Hi to all readers. Saya Mrs Lotion punyai seorang cahaya mata dan akan sedang mengandung anak kedua. Dah lama tak mengarang, saya lebih suka straight to the point ya.
Untuk makluman, sebelum dan selepas kahwin saya pernah bekerja dan sekarang masih bekerja (part-time).
Dulu saya sendiri yang bertanyakan kepada suami untuk berhenti kerja sebab tekanan boss yang dikategorikan agak toksik.
Tapi tak lama, lebih kurang sebulan berhenti saya dapat offer kerja dalam bandar juga. Gaji rendah sikit berbanding dulu. Tapi disebabkan saya sejenis makhluk yang kena ada duit sendiri walaupun husband tak pernah culas nafkah sejak kawen.
Sebagai selingan, saya antara anak yang dapat biasiswa dari belajar dulu. Jadi ibu pasti agak menentang bila saya berhenti kerja. Saya seorang ibu dan saya faham. Tapi waktu tu memang terpaksa berhenti demi menjaga emosi.
Lepas kerja dengan company baru nak dekat setahun lebih, husband ada tawarkan saya berhenti kerja. Katanya senang untuk saya uruskan anak.
Berjuta kali juga fikir, saya akur dan berhenti. Masa hantar surat resign, boss counter offer. Katanya susah nak dapat ganti, jadi saya boleh buat part-time.
Kerja saya ni memang saya suka. Bukan setiap hari busy tapi ada juga hari2 yang boss call untuk dapatkan info. Mostly pasal client & appointment. Dan saya juga designkan 3D layout untuk customer.
Gaji kali ini dipotong lagi sebab hanya part-timer. Boleh kata dalam sebulan saya busy dalam 30-35% waktu saya untuk kerja. Boss pula sejenis lebih kurang.
Jadi saya kekadang untuk siapkan task, saya buat malam atau bila husband tidur. Kadang tu hari sabtu ahad saya siapkan semula untuk seminggu.
Permasalahan jadi bila husband kata gaji yang saya dapat tak setimpal dengan workload. Saya akui dulu memang tak berbaloi sebab saya cover semua.
Lepas saya lagi sekali hantar surat resign, boss cepat2 cari pengganti kononnya nak asingkan kerja. Sekarang boleh kata kurang sikit bebanan tu.
Disebabkan saya pernah (read: selalu) kena sindir dengan suami untuk berhenti kerja (lagi) sejak saya mengandung ni, saya rasa semakin kusut.
Suami seorang online marketer. Dan saya tahu dia mampu menanggung saya. Dalam konteks saya pula, saya lebih suka kerja begini. Tapi tak pasti akan bertahan lama mana dan betul ke tindakan saya.
Gaji yang saya ada tu saya suka belanja orang makan, bagi mak duit lebih. Tengok adik2 okay ke semua.
Dan saya tahu kalau saya tak bekerja sepenuhnya, saya kena butakan mata walaupun family saya tak pernah minta. Cuma saya yang suka bagi lebih.
Husband propose saya buat online sales which saya rasa okay tapi saya mungkin tak ada hati ke arah tu (lagi) buat masa ni.
Saya selalu tanya okay ke jika saya tak earn any money dan katanya okay saja. Cuma bila disindir dan perli saya rasa macam saya dah tak jadi isteri yang taat.
Dulu sebelum kawen saya tak pernah ada isu tentang ni sebab tak expect akan timbul isu kerja atau tak. Dan saya keliru sebenarnya para suami kat luar sana betul2 ke okay kalau isteri dia tak bekerja langsung.
Saya punya target untuk bekerja untuk simpanan sikit dan enjoy sikit2. Jadilah merasa titik peluh dan bukan untuk kaya. Konteks ini berbeza dengan mindset husband. Saya jadi tersepit dan sedih pun ada.
Tapi dia ketua dan saya tak pasti saya buat pilihan yang tepat atau tak untuk teruskan kerja macam biasa.
Harap ada yang sudi bagi pandangan. Thank you semua. Semoga yang baik-baik untuk kalian. Stay safe.
– Mrs Lotion (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jika suami boleh tanggung semua komitmen dan belanja rumah, apa salahnya menjadi suri rumah. Ianya kerja juga, pembantu suami. Isteri saya suri rumah juga dah 19 tahun. Alhamdulillah, anak2 juga berjaya.