Isteri vs Awek Tupperware

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah doktor dan pakar kewangan. Kisah aku lebih kurang sama dengan doktor tersebut walaupun isteriku lebih muda dariku.

Doktor tersebut berjumpa dengan Anna semasa masih berstatus suami orang, manakala aku berjumpa dengan awek Tupperware semasa masih bujang dan bertugas di Sarawak sebelum Covid melanda.

Tapi aku bodoh, aku tinggalkan perempuan sebaik dia kerana ibu memandang status. Ibu bilang aku masih anak teruna, tak sesuai dengan dia yang berstatus janda anak dua.

Aku kenal dia semasa kami kursus. Kami berdua sama-sama asal semenanjung dan merupakan orang pantai timur, maybe sebab tu cepat kamceng. Orangnya hitam manis, kecil molek, happy go lucky, peramah, sedikit kasar dan paling aku suka dia jenis straight forward.

Dia jenis yang kalau lapar, dia cakap dia lapar. Bila tanya nak makan kat mana, biasanya dia tak jawab nak makan mana tapi dia akan cakap rasa nak makan nasi, aku akan bawa dia kat mana-mana kedai yang ada nasi. Dia jenis sempoi, makan nasi kat warung tepi jalan pun tak ada hal.

Bila dia tak ok, dia inform dia tengah rasa tak ok. Dia merajuk pun dia cakap dia merajuk sebab aku lupa update aku keluar lambat, lama dia kena tunggu aku. Dia tak suruh aku cari salah aku atau fikir apa salah yang aku dah buat sebab aku ni kadang-kadang barang sendiri pun tak jumpa cari, apa lagi nak jumpa cari salah sendiri.

Dia ni sejenis yang peramah di dunia nyata tapi tak aktif di media sosial. Aku pernah add dia di facebook tapi berbulan-bulan tak approve, bila aku tanya dia cakap dah lama tak buka sebab lupa password.

Sepanjang aku kenal dia, pernah juga la aku tanya kenapa bercerai, suami kau tak baik ke? Dia sekali pun tak pernah memburukkan bekas suami. Dia cuma cakap walaupun kami dah tak bersama, tak bermaksud bekas suami aku tu bukan lelaki yang baik, anggap je la jodoh kami sampai situ je.

Paling terkejut bila dia cakap macam mana kau doakan benda yang baik-baik untuk aku, doakan sekali untuk ex aku.

Walaupun dia janda tapi dia baik. Dia pendengar yang baik, dia boleh mendengar segala masalah aku tanpa judge aku. Aku pernah la tanya tak apa ke cerita kat kau benda-benda begini, nanti kau ingat aku lembik, masalah sendiri pun tak boleh nak selesaikan.

Dia cakap dah kenapa dia nak judge orang, dia kerja cikgu, bukan kerja hakim. Macam mana kesihatan mental dia penting untuk dia, macam tu jugalah pentingnya kesihatan mental aku untuk dia.

Dia selalu cakap kat aku bergaduh tu normal, berbeza pendapat pun normal cuma jangan simpan dan pendam, apa-apa benda sekalipun kita bawa berbincang. Kalau perlu masa bertenang, inform je nak masa bertenang tapi siapa yang minta masa bertenang tu dia yang kena call dulu untuk beritahu masa bertenang dah tamat.

Berbincang dalam masa 3 hari, lebih dari tu di kira mengungkit. Jadinya bila ada masalah, kami cuma bincang masalah yang ada tanpa ada drama air mata dan ungkitan kisah lalu.

Dia selamba je tanya gaji aku berapa, komitmen aku berapa, ada menyimpan tak tiap-tiap bulan? Aku saja la mengusik dia, ibu aku pun tak pernah tanya gaji anak dia berapa. Ayat balas dia, tak nak jawab sudah.

Lepas itu, aku list la gaji aku berapa, komitmen aku berapa dan aku cakap ada la simpan sikit-sikit tiap-tiap bulan. Dia cakap dia cuma nak tengok aku ni jenis kedekut ke, jenis berjimat ke, jenis boros ke. Aku tanya dia soalan yang sama dan dia jawab je.

Dia pandai masak, kadang-kadang bila jumpa dia tunjukkan gambar masakan dia untuk minggu tu. Kadang-kadang dia isi makanan dalam Tupperware untuk aku makan atau share dengan housemate aku. Housemate aku panggil dia awek Tupperware.

Cakap pasal makanan, aku teringat aku pernah bergaduh dengan dia sebab ada kawan polis dia di Sibu minta dia masakkan makanan, dia tanya aku boleh ke tak, aku jawab ikut suka kau walaupun dalam hati tak berapa nak bagi. Dia masak dan bagi kat kawan polis dia tu dan inform aku, seharian juga la mood aku tak berapa ok.

Dia tanya kenapa macam lain ni? Suara pun macam tak ok? Tak sihat ke? Bila aku cakap aku cemburu dia masakkan untuk polis tu, terus baran dia datang. Dia pula yang marah kat aku.

Dia kata aku dah tanya boleh ke tak, kau jawab ikut suka. Bila aku buat ikut suka, kau cemburu. Kalau tak boleh, cakap je dari awal tak boleh. Dah kena marah tu, aku gelak je la sebab memang salah aku. Tapi aku suka sebab dia straight forward, tak ada nak kona-kona.

Sayangnya kegembiraan kami tak lama. Sejak aku kenalkan dia dengan ibu, segalanya berantakan. Depan dia, ibu terus terang ibu tak suka dia dan status dia. Ibu nak aku kahwin dengan anak dara sebab aku masih bujang.

Dia cakap takpe mak cik, saya doakan anak mak cik dapat anak dara yang betul-betul dara, bukan anak dara yang rasa janda. Bayar mahal-mahal rupanya bekas orang. Dia hulur tangan bersalam dengan ibu dan melangkah pergi. Aku kejar dia, dia cakap dia perlu masa bertenang. Aku offer nak hantar dia tapi dia menolak.

Sejak dari perjumpaan tu, aku tertunggu-tunggu mesej dia. Rasa macam terlalu lama menunggu masa tiga hari berlalu. Hari-hari aku mesej dia, cakap jangan bimbang, nanti aku usaha pujuk ibu.

Hari ketiga tu dia call aku, dia maklumkan dia masih tak ok tapi dia harap dia boleh jumpa aku hujung minggu tu kalau aku free. Disebabkan dia dah call aku, aku mesej dia macam biasa tapi dia jawab sepatah, sepatah je.

Contohnya aku tanya dia dah makan ke belum? Biasanya dia akan jawab dah, aku masak lauk ni, akum asak lauk tu, tapi pedas sikit la masakan aku hari ni. Kadang-kadang siap hantar gambar lagi. Tapi kali ni dia cuma jawab dah.

Waktu aku jumpa dia, dia minta kami bawa haluan masing-masing. Dia tak nak teruskan lagi. Dia cakap dia tak nak aku jadi anak derhaka sebab dia. Dia tak nak rosakkan hubungan baik aku dengan ibu. Dia tak nak aku rasa serba salah di masa akan datang.

Ibu attack status dia yang mana dia tahu benda tu masa lalu dia yang dia tak mampu nak ubah sampai bila-bila. Aku jawab A, dia balas B, aku jawab C, dia balas D.

Akhirnya aku give up terus. Aku ada mohon pindah masa awal tahun tu dan bila aku check keputusan pindah, perpindahan aku diluluskan. Waktu ini aku fikir inilah yang sebaiknya, jauh dari dia.

Lepas beberapa bulan tinggalkan dia, ibu aku pun kenalkan aku dengan seorang perempuan. Perempuan baru ni cantik, lemah lembut dan bekerja sebagai executive di syarikat swasta. Waktu ini aku cuma ikut kehendak keluarga yang ingin melihat kami disatukan.

Perempuan ini minta duit hantaran 20k atas alasan nak bayar balik jasa ma abah dia besarkan dia. Geram je aku nak jawab, habis tu aku ni anak buluh betung ke, lahir-lahir terus besar macam ni.

Masa ni aku dah mula rasa perempuan baru ni berbeza sangat dengan si dia yang aku tinggalkan. Dia yang berada jauh di Sarawak cuma minta duit hantaran mengikut kemampuan aku, tak ada paksaan, tak perlu buat loan.

Tahun pertama dan kedua perkahwinan aku masih mampu bersabar. Masuk tahun ketiga kahwin, isteri aku dah mula tunjukkan belang. Dia komen macam-macam.

Mula-mula dia tak nak balik rumah ibu aku sebab tak selesa dan panas. Aku beli aircond untuk keselesaan dia tapi masih juga selalu berdalih bila turn balik rumah ibu.

Dia komen ibu masak tak sedap, terlalu pedas padahal di kedai dia selalu order makanan pedas. Dia memang tak masuk dapur langsung, siap cakap setakat makan berdua, makan di kedai dah la.

Aku pun teringin juga nak isteri aku masak dan hidang makanan kat aku sama macam isteri orang lain tapi isteri aku cakap dia tak boleh nak buat benda macam tu sebab aku selalu buat dia sakit hati.

Aku tak tahu bila aku buat dia sakit hati, aku tak tahu perkara apa yang buatkan dia sakit hati. Bila aku tanya, dia tak jawab dan suruh aku fikir sendiri. Aku rasa aku dah terlalu banyak mengalah dan jaga hati dia.

Dia jenis yang berkiblatkan kerja rumah tanggungjawab suami, kerja dia cuma layan suami dan anak-anak. Aku sebut bab layanan nanti gaduh, boleh kira berapa kali dia layan aku setahun walaupun kitaorang belum ada anak. Alasan dia penat. Aku minta kemas rumah pun penat. Aku beli makanan, hidang dalam pinggan, minta dia basuhkan pun dia jawab dia penat.

Lepas tu aku la yang nak kena kemas semua benda. Bila aku suruh berhenti kerja tak nak sebab dia masih nak bermewah macam sekarang sebab duit aku, aku guna untuk bayar segala komitmen tapi duit dia untuk simpanan dia.

Masuk tahun kelima ni, aku makin tak tahan. Setiap hari bergaduh sebab aku dah tak mampu sabar. Isteri aku ni berbeza sangat dengan awek Tupperware aku yang tak pernah tinggi suara dengan aku.

Boleh bayang tak 5 tahun duduk dengan orang yang bila tanya nak makan mana, dia jawab ikut suka pastu aku bawa gi kedai tomyam tak nak makan tomyam, gi Manhattan tak nak makan western, bila suruh decide makan mana tak tahu.

Pernah la sekali isteri aku cakap takoyaki tu nampak sedap, aku tanya nak makan ke sebab kitaorang baru lepas balik makan berat. Dia cakap takpelah. Aku cakap lagi kalau nak, aku nak uturn kat depan tu, pastu dia cakap takpe. Sampai je kat rumah, dia tutup pintu kereta kuat-kuat lepas tu hempas pintu rumah.

Aku dah macam kenapa ni? Sekali dia cakap dia nak takoyaki tu. Dalam keadaan aku penat dan mengantuk tu, aku keluar semula pergi beli takoyaki yang makan masa setengah jam pergi dan setengah jam balik pakej sekali dengan air. Aku balik, aku serve makanan tu atas meja makan, aku cakap aku dah belikan, nanti makan la.

Lepas tu aku terus masuk tidur sebab rasa nak demam kena hujan masa beratur beli takoyaki tu. Esoknya aku tengok air dan takoyaki tu tak berusik pun, siap ada semut lagi.

Rasa macam nak marah gila. Rasa macam masa aku, tenaga aku dan duit yang aku keluarkan untuk pergi beli takoyaki tu sia-sia. Siap pakej merajuk seminggu yang aku dapat. Tu pun puas pujuk belikan mekap mahal-mahal baru nak okay.

Kadang-kadang aku terfikir kenapa berbeza sangat layanan isteri aku dengan awek Tupperware. Isteri aku bila aku merajuk tak pernah nak pujuk. Aku yang pujuk diri aku sendiri. Sedangkan salah punca dari dia. Keluarga aku selalu suruh sabar dengan perangai dia. Diaorang nak suruh aku sabar sampai bila?

Bila aku cakap aku nak bercerai, ibu la orang yang paling menentang. Aku siap cakap kat ibu, elok juga ni kalau bercerai, baru sepadan dengan status awek Tupperware (duda vs janda). Kadang-kadang aku rasa nak cakap juga kat ibu, ibu nak sangat anak dara, sampai perasaan saya terdera.

Ibu, saya penat nak hadap isteri yang tak pernah mengaku salah, isteri yang tak ada akauntabiliti, isteri yang akan twist cerita dan guna air mata bila saya hampir menang perdebatan. Sungguh saya penat dengan orang yang tak pernah nampak salah diri sendiri.

Saya penat dengan isteri yang tak pernah nampak kebaikan saya. Saya penat dengan isteri yang suka bandingkan saya dengan suami jiran, suami influencer. Saya masih bertahan dalam rumahtangga ni pun sebab ibu.

Awek Tupperware pula jenis yang akan pujuk aku bila aku merajuk sebab prinsip dia you get what you give. Aku pujuk dia masa dia merajuk, sebab tu dia pujuk aku bila aku merajuk.

Aku selalu teringat pada awek Tupperware aku. Dia yang low profile, telefon bimbit tak boleh guna untuk call pun dia ok je sebab masih boleh guna untuk hantar mesej dan whatsapp. Dia pesan jangan membazir, selagi boleh pakai kita pakai.

Aku rindu dia. Rindu gelak tawa dia, rindu pujian dia, rindu masakan dia. Rindu nak dengar dia cakap jangan lupa makan, rindu nak dengar dia pesan drive lek lok, kau tu aku sayang. Rindu merajuk dia.

Rindu dia belikan ubat bila aku tak sihat. Rindu nak main osom dengan dia. Rindu nak tengok dia main-main dengan kucing. Rindu nak dengar dia sound aku depan-depan. Wallahi, aku rindu semua tentang dia.

ZB, terima kasih sebab selalu pinjamkan telinga, jadi kawan baik aku, jadi tempat selamat untuk aku meluah, jadi tempat berkongsi cerita. Walau di mana pun kau berada, semoga kau sihat dan bahagia selalu.

Aku mungkin tak mampu nak lupakan kau sampai bila-bila. Aku rasa bodoh sangat sebab tinggalkan kau. Aku sayang kau.

Yang benar,

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Semak betul dengan mak ayah yg paksa2 anak kawen ni. Bila rumah tangga anak problem, mampu suruh anak BERSABAR je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *