Ya, sudah setahun aku didiagnose secara formal oleh doctor professional dan sudah setahun jugak aku bersahabat baik dengan ubat anti depression.
Punca? Aku pon tidak tahu.
Bagaimana harus aku mulakan? Kadang aku tidak tahan dan mahu mengalah, sampai bila aku harus bersahabat dengan ubat.
Tiada kah peluang untuk sembuh? Jangan disuruh aku berfikiran positif, berdoa, bersabar dan banyakkan istighfar- semua itu telah aku lakukan.
Cari kawan yang boleh mendengar, cari orang yang boleh dipercayai, lupakan sahaja apa yang telah terjadi. Begitu senang engkau memberi arahan tanpa menunjukkan bagaimana harus ku lakukan semuanya.
Sejak dari kecik aku berperasaan sedih, mudah marah, tiada langsung perasaan gembira dan jika ada yang bertanya apa momen momen indah aku dalam hidup?
Aku tidak bisa mencari dimanakah momen momen manis dalam kehidupan aku kerana seperti yang aku maklumkan, aku cuma ada sedih, marah dan sedih.
Aku buntu. Bagaimana harus aku keluar daripada rasa rasa ini sedangkan mahu bangun daripada katil dipagi hari aku tidak mampu.
Ya, sedikit sebanyak ubat yang kuambil dalam setahun ini banyak membantu aku, aku mula mampu untuk berfikir apa yang harus aku lakukan setelah bangun tidur, pakaian warna apa yang harus aku kenakan, pakaian harus aku iron biar nampak kemas.
Sebelum ini aku tidak mampu untuk berfikir dan melakukan semua itu. Yang ada dihari hari ku hanya awan hitam, yang begitu mendung menyelubungi hari ku tanpa sedikit pun matahari .
Kawan? Aku tidak reti untuk bergaul. Rencana masa hadapan? Tiada, kerna ku fikir, aku tidak mampu untuk mencapainya kerana mungkin nyawa aku tidak panjang.
Pasangan hidup? Siapa sahaja yang mahu menerima orang seperti aku, yang mereka mereka label dengan perkataan GILA.
Penat? Ya, aku penat. Kadang kala aku menyalahkan diri, kenapa aku tidak boleh keluar dari sakit aku ini.
Kenapa aku tidak boleh berfikir secara terang dan membentuk masa hadapan sendiri tanpa ada tali yang menarik narik aku untuk terus tenggelam.
Penat ? Ya, aku penat. Penat berjuang bisingnya kata kata didalam kepala, penat berlawan pada mimpi mimpi buruk yang hadir tiap malam, menekan dan sering menjelma.
Argh, lupakan sahaja semua itu.
Senang engkau berkata bukan?
Lupakan semua.
Mana satu cara harus aku lakukan? Korek kepala aku? Membawa pisau dalam mimpi mimpi ku? Atau harus ku telan segala ubat ubatan ku hingga tiada lagi hari esok untuk ku?
Tunjukkan cara, pimpin tangan ku, bukakan jalan bagi ku.
Aku juga mahu hidup bebas dari kisah kisah pedih masa lalu. Aku juga mahu menjadi kuat bercerita kisah kisah ku.
Tolong aku. Aku tidak mampu.
– LILA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Congrats sebab berjaya ambil langkah pertama dengan dapatkan bantuan professional.
Depression adalah penyakit sama macam kencing Manis, darah tinggi. Memang perlu makan ubat ikut dos yang diberikan. Bukan bergantung pada ubat tapi memang memerlukan ubat untuk stabilkan diri anda dan hidup dengan lebih baik. Sama macam ubat kencing Manis untuk kawal Paras gula Dan darah tinggi untuk kawal tekanna darah.
Adik baru je setahun dapatkan bantuan, bagi masa kat diri ok sebab apa yang adik dah lalui ni bertahun,takkan la dalam masa setahun semuanya boleh ok. Tapi bila adik cakap nampak perubahan positif dalam pengurusan diri maksudnya rawatan tu sebenarnya efektif. Untuk hilang semua rasa mungkin tidak tapi boleh dapatkan terapi atau jalani sesi kaunseling bagi bantu uruskan perasan itu dengan lebih baik & selamat di samping ubatan. You did a good job girl🫰🏼
Assalamualaikum…saya ada sahabat baik..
Dia dah didiagnos skizofrenia sejak berumur 17 tahun lagi .kemudian dia sakit semula@relapse sebab skip makan ubat..sekarang doktor beritahu dia menghidap skizo effective disorder ..dia makan ubat sejak 17 tahun sampai sekarang….tapi setiap kali dia tak disiplin makan ubat,dia akan sakit kembali atau istilah psikiatri dipanggil relapse..bila baca kisah hidup awak,teringat kat sahabat saya tu…dia tak ramai sahabat..ramai sahabat dan saudara mara jauhkan diri dari dia setelah tahu dia sakit mental…tapi saya buat keputusan untuk tetap jadi sahabat dia…dia pernah cakap kat saya yang dia memang tak mahu berkahwin dan berkeluarga macam orang lain.katanya lagi ada ke lelaki dan keluarga mertua yang mahu terima dia..pilu saya dengar luahan hatinya…tapi sekarang walaupun dia tak bekerja dan duduk di rumah saja,ada perubahan positif walaupun sikit dah cukup untuk membuatkan dia,keluarganya dan saya happy..dahulu,dia asyik menyendiri,tak pergi ke mana pun,ke kenduri kahwin pun dah berbelas tahun dia x pergi…kini,dia seolah olah ada semangat baru..dah mula pergi ke kenduri dan majlis di kampungnya…semakin rajin bantu ibunya buat kerja-kerja rumah,dan mula bermain dengan anak-anak saudaranya…semua tu dia tak pernah buat dahulu..doktor psikiatri yang merawatnya merujuk dia ke Unit Juru Pulih Cara Kerja .atau dipanggil O.T @ Occupational Therapy Unit..di sana dia bertemu dengan rakan-rakan senasib dengannya dan buat pelbagai aktiviti terapi seperti senaman,melukis,berkebun,belajar buat roti,muzik dan lain lain lagi ..tenaga pengajar buat pantauan dan menyelia aktiviti mereka..dia pernah beritahu saya, doktor psikiatri meminta dia menulis diari rutin harian…juga catat mood dia setiap hari…pesakit perlu bangun pagi, keluar dan berjalan sekeliling rumah nikmati cahaya matahari,sarapan makan ubat..dia pernah luahkan kat saya yang ada je sedara mara n kawan2 panggil dia Gila…saya tenangkan dia dan cakap manusia toksik ada d mana2 je d dunia ni.abaikan mereka dan tumpu pada orang atau kawan yang sayangkan kita no matter what..Allah uji kita ikut yang kita mampu…kena sabar…bukan sakit saja ujian,sihat juga ujian dari Allah..saya doakan adik agar tabah hadapi ujian ni…Allah uji mereka yang Dia sayang ..Allah SWT Maha Mengetahui dan Dia tahu adik mampu menghadapi ujian hidup ni…untuk mereka yang sesuka hati melabel orang lain gila,awas dengan tutur kata anda…bukannya apa,sebab kifarah itu wujud…jangan nanti anda pula yang berkeadaan begitu..kita tak tahu apa bakal terjadi pada masa depan..menurut pakar perubatan,sakit mental tak boleh sembuh,tapi mampu dikawal dengan syarat konsisten makan ubat…dalam Islam pula semua sakit ada ubatnya kecuali tua dan mati…teruskan makan ubat,berdoa dan yakinlah adik akan sembuh juga 1 hari nanti ..saya doakan adik,sahabat saya dan semua yang diuji dengan penyakit yang sama akan diberi kesembuhan dan kekuatan dari Allah SWT…Amin ya Mujib