Hi semua.. saya bukan nak buat confession cuma nak bertanya kot2 ada yang pernah/ sedang/ dah mengalami macam ni.
Harap admin publish saya punya ni sebab saya tak tahu nak dapatkan jawapan kat mana lagi.
Saya perempuan 23 tahun ada kenal dengan sorang lelaki ni, pun umur 23 tahun. Kami baru je kenal dalam 2 bulan macam tu. Dia kerja kat laut, 6 bulan sekali baru balik cuti sebulan.
Awal perkenalan tu saya ingat nak berkawan sesaje je buat hilang bosan, ada teman borak, ngadu masalah apa semua.
During our perkenalan ni, dia ada la cerita yang dia berhajat nak kahwin. So dia nak cari la yang boleh faham dia. Faham keje dia yang selalu akan tinggal family apa semua tu. Sebab sebelum2 ni pun ramai yang nak duit dia je.
And dia pernah cite 2 orang yang dia kenal dedua curang dengan dia sebab selalu kena tinggal. Saya time tu mendengar je la sebab sy pun takde terfikir nak pegi jauh pun, just berkawan saya. Saya ada jugak bagitau dia,
“Biasala perempuan ni perlukan lelaki. Kena selalu ada kat sisi dia. Lagi2 bila dah kahwin. Wife perlukan husband dia all the time. Mana ada perempuan yang suka kena tinggal lama2.”
Pastu dia macam berubah muka tau. Tetiba jadi senyap ha macam tu. Dia ada tnya saya “salah ke keje macam ni? Halal jugak. Keje macam ni tak layak nak kahwin ke?”
Saya terus senyap tak tahu nak respon macam mana sebab saya tahu benda tu tak salah pun, cuma kita perempuan ni kan manja, huhuhu.
And turns out haritu dia ada bagitau saya dia nak ‘lock’ saya tahun depan sebab dia taknak lama2. Saya cakap la “jauh la awk nk kena datang meminang saya” sebab saya ingatkan dia main2 la.
Tapi dia cakap dah bagitau mak dia, dia nak kahwin. And mak dia okay je. Mak dia pun dah bebel suruh kahwin.
And now saya mengaku yang saya dah start sayang dia lebih dari kawan. Saya selesa dia dengan dia, dengan cara dia. Cuma saya tak sure kalau saya boleh terima ke tak pekerjaan dia tu.
Saya sejenis yang boleh dikatakan agak manja la. I need someone by my side all the time. Yang boleh protect saya. Yang jenis kalau kita call mintak lagi ke apa, dia akan sampai depan mata.
6 bulan tu lama tau. Im not sure if I can handle it or not. Sekarang memang saya rasa saya mampu, saya boleh cakap yang saya boleh terima hidup dia macam tu sebab belum sah.
What if nanti dah jadi h&w saya plak yang meroyan selalu kena tinggal? Sanggup ke saya hidup sakit demam suami takde kat sebelah?
Macam mana kalau itu membuka ruang untuk saya curang dengan suami one day? Dah ada anak nanti macam mana plak? Sebab dia pun ada cakap kadang raya pun tak dapat balik. Sekarang pun dah 3 tahun dia tak raya dengan family.
Saya ada tanya dia jugak,
“Macam mana kalau one day wife tak kasi keje tu dah. Wife nak selalu ada kat sisi. Keje biasa pun takpe asalkan dekat dengan dia” “time wife pregnant, how? Takkan nak tinggal dia kontang kanting”
“Awak takde, dia duk rumah sorang2. Awak tak risau ke?” “dah ada anak nanti, takkan awak nk bagi dia sorang2 handle anak” and banyak lagi la yang saya persoalkan.
Pastu dia bgtahu yang dia keje macam tu first sebab dia minat. Dia nak jadi navy, tapi tak dapat. Kedua, dia nak bagi keselesaan dekat family dia, dah kahwin nanti nak anak bini dia tak hidup susah.
Pastu dia cite la, adik dia sekarang pun sekolah dia kena tanggung. Rumah yang dia beli nak kena bayar bulan2, kereta lagi. Expenses tinggi. Dia nak nanti anak bini dia selesa, nanti bini dia taknak keje pun takpe dia boleh tanggung. Sebab tu dia perlu keje macam tu.
Dia cakap, keje kat darat mana boleh dapat tinggi macam tu, tak mampu nak tampung kos hari2. Dia ada jugak cakap kalau dia brenti pun, mungkin lepas 20-30 tahun macam tu. After semua dah jadi aset.
3 hari lepas saya persoalan kan balik benda ni dengan dia sebab saya bebetul nak tahu if saya buat the right decision or not. Ni kan masa depan saya jugak. Sampai ke harini dia dry text saya. Call pun takde dah. Setakat tanya khabar gitu je. Tu pun pagi time saya g keje.
Saya tahu dia terasa dengan saya pasal tu. Dia fikir saya takleh terima keje dia. Tapi wallahi saya memang sayang dia cuma saya taktahu saya mampu tak nak terima hidup dia hm.
Setakat itu je la yang saya mampu cerita. Saya tahu mungkin nampak macam terlalu awal lagi untuk saya fikir jauh.
Tapi saya sejenis yang kalau saya takleh terima lifestyle orang tu, saya takkan go lebih. Cukup sekadar kawan. Saya taknak buang masa, taknak relay yang sekerat jalan. Kalau tak boleh, okay la stakat berkawan je la.
So saya nak minta pandangan isteri2 yang suami dia keje kat laut or ada yang berpengalaman ke apa? Apa perasaan selalu kena tinggal? How you handle perasaan tu? Macam mana nak terima? Patut ke saya teruskan?
6 bulan bukan waktu yang singkat. Kita perempuan kan perlu sosok tubuh lelaki yang boleh jaga kita.
Thank you sudi baca. Harap ada jawapan yang membantu untuk saya buat keputusan.
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kawan saya mcm awak, suami dia kerja offshore. 2-3 tahun kawen, dia curang dgn ex boyfriend dia. Jangan sbb org tu yg first masuk minang kita, terus kita bulat2 terima. Awak pun muda lagi..