Nama aku Airin, aku nak tanya pendapat dekat sini. Aku ada berkenalan dengan seseorang lelaki aku beri nama Ayie.
Awal perkenalan semua baik-baik sahaja dan dia pun dah jumpa family aku. Family sangat suka dengan keperibadian dia yang hormat orang dan pemalu.
Mak abah aku ada bagi tau aku, kalau nak kahwin kena datang bincang, mak abah tak kisah pun dia mampu setakat mana sahaja hantaran, sebab mak abh nak mudahkan dia sahaja.
Tapi dia cakap tunggu dia kumpul dulu sebab dia tak mahu ambil kesempatan dengan kebaikan mak abah aku, kalau boleh dia nak aku bahagia juga, dia tak nak orang mengata kan aku kalau dia ambil mudah sahaja.
Aku cuba berbincang untuk tolong dia, tapi dia kata takpa awak simpan ja duit awak tu, mana tau masa depan nanti nak guna. Jadi aku pun okay la.
Lepas raya puasa hari tu kami ada salah faham, dia terasa dengan aku sebab aku tanya dia, betul ka suami kawan saya kata lelaki kalau betul serius dia tak kan cakap kumpul duit dulu kalau betul nak perempuan tu?
Dia kata sebelum nak kahwin dengan kawan saya, duit ada RM30 ja dalam beg, lepas bincang dengan family bakal pak mentua nak 10k, rezeki melimpah2.
Disebabkan pertanyaan tu buat kami gaduh sampai hari ini sebab dia kata aku tak percaya dekat dia. Aku dah minta maaf, dah call tapi tak angkat.
Aku ajak berbincang tapi dia buat tak tahu sampai la ada satu hari tu dia call, dia kata tak semua masalah nak settle dengan cara berbincang, kadang-kadang perlu diam.
Aku cakap kat dia status kita macam mana, dia cakap macam sebelum kita call nie, maksudnya aku dengan dia akan chat benda penting sahaja.
Aku tanya dia masih nak kat aku lagi tak, dia senyap. Dia malas gaduh, dia kata sampai masa nikah terus, aku kata macam kahwin tak gaduh dah, dia kata takpa dah halal dah, dia kata senang nak pujuk.
Aku dah buat istikharah, tapi aku dapat respon banyak dari dia. Aku keliru sama ada perlu tunggu dia atau lepaskan sebab cara dia tak bagi jawapan pasti pun.
Harap ada sesiapa beri pandangan dan dapat membantu. Terima kasih.
– Airin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit