kau nak TEGUR bapak sendiri pon TAK MAMPU. Ada hati nak biar mak kau bertahan sampai mampos????? Kau memang zalim!
Biarlah Mak kau cerai, focus ibadah macam acik acik pencen lain. Kami bebas mengaji belajar agama tenang. Macam Nora Danish.
Cepat tolong Mak kau cerai. Jangan jadi enabler jantan tak guna tak bagi nafkah zahir batin sampai hutang pon bini bayar. Nanti kifarah laki kau lagi teruk padan muka….
aku sokong hg..x akn nk biaq mak dia menderita gn jantan keparat tu smpai akhir hayat mak dia..mak dia boleh bahagia dgn ank2
Anak sulung ke ni? Ayah perangai buruk dengan anak2 tak? Kalau dgn anak elok.. tegur baik2…tanya kenapa ayah suka hina mak susah kan mak. Kadang lelaki ni ego. Bini tegur tak boleh terima. Tapi anak tegur reti pulak jd kucing kat situ.
Ada jgk ayah perangai anak ckp baik2 lemah lembut dia tak paham bahasa. Kena gaduh tinggi suara sampai baling kuali baru la otak dia boleh berfikir.
Satu je nak habaq. Doa saja tanpa usaha tak jd apa. Think and act. Mak tu dah lama memendam. Tanya mak. Apa dia nak. Kau sebagai anak kena sokong la decision mak. Kau je tempat dia berpaut sekarang.
Kalau betul ko syg mak ko..ko kena pastikan mental health mak ko baik baik dan sihat.Selagi mak ko stay dgn ayah ko..dia merana dan kena depression.Tergamak ko x nak mereka cerai ?Mak ko berhak pilih jln hidup sendiri..jgn bazirkan masa tua mak ko dgn lelaki x guna ..biarkan mak kita jalani hari tua dgn aman..bebas..tenang..
Cerai adalah jln terbaik utk keluar dr sengsara.