Malu Dengan Perangai Ayah

Ayah berusia dalam lingkungan lewat 60an. Dah tak kerja dan tak ada pendapatan. Setiap bulan, bergantung kepada pemberian anak2.

Alhamdulillah, ayah masih sihat dan boleh uruskan diri dengan jayanya.

Namun, ada beberapa perangai ayah yang kami sekeluarga tak berkenan, iaitu :

1. Suka meminta dengan orang.

Ayah suka minta dengan orang lain, tolong belikan itu dan ini. Gaya ayah macam anak2 tak pernah berikan dia duit. Padahal, kami beri tapi ayah selalu boros beli benda yang bukan2.

Kebanyakannya, dia suka beli baju. Jenama yang dia beli pula mestilah nak kena standard.

Dulu ya, ayah memang berduit, boleh beli itu ini. Tapi sekarang ekonomi keluarga dah tak macam dulu,

Anak2 pun tak adalah senang sangat jadi kami tak boleh nak limpahkan ayah dengan kemewahan macam zaman ayah muda2.

Jadi sebab itulah, ayah suka minta anak2 saudaranya yang kaya, tolong belikan baju dan seluar.

Bila dilarang, ayah kata tak apalah. Masa anak2 saudara susah dulu, ayah juga yang tolong. Dah jadi macam mengungkit pula kat situ.

Kami, anak2 sangatlah malu. Tak tahu mana nak letak muka dengan keluarga besar kami.

2. Suka bercakap pasal politik.

Ayah fanatik dengan politik. Adalah satu parti yang dia sokong. Nak sokong tu tak ada masalah, yang jadi masalah bila dia macam paksa pula orang lain untuk setuju dan sokong parti yang dia suka tu.

Kalau dia telefon saudara mara, mesti ada isu politik yang dia selitkan. Kadang2 sampai berjam2 cakap pasal politik. Kesian orang yang kena dengar. Mulut ayah pun boleh tahan pedas juga.

Kami dah cakap dekat ayah, tapi ayah tak nak juga dengar. Dia cakap, apa salahnya cakap benda betul. Betul lah sangat. Haih…

3. Agak tak produktif.

Ayah masih sihat, tak adalah terlantar sakit. Kalau ikutkan, ayah boleh aje tolong2 buat kerja rumah. Tapi, dia tak nak sentuh langsung.

Kerja ayah hari2, menghadap telefon (dengar ceramah ustaz dan tengok pasal politik). Kalau minta tolong sikit, terus nampak muka berubah. Dia buat tapi macam terpaksa.

Bayangkanlah, nak tolong basuh pinggan sebiji yang dia guna, tak nak. Suruh keluar bersenam, jalan2 kat luar rumah, tak nak.

Join ahli2 masjid gotong-royong, tak nak. Tolong pergi shopping barang dapur, lagilah tak nak. Ayah lagi suka duduk rumah, menghadap telefon.

Kami sebagai anak, dah penat nasihat. Kalau nasihat, dimarahnya kami balik.

Tolonglah bagi cadangan sebab kami tak tahu nak buat macam mana lagi dengan perangai ayah.

Saya sampai takut nak kahwin sebab takut terkahwin dengan lelaki perangai macam ayah ni.

– Daughter (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Eeerrr..awak ni ipar sy ke? Mcm sebijik² peel FIL sy ni. Tp tang mintak anak sedara belikan baju tu, rasa blm penah nmpk lg. Hiks! Kalau bkn ipar sy, mksdnya ayah awak tak keseorangan. Ada ramai lg lelaki tua perangai sebijik sejibon mcm tu.

    Well, org² yg terpaksa layan ayah awak tu, ckp la dgn dorg supaya jgn layan call or request tu semua. Lama² dia tau la org meluat dgn pe’el dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *