Doa Berjemaah Kan Lagi Berkat?

Salam semua. Terima kasih admin siarkan cerita saya. Tujuan saya kongsi kisah ni, sekadar nak meraih doa orang ramai (lagi ramai doa, in sha Allah lagi berkat).

Saya Di. Anak tengah, Awal 30 an, pekerja swasta di kampung halaman sendiri, Pantai Timur Malaysia. Memandangkan mempunyai kehidupan yang agak stabil, saya bercadang untuk kahwin tahun depan.

Sebelum ni, bukan tak pernah di-ajak berkahwin oleh mana mana lelaki, cuma saya menolak. Tak bersedia & memilih. Kering air liur orang tua membebel, “Asyik reject orang, nanti takda orang nak.”

Beberapa bulan ni, saya berkenalan dengan seorang jejaka bukan muslim, Bond. Anak sulung, pertengahan 30 an, kakitangan kerajaan di Pantai Barat Malaysia.

Bond seorang lelaki single (had history of relationship few years ago – tapi saya rasa tak perlu untuk dishare disini).

Awal perkenalan kami hanya kerana sebuah buku. Hobi waktu lapang kami sama, tidur & membaca buku. Cuti kami dihabiskan dengan tidur & buku.

Bond suka non fiction. Saya prefer motivational fiction. Selalu diskus pasal buku, hingga develop rasa senang pada si Bond. Tapi saya tak meluah, sedar kekangan ‘religion status’ kami.

Dua minggu lepas, kami ada bergurau pasal kahwin.

Bond ada tanya, ‘kenapa tak cari your Prince?’

Saya balas, ‘Cant you be my Prince?’.

‘U sure?’ tanya Bond lagi.

Tiba tiba gurauan tu tukar vibe serius.

Kami mula diskus secara serius. Bond willingly & ready untuk convert. Tapi macam mana pula penerimaan family dia? Katanya, adik dia ada convert  pun sebab perkahwinan). Jadi, should be no issue with that.

Cuma katanya, dia ada minta pertukaran ke kampung halamannya (negeri Bukan Semenanjung), awal tahun haritu (sebelum perkenalan kami). Hanya tinggal 1 step untuk tahu kelulusan permohonan tersebut.

I had no issue with that, as I was confidently feel that application wont be passed.

Dalam dua minggu ni, saya ada ajak ‘date’. As if, ‘Jomlah jumpa! Boleh kenal / bincang further’.

Mula mula dia setuju, siap boleh ajak adik beradik lagi. ‘You can bring your sisters too,’ katanya. Dia maklum, saya selalu keluar / lepak dengan adik beradik, berbanding orang luar.

Tapi beberapa hari lepas tu, Bond tukar fikiran. ‘What if I come to your hometown? Easier for me to meet everyone & your orang tua too”.

Saya 100% setuju, memandangkan minta izin orang tua adalah lebih baik. Tapi kami tak bincang lebih, sebab dua dua sibuk dengan kerja.

Well, hidup tak selalunya indah. Dua hari lepas, Bond senyap tanpa berita (Biasanya dia yang mulakan mesej good morning).

Mulanya saya fikir, sebab dia sibuk (sedang berkursus selama seminggu). Tapi hari kedua masih sunyi. Saya text dia, ‘kenapa you ignore I?’ Baru lah dia reply mesej saya.

Rupanya permohonan bertukar ke kampung halaman diluluskan. Dia akan kembali ke negeri asal beberapa minggu lagi. Jadi, dia dah cerita mengenai kami kepada family dia (Plannya nak proceed apa yang boleh, sebelum dia pindah).

Alhamdulillah, as expected, adik beradik & emak dia menerima dengan lapang dada. Tapi tak untuk ayahnya. Ayah Bond strongly reject our relationship despite his (Bond’s) explanations. Saya tanya apa reason ayah dia? And he has no idea.

So currently, we both are speechless and broken into pieces.

Bond menyepi, mungkin sebab tengah serabut (kursus, tukar tempat kerja, rejections). Katanya, “I can’t think straight right now.”

Saya pula, buntu nak buat apa. Adik beradik saya pesan, supaya rajinkan sedekah (sambil doa). In sha Allah, saya cuba yang terbaik.

Jadi, saya dengan rendah hati, mohon doa dari kalian. Kalau kami memang berjodoh, doakan dimudahkan urusan. Jika tak, semoga kami terus kuat & sabar, untuk ujian emosi ni.

Terima kasih.

– Di (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *