Aku dah berkahwin selama 5 tahun & dikurniakan 2 orang cahaya mata.
Dari sebelum kahwin lagi, aku pernah berfikir samada betul ke tidak keputusan untuk pertaruhkan hidup ku berkahwin dengan si dia. Namun aku teruskan juga sebab aku yakin rezeki lepas berkahwin InshaAllah akan ada.
Suami aku tidak mempunyai sebarang harta. Dari dulu bekerja sampai sekarang cukup makan hidup je. Aku pula kerja sekadar kerani je.
Masa awal perkahwinan, dia mampu lagi untuk berikan nafkah tiap bulan. Sejak dikurniakan anak sulung, nafkah jadi kadang ada kadang tiada.
Bermulalah hidup tak cukup duit makan minum. Setiap bulan ade je duit yang dia akan pinjam dengan aku tapi dia memang bayar balik la bulan depan. Tiap2 bulan pinjam tapi akan bayar balik bulan depan.
Duit gaji dia cuma bayar kan duit asuhan anak, pampers susu anak, beli barang dapur, makan minum & minyak motor. Sedangkan aku kena bayar kereta & sewa rumah.
Setiap kali tengah bulan memang aku la bayar segalanya bila dah tak cukup duit untuk menampung beli barang rumah bagai.
Bila dah anak dua orang, lagi la hidup kami diuji. Masalah kewangan memang menguji betul. Gaji dia cukup2 bayar asuhan anak je 2 orang. Dapat je gaji dia memang terus belikan pampers susu anak, barang dapur sikit.
Awal boleh lagi makan kedai seminggu. Bila sampai pertengahan bulan memang sudah tak mampu dah. Aku dah la bayar kereta, bayar servis kereta, roadtax kereta, minyak kereta, sewa rumah lagi, coway lagi, semua atas kepala aku.
Bila akhir bulan je semua atas kepala aku. Dengan gaji yang tak seberapa tu. Kadang sampai terpaksa guna simpanan aku untuk teruskan kelansungan hidup.
Kita sebagai isteri ni kadang rasa la juga nak suami bagi hadiah ke apa. Berkeinginan nak apa suami boleh belikan. Idamkan apa suami boleh belikan. Tapi itu semua bukan untuk aku la.
Suami aku memang tak mampu nak belikan aku beg, kasut, baju semua tu. Emas lagi la jauh sekali. Semua barang yang aku nak semua aku kena guna gaji aku sendiri untuk belikan.
Aku cemburu bila tengok suami orang lain boleh hadiahkan apa yang isteri nak, apa yang isteri nak makan. Aku nak makan makanan yang viral aku terpaksa la beli sendiri. Teringin kek secret pon kena beli sendiri.
Suatu hari tu, aku baru tahu rupanya motor dia dah sekian lama dia tidak bayar berbulan2. Duit di dalam beg aku juga dia pernah ambil.
Aku pelik juga kadang duit aku hilang not 10, not 20 macam tu. Lama2 duit anak pula hilang not 10, not 20. Tapi aku senyapkan aje sebab aku tak kisah sangat.
Bila ditanya, duit untuk dia makan minum minyak motor. Duit anak pon aku yang gantikan balik. Aku terima je takdir aku macam ni mungkin susah2 dulu senang2 kemudian. Marah2 sekalipon lama2 kita akan reda juga maafkan juga dia.
Sampai la satu hari, aku teringin nak tengok barang kemas aku, memang sah hilang! Dia gadaikan barang kemas aku tanpa pengetahuan aku untuk kelasungan hidup kami semua katanya.
Mula2 aku melenting minta dia pergi tebus balik. Memang dia tebus balik selepas dapat gaji. Lama2 marah aku pon reda balik.
Walaupun dia gaji kecik tak mampu nak mewahkan aku. Tapi dia seorang yang sangat baik & bertanggungjawab.
Hampir setiap hari dia memasak, basuh jemur pakaian, hantar ambik anak2, bawa jalan2 makan angin, layan baik orang tua, peramah. Bukan seorang yang baran malah aku pula yang lagi baran.
Aku cuma ingin tahu. Macam ni ke hidup berumahtangga? Bahagia ke kami?
Adakah aku masih kena bertahan, bertolak ansur hidup susah senang bersama? Mengalah dengan gaji dia yang sikit malah aku pula yang kena tampung hidup harian? Nak tinggalkan pon dia bukan seorang yang jahat buat kekerasan.
Bukan tak pernah minta dia cari kerja lain, tapi kerja berapa la sangat gaji seorang kuli buruh tu.
Aku ada baca awal 5 tahun perkahwinan memang Tuhan uji susah dulu. 5 -10 tahun Tuhan uji dengan kestabilan. Tapi aku tengok gaya dia tak nampak bayang akan stabil pon.
– Asma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
itu bukan sahaja asam garam perkahwinan tapi ujian sebuah kehidupan.. mungkin suami memang terdesak sebb nak bagi semua serbi keperluan asas cukup.. dia pun baik dari segi akhlak dan ringa tulangnya.. masalah sekarang hanyalah rezeki dlm bentuk kewangan.. cuba cari cabang2 sumber rezeki lain yang boleh dibuat bersama sebagai extra income mcm affiliate dan sbgnya… jaga hubungan dgn sang Pemberi Rezeki.. bykkan amalan2 sunat yang inshaAllah akan dipermudahkan.
Pada aku, sudah ada rumah utk berteduh, makan pakai ada, sudah cukup keperluan asas. Bila bnyk sngt tengok kehidupan org lain yg lebih mewah, tu yg dtg perasaan tak cukup.
Bersyukur la apa yg kita ada. Allah akan tambah…Yakin janji Allah.