Kerana Tiktok

Assalamualaikum.. Saya kenalkan diri nama Z. Saya dah 9 tahun lebih berumah tangga, dan ada 2 orang anak. Saya tak pandai nak karang sangat.. Tapi sekadar meluah..

Hubungan saya dengan husband seolah di hujung tanduk.. Or saya je rasa macam tu tak tau lah.. Semuanya saya anggap kerana TikTok.. Husband suka live di TikTok, katanya nak cari duit sampingan di TikTok.. 

Dari tahun 2021 ye.. Pernah juga bermasalah beberapa kali kantoi curang dengan penghuni TikTok.. Pernah juga saya bawa anak2 lari balik kampung kerana kecewa.. Tapi kembali semula.. Memaafkan dan beri peluang.. Dia stop kejap TikTok..

Tapi sebab masalah kewangan.. Dia bagitau nak buat live semula. Saya suri rumah dan buat affiliate di TikTok tapi video sahaja.. Saya ajak husband buat affiliate TikTok.. Saya minta dia live affiliate TikTok saja.

Tapi dia tak nak sebab susah katanya. Takde barang.. Padahal saya banyak je sample dia boleh gunakan.. Dia pulak jenis pandai bercakap. Tapi dia taknak juga.. Macam macam alasan nya. 

Akhirnya dia teruskan live TikTok macam sebelum ni. Tapi saya pernah cakap live sahaja la. Tak perlu nak ada group wasap. Tak perlu nak chat2 luar pula.. Cukup sekadar live.

Tapi entah lah.. Bila dah terseronok.. Ada group baru.. 2 3 group.. Ada kawan2 baru.. Ada la perempuan2 baru chat sana sini.. Plan jumpa sana sini. Allahu.. memang kecewa tau..

Untuk pengetahuan dia dah lama block saya kat TikTok dia.. TikTok baru mahupun acc TikTok lama dia. Takut kot berlaku² sebelum ni saya serang live dia sebab buat perangai.

Tapi saya cuma diamkan diri.. Kadang saya moody juga.. Tapi kemudian saya buat2 okay pula.. Waktu dia dengan kami anak isteri ni memang tak banyak.

Balik kerja. Malamnya dia buat live.. Cakap nak stop pukul 12. Tapi kadang lajak sampai 4-6 pagi.. Tiap hari ye.. Hari cuti siang tido. Malam live lagi.. Begitu la selamanya.. 

Hmm baru-baru ni kami gaduh lagi.. Saya rasa macam di khianati.. Dia taktau saya ada access TikTok dia dan wasap dia.. Dia jumpa kawan2 TikTok dia.. Even perempuan lelaki.. Tapi bila takde bagitau saya langsung pasal tu.

Serius rasa dikhianati. Then saya buat status kat wasap saya tapi untuk dia seorang je yang tengok. Status berunsur kata² kita doakan dia masakkan untuk dia tapi dia chat bermesra dengan orang lain belakang kita.. Macam tu..

Then bila dah baca tu.. Dia mengamuk.. Marah2, biasa lah ayat terkeluar dari mulut dia, saya isteri derhaka buka aib dia.. Dalam marah dia cakap dia bukan tidur dengan perempuan lain pun.. Dan lagi terbiasa bila dia marah dia akan hina keluarga saya dan masa lalu saya.

Bila jadi macam tu saya cakap saya nak bercerai. Time tu la marah dia membuak dan terus cekik saya depan anak-anak. Tapi saya diam je. Saya tak melawan pun.. Dan sampai sekarang diam sahaja.

Dia dah ugut kalau saya bawak lari anak anak macam dulu, dia akan ambil anak2 dan takkan biar saya jumpa anak2 lagi. Kalau saya nak cerai katanya dia suruh saya pergi pejabat agama sendiri. Dah banyak kali dia ugut saya untuk halau saya dari rumah. 

Sekarang dah hampir sebulan kot kami tak bertegur.. Cakap bila perlu sahaja. Dan dia makin rancak dengan perempuan TikTok dia..

Kalau dengar suara dia live.. Kadang rasa nak tampar dia.. Bila dengar dia bergurau senda dengan perempuan2 tu.. Nak cium bagai.. Nak peluk.. Nak makan bersuap.. Boleh kahwin lagi 3.. Saya hanya mampu berzikir untuk buang rasa amarah saya. 

Dan sekarang tiap pagi petang malam dia chat dengan perempuan dlm TikTok dia tunang orang.. Tengah mengayat.. Caring sangat.. Entahla.. Kalau dulu mungkin menangis saya baca semua tu.. Tapi sekarang tak lagi.. Saya baca dan screenshot semua tu untuk simpanan saya. 

Saya dah mula mengemas barang2 saya letak dalam box.. Saya cadang nak berpisah setahun dua nak bawa anak balik tinggal kat kampung. Tapi saya tau dia takkan benarkan.. Mungkin saya perlu ke mahkamah dulu fail kan perceraian..

Kadang sekarang pun saya fikir kalau dia nak jaga anak, saya nak bagi je. Jaga la baik2.. Asalkan lepaskan saya.. Tapi saya akan fight untuk dapatkan hak jumpa anak2 dan bermalam dengan anak2. 

Maaf jika luahan panjang, entah banyak lagi nak terluah.. Sebab saya tiada sesiapa disini.. Dunia saya di sini hanya dia dan anak-anak, tapi tu la.. Mohon doa dari semua pembaca, doakan saya kuat dan dipermudahkan urusan saya. Terima kasih semua. 

– Zizie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya dah lama terfikir, elok saja kalau tiktok ni diharamkan mcm di beberapa negara. Banyak buruk dari baiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *