Perkongsian kisah hidup sederhana aku yang bebas hutang di kampung berjaya mendapat 10 ribu likes di wall.
https://iiumc.com/nikmati-saja-hidup-ini/
Asalnya aku niat nak post kat IIUM Confession jer. Tak cerita kat sesiapa pun aku tulis. Termasuk kawan rapat.
2 hari kemudian aku edit dan post kat wall. Eh petang tu jugak admin IIUM Confession release. Hari yang sama.
Admin page Siakap Keli hubungi aku minta izin nak siar cerita aku. Page Oh Bulan pun ada siar dan bagi kredit.
Dari komen-komen positif kat IIUM Confession, aku dapat rumus hidup yang aku rasa gagal dulu rupanya diinginkan ramai orang.
Ada komen minta aku ceritakan bagaimana aku boleh tulis ebook?
Hari ini aku ceritakan dengan harapan korang dapat maklumat yang mungkin membantu. Terutama yang sedang menganggur.
Masa awal menganggur, aku terfikir mungkin kena buat bisnes la kot. Tapi masa tu aku tak nampak bisnes ape.
Cuma aku yakin Allah akan bagi pada masa yang tepat. Kalo Allah nak bagi, semua akan jadi mudah.
Aku jumpa video ustazah Asma Harun kongsi pasal satu zikir ni. Korang boleh search cari sendiri video tu dan dengar kelebihan zikir tu.
Zikir ‘Allahumma ya Baariik (40x), ya Fattah (40x) dan ya Razzaq (40x)’. Baca 40 kali selepas solat subuh.
Minta doa Allah uruskan hidup kita seharian termasuk pasangan dan anak-anak (bagi yang dah berkeluarga).
Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi aku jadi betul-betul bergantung pada Allah semata, sejak amal zikir tu.
Aku jadi kurang merancang hidup sebab pengalaman aku merancang, semua tak jadi. Jadi aku start berserah diri biar Allah yang susun dan rancang hidup aku.
Tugas aku kena usaha. Aku follow naluri aku. Buat apa yang aku suka. Masa tu (pandemik) ramai buat duit dengan jadi content creator atau influencer.
Aku baca kisah seorang wanita kerja di bidang profesional berhenti kerja untuk fokus rumahtangga kemudian hasilkan video masakan. Dia berjaya jana pendapatan melebihi gaji dia dulu.
Aku pun try la masa buat content masak juga. Rasa 2 tahun aku mencuba. Gagal!!! Aku tak nampak masa depan dalam bidang masakan.
Tu aku cari kerja sementara bila duit simpanan nak habis. Tapi kerja ni pun tak lama.
Ada kenalan rapat aku, lelaki. Dia suka bisnes dan push aku suruh bisnes. Tapi aku kata aku tak pandai bisnes.
Aku hanya ingat ayat dia jer ‘MASALAH ORANG ADALAH PELUANG UNTUK KITA BUAT BISNES’.
Ada satu perkara yang aku istiqamah sepanjang 4 tahun ni. Iaitu menulis posting setiap hari.
Sehari tak menulis aku rasa kosong. Bila aku menulis, aku rasa macam seekor burung yang terbang bebas melebar sayap seluas-luasnya.
Satu hari ni aku dah hampir putus asa. Duit simpanan makin sikit. Nak kerja guna degree payah. Kerja berat aku tak boleh.
Aku mengadu kat Allah selama 4 tahun ni aku dah banyak buat posting berkongsi perkara baik kat orang (aku tawassul).
Aku dah buntu nak kerja ape. Aku pun tak tahu kenapa Allah bagi aku suka menulis hari-hari tanpa jemu.
Aku rasa otak aku penuh dengan idea dan huruf2 yang membentuk perkataan yang berterbangan. Aku kena keluarkan dan tulis baru rasa lega.
Apa guna idea ini kalo tak boleh bantu aku cari rezeki. Jika Allah takdirkan rezeki aku ada pada penulisan, berilah aku petunjuk.
Lepas berdoa gitu berulang kali. Aku betul-betul berserah. Masa ni la aku rasa Allah menunjukkan jalan.
Aku baca luahan newbie kat satu group fb. Aku kesian baca soalan dia minta guide daripada senior.
Aku letak diri aku ni sebagai newbie tu. Mesti blurr baca jawapan ahli lain yang berterabur.
Aku pun tulis jawapan dalam bentuk point. Jawapan aku tu ringkas tapi ramai like. Mungkin senang faham kot.
Berhari-hari otak aku fikir kesian newbie tu. Mesti ramai tak faham. Aku ni antara yang rajin jugak post kat situ.
Berminggu-minggu aku perah otak nak buat post. Sampai sakit kepala nak susun biar newbie mudah faham.
Akhirnya berjaya buat draf dan post. Ramai share. Aku post kat group tu la. Masa ni ramai yang follow aku.
Pakat dm aku mengadu tak tahu nak start dari mane. Minta tolong ajarkan. Aku balas mesej dorang cakap nanti baca posting aku jer.
Tapi aku masih tak puas hati. Rasa tak cukup lagi ni untuk dorang.
Ntah kenapa aku buat status merepek kat fb. Konon bergurau aku cakap nak tulis ebook.
Tapi ramai kawan aku anggap serius. Aku cakap apa pun dorang percaya. Mungkin sebab rasa aku ni ‘walk the talk’ kot.
Sebelum tu, ada 3 peristiwa sedih yang berlaku. Aku sangat yakin saat seorang hamba rapat dengan tuhan adalah ketika diuji dengan kesedihan.
Jika kita redha, Allah pun redha. Masa ni la masa sesuai memohon doa belas kasihan Allah untuk makbulkan doa kita.
Aku berulang kali minta doa supaya Allah gantikan kesedihan aku ni dengan yang lebih baik iaitu kerja. Aku minta doa sungguh-sungguh bagi aku ilham tulis ebook.
Satu pagi ni aku ingat sungguh hari tu, aku bangun jalan dari katil ke dapur. Masa berjalan ni tiba-tiba aku rasa otak aku macam lampu menyala. Idea mencurah-curah turun dari langit.
Kali pertama aku rasa dalam hidup aku jadi ‘cerdik’. Aku terus catat maklumat kat buku. Takut lupa. Sebulan jugak aku kumpul bahan jadi ulat buku.
Tapi masa tu tak ada laptop. Puas dah fikir nak pinjam laptop sapa ni? Hanya fikir nak jual seutas gelang emas buat modal beli laptop.
Tapi masa tu harga emas murah. RM305 segram. Aku rasa rugi kalo jual. Duit simpanan ada seribu jer.
Ni aku nak cite cara Allah guide aku. Tengah serabut fikir pasal laptop, keluarlah iklan pasal laptop terpakai harga 600.
Tengah buntu, dapat tahu aku dapat duit komisen 600 ringgit. Aku rasa ni petunjuk dari Allah jangan jual gelang.
Walaupun tak tahu bila dapat duit tu. Aku dah serah 100 peratus kebergantungan kat Allah.
Aku ambik duit simpanan terakhir, tawakkal. Gi bandar beli laptop sebagai modal.
Aku punya level confident tu, baru start menulis aku dah kecoh cerita kat posting aku nak tulis ebook.
Yang bagusnya, ramai percaya. Pakat komen nak beli. Ni petanda baik aku rasa. Prospek ni.
Korang tahu macam mane aku yakin? Sebulan sebelum tu aku dapat alamat mimpi. Aku yakin tu khabar gembira Allah bagi atas kesabaran aku dan redha dengan ujian hidup.
Korang nak tahu aku mimpi ape? Aku mimpi berada di tepi pantai. Laut tu biru sebirunya cantik giler warna. Langit pun biru terang cerah bersinar macam lukisan.
Angin bertiup lembut. Air laut tenang tak bergelora. Tak ada ombak. Nun di sana ada sebuah kota kecil.
Pastu ada pelampung sebesar katil empat segi warna biru yang dihantar khas untuk menjemput aku naik dan menyeberang ke kota.
Pelampung tu memang khas untuk aku sorang jer. Bergerak guna kuasa elektrik. Aku naik dan pelampung tu bergerak lancar dan lurus. Pastu aku terjaga dalam jam 5 pagi.
Korang search la cari maksud mimpi laut luas, biru yang cerah serta tenang tiada gelora.
Lepas dapat mimpi ni aku tahu dah. Allah dah jawab doa aku dengan bagi aku berita gembira melalui mimpi.
Sebulan sebelum, aku dah war-war iklan. Pasal iklan pun Allah yang susun jadi smooth. Macam pandai pulak. Kawan aku puji video iklan aku buat. Aku guna tiktok jer weh.
Masuk gambar, pilih format video, dah set dengan lagu. Tapi boleh jer kalo nak tukar lagu.
Video tu ada budak memanah. Kemudian anak panah tu meletup kebabom di udara macam fireworks. Muncullah gambar keratan ebook meletup2 ikut bab dengan muzik rancak.
Yang aku paling terharu, ramai yang beli tu bersungguh ucap terima kasih sebab settlekan masalah dorang dan susah payah buat ebook.
First time aku menjual, jumpa customer2 aku very polite weh. Betullah mimpi hanya aku yang boleh naik pelampung tu.
Maksudnya Allah yang tolong rancang dan permudahkan urusan aku. Jumpa orang baik2.
Tanpa izin Allah, satu huruf pun aku tak mampu buat. Haaza rahmatan min robbi.
Ada beberapa perkara yang aku simpulkan:
1. Buat apa yang kita suka. Pastu kena istiqamah. Pasang niat buat kerana nak redha Allah.
2. Cari kelebihan apa Allah bagi, itulah yang ditakdirkan untuk kita. Jangan tiru orang sebab rezeki dan jalan takdir kita berbeza.
3. Cari masalah orang, permudahkan urusan mereka.
4. Kena yakin dengan Allah. Dia lebih tahu bila masa Dia nak beri. Tugas kita hanya berdoa, usaha dan tawakkal.
Oklah dah panjang aku tulis. Harap korang boleh ambik yang baik dari perkongsian aku ni.
Sayang selalu.
– Lady N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah….moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah..
Masya-Allah. Thanks Lady N.