Salam semua. Aku ni setiap hari bergelut dengan kesihatan mental.
Bila mana badan penat dan perasaan amat jemu dah hadapi situasi rumah kotor tidak terurus SETIAP HARI. Aku kadang sambil mengemop rumah air mata berjurai. Aku tertekan.
Aku satu-satunya anak perempuan dalam rumah. Lain semua lelaki. Perangai pemalas pengotor dorang makin menjadi-jadi sejak kewujudan smart phone.
Kalau dulu 10 tahun lepas ada la juga nampak dorang kemas bilik sendiri (sapu, vacum, lipat baju, buang barang tidak dipakai). Sekarang ni lebih-lebih lagi sejak zaman covid kerjanya menghadap telefon 24 jam.
Hanya bangun untuk mandi dan makan kemudian sambung berlingkar atas katil/sofa main telefon. Sampaikan bantal dan tilam sendiri pun tak nak kemas lepas tidur.
Kalau tidur di ruang tamu, bantal tilam tetap akan di situ kalau aku yang tak simpankan. Lepas pakai baju, seluar, tuala, stokin main campak atas lantai. Kadang bubuh atas meja pun ada.
Dalam bilik penuh cawan minuman bersepah, plastik biskut, sisa makanan atas lantai. Pakaian kotor penuh atas lantai dan merata-rata.
Bau tak usah cakap memang busuk lagi kepam. Bilik sekangkang kera yang kecil pun tak nak kemas apatah lagi nak tolong sapu ruang tamu.
Mak dan aku yang anak perempuan inilah siang malam mengemas rumah. Baju dorang pun mak yang cucikan dan sidai.
Dah kering.. dorang biarkan aje tergantung takda usaha pun nak ambik lipat. Kalau tergantung seminggu maka seminggu la di situ. Langsung tak menolong buat kerja rumah ringankan beban.
Ditambah pula dorang membela kucing 3 ekor dalam rumah. Bulu-bulu terbang dan melekat merata-rata. Kucing pula suka berak kencing merata-rata macam bawah meja makan, bawah kerusi, tepi lorong dinding.
Adik aku yang bawa kucing masuk tapi yang jadi mangsa mengemas aku dan mak juga. Dia cuma buat bodoh bila kucing berak kencing. Kalau hancing 3 jam di situ maka hancinglah. Lepas merokok.. buang puntung atas meja, tepi tingkap. Puas tegur tapi degil.
Dulu kucing takda, kemas rumah mungkin hanya 20 minit. Sekarang tugas makin bertambah. Jadi rumit dan lambat kerana banyak yang perlu dibersihkan secara teliti. Mengemas rumah, dapur dan bilik air semuanya jadi 2 jam.
Lepas dorang makan meja mesti kotor dan sinki akan tersumbat sisa makanan.
Asal makan biskut.. kerepek.. habis jatuh sisa makanan atas lantai. Campak ayam ikan atas lantai bagi kucing makan. Lantai kotor berminyak dan sisa ikan ayam jadi kering atas lantai. Aku yang kutip dan lap. Amat buang masa. Meletihkan mental fizikal.
Aku balik kerja 12 malam kadang bau hancing kucing kencing maka aku juga kena kemas dan cuci. Aku jadi kerap tidur lewat kerana mencuci rumah. Kulit pula dah bertahun alergik angkara hama binatang.
Adik aku lepas tangan. Cuci kaki tangan aje. Umur dah dekat 30 tahun tapi lagak seperti org OKU. Serba-serbi orang buatkan dan siapkan.
Mak aku pula tidak mahu menegur mereka. Seolah relakan saja perlakuan mereka. Hanya berani mengeluh di belakang. Anak lelaki semua dimanjakan. Apa jua kata anak lelaki dia setuju. Anak lelaki tengah buli dia pun dia buat buat tak sedar.
Sejak kecik lagi tolong cucikan baju mereka, lipatkan, kutipkan sampai semua membesar jadi pemalas. Mak aku dah 60an bukan 40an lagi. Tapi mereka layan mak aku macam orang gaji. Takkan tak boleh fikir mak dah tak kuat macam orang muda. Langsung takda ihsan.
Dah kahwin pun perangai tetap tak berubah. Tetap sama pengotornya malah makin teruk jadi pemalas angkara jadi hamba telefon.
Muka tak malu spender pun mak basuhkan dan kakak lipatkan. Padahal dah beristeri.
Hati aku bagai di siat-siat tiap kali balik rumah tengok rumah kotor bersepah dan tengok dorang selesa berbaring main telefon. Nak bantu ringankan beban jauh sekali. Bumi kiamat pun takkan berubah sikap sebab dah di manjakan dari kecil.
Merana otak aku duduk sekali dengan dorang. Sampaikan pernah jumpa kaunseling di klinik kesihatan. Aku sampai dah kena anxiety. Sekian lama aku hadap isu kebersihan rumah ni dari tahun 2014.
Makin teruk sejak adik adik aku sibuk layan smart phone sampai langsung tak peduli dah kebersihan rumah.
Cuba nak keluar cari rumah sewa lain tapi banyak isu pula timbul. Pernah mak aku nak merajuk bila aku kata nak keluar rumah sebab aku stres. Sampai bila aku nak hadap isu kebersihan rumah yang tiada jalan penghujung.
Aku cuma mohon korang doakan aku tabah, kuat dan redha untuk melalui ujian ini.
– Langit biru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pelik kenapa bini diorang tak buat kerja? Kucing tu kau buang, kalau diorang marah atah bawak balik semula kau marah tegas je, kalau tk jalan setiap kali kucing berak kau ketak taik tu dalam bilik diorang baru ada akal. Kak orang macam ni kau nasihat tak jalan memang kena guna cara jahat baru sedar bukak mata, jijikk la tolong tegas sikit sikit2 penat memanng la dah kau melayan.
Ni tahap pemalas campur pengotor tahap abadi ni. Kalau aku pun boleh gila. Mak kau yg gagal didik. Kalau aku dah lama petir mak tu dulu. Dia yg tak ajar anak2 lelaki dia. Anak perempuan pulak kena hadap perangai pengotor pemalas anak jantan dia. Tambah sekali pakej jd mental sebab diorg.
Suami aku pun mcm ni. Berbuih ckp pun tak paham bahasa. Kau tau apa aku buat? Pinggan cwn yg dia guna tak reti kemas tu semua aku simpan/buang. Kalau dia nak guna pandai2 la dia cari. Sekarang Pinggan mangkuk kt rumah aku boleh bilang je.
Kucing kat rumah kau tu.. Kau pergi je buang. Nak jahat lagi.. sisa berak kencing Kucing tu kau letak dlm bilik adik kau. Biar dia hadap. Kucing ni akan berak kencing tempat sama sebab dah ada bekas bau kt situ.
Baju seluar semua tu kau lungguk je dlm satu bakul. Tak payah basuh. Tengok diorg nak basuh ke tak bila baju dh hbis. Kalau diorg biar jgk smpai berlumut situ kau biarkan je. Kalau dh jd mcm tu pun diorg biar.. Kau buang je. Senang dah kurg brg dlm rumah.
Kau dh start basuh.. smpai lipat baju pun kau kena buat. Mak bising kau buat pekak je. Tegas kau tak kan buat. Diorg bukan OKU. Mak nak buat sila kan. Tapi jgn bising dkt kau pulak kalau penat.
Ruang tamu, dapur, meja makan, toilet kau kemas time kau nak guna je. Aku praktis mcm ni kt rumah mertua aku. Sbb aku geli nak duduk. Time tak guna aku buat buta je. Pehal pulak aku yg kena beria kemas sedangkan org lain yg sepahkan. Unless aku tak tahan sgt baru aku kemas.
Dengan pemalas dgn pengotor ni tak payah nak tolerate sgt. Diorg bukan paham bahasa pun.
Keluar jela dari rumah tu kesihatan mental ko lagi penting.. keluar dgan secepatnya sis ko pun jadi mangsa mak ko je sbnarnya..
Satu cadangan, awak dan mak keluar dan menyewa kat tempat lain. Biarkan lelaki2 tu pikir sendiri how to survive without perempuan. Selagi mak awak biarkan diri dibuli, selagi itulah diaorg tak akan sedar. Ni jadinya bila anak jadi dirajakan. Kalau dah kawen pun mesti bini yg ke a buat semua kerja. Bgtau mak, awak perlukan mental yg sihat.