Boleh baca, https://iiumc.com/jodoh-8/
Artikel yang ditulis sebelum ni mendapat kecaman teruk. Dek kerana kesilapan saya menulis umur lebih suku abad.
Hakikatnya, umur memang lebih dari suku abad, 30 menghampiri 40. Malah punya rasa rendah diri yang tebal akibat penyakit depresi dan anxiety.
Sepatutnya saya menulis umur hampir separuh abad. Lupa diri semakin dimamah usia.
Saya sendiri sedar ini ruang untuk menerima pendapat. Walaupun makna confession itu sendiri adalah pengakuan.
Semasa saya menulis, saya berada di dalam emosi yang tidak stabil, terganggu berhari-hari oleh mimpi-mimpi yang mengecewakan.
Selain dari umur sudah menghampiri 40, saya sudah miliki rumah walaupun masih membayar. Punya gaji selesa.
Hari cuti memang dipenuhi dengan menghabiskan masa dengan keluarga apabila ada peluang.
Usaha mengumpul wang, telah dimulai sejak kecil lagi.
Pada usia saya, rakan rakan kebanyakan sudah berkeluarga.
Hendak bergaul dengan yang lebih muda, agak sukar. Pemikiran tidak sama.
Rata-rata, kawan-kawan sekerja, semua sudah berumahtangga.
Saya pernah berhenti mencari. Bukan tidak pernah. Pernah berdoa agar naluri hendak berpasangan ini Allah padam terus.
Namun, lebih kuat saya menafikan, lebih kuat naluri itu datang.
Berdosa sangatkah untuk seorang wanita bujang berkeinginan menamatkan zaman bujangnya?
Berdosa sangatkan sekiranya, saya sudah puas hidup sendiri?
Malangnya, lelaki yang muncul sementara dalam hidup semua pandang pada status kewangan saya sahaja.
Awal perkenalan bermulut manis, semakin lama, semakin nampak cuba meminta-minta. Malah ada yang jujur mengaku, mahu saya jadi pembeli rumah bersama nanti.
Tanpa ada apa-apa perbincangan, terus mengaku mahukan saya sebagai pembeli rumah.
Malah, rakan-rakan selalu berkata, untung sesiapa yang mendapat saya sebagai isteri, tinggal cuci kaki.
Mungkin sebagai lelaki, lebih mudah menafikan.
Sebagai wanita, pandangan orang yang selama ini tidak diendah lama-lama tetap mampu memberi kesan pada diri.
Mungkin dengan kata-kata yang ditulis diruang komen mampu buka mata saya. Tidak perlu sibukkan diri dengan jodoh. Teruskan dengan kehidupan sendiri.
Mahu apa-apa pun mampu. Tidak ada sesiapa yang menghalang.
Biar saya terus membahagiakan orang-orang yang sentiasa ada untuk saya.
Semoga mimpi-mimpi yang menggugat berhenti.
Teruskan kecaman jika mahu. Mungkin itu cara yang Allah sampaikan supaya saya berhenti berfikir soal jodoh.
Bukan suku abad. Tetapi, lebih dari suku abad.
– Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
never too late. semoga ada jodoh
Z, Angah ni. Angah faham sgt apa yg Z rasa. Ingin untuk mempunyai pasangan hidup adalah normal bg sesiapa pun. Klau Z masih di bwh 40 thn, masih cantik, masihb brpeluang untuk dptkn calon suami yg sesuai. Minta pd Allah pd waktu yg tepat. Bgn tgh mlm brtahajjud & mohon doa. Klau puasa, masa sahur & tunggu waktu utk brbuka puasa tu, waktu yg Allah kaulkn doa. Abaikn org yg mngata & mngutuk Z. Z yg kena usaha lebih. Cari yg sesuai & jgn mmilih sgt. Moga brjumpa & brbahagia nt.
Sy doakan semoga Allah kurniakan akak jodoh yg terbaik Aamiin Aamiin Aamiin.. jgn sedih2 tau
itula kau dulu muda jual mahal ni da kertu xlaku dah.
Yakinnya. Zaman muda saya dihabiskan dengan membantu lelaki yang kononnya mahu berusaha kuat untuk saya.
Saya sanggup bersusah payah demi bantu dia majukan diri. Selepas merasa senang, saya ditinggal tanpa sesen pun pulangan.
Lelaki tersebut telah menerima balasan, perkahwinan tidak bahagia. Berpuluh ribu habis semasa zaman muda membantu lelaki tersebut majukan diri.
Jual mahal? Saya dilahirkan dalam keluarga yang susah dan sedari kecil hanya tahu berusaha belajar untuk menjadi orang terpelajar dan berjaya.
Hanya selepas mencecah usia dewasa baru mula berkenalan dengan lelaki namun akhirnya, dikhianati begitu sahaja.
Apabila meningkat usia, lelaki yang muncul hanya memandang kesenangan yang datang bersama.
Sekiranya anda mahu mengutuk saya supaya terus tidak berjodoh saya terima. Tetapi tuduhan anda tidak benar.
Saya tidak keterlaluan terdesak mencari jodoh hingga sanggup mengorbankan apa-apa sahaja.
Saya juga tidak sanggup membiarkan ahli keluarga melihat saya terseksa sekiranya saya berkhawin hanya semata-mata mengikut keinginan diri.
Ye, naluri dan keiginan ada. Tetapi, bukan untuk mendapatkan status isteri semata-mata.
Saya pun tidaklah terhegeh-hegeh mahukan suami hingga sanggup terima sesiapa sahaja. Lumrah manusia inginkan kebahagiaan.
Bukan bermakna saya sendirian saya tidak mampu bahagia. Keinginan saya hanyalah naluri yang ada pada semua manusia.
Suku Abad ka nenek ka.
Ramai ja JANDA 60 an nikah baru.
Umur bukan ukuran.
Doa dan usaha cari jodoh di tempat yang berkah, rajin pergi masjid, buat kerja amal.
Cari jodoh di tempat yang berkualiti. Hobi manusia berkualiti.
Nenek aku umur 70 pon kahwin baru.
Tiada istilah tak laku jika anda manusia yang beriman dan menjaga diri.
Lambat cepat bukan penenti bahagia, bukan penenti syurga neraka.
Trust the process the journey.
Usaha tangga kejayaan. Orang mahal Allah sayang.
Jodoh pasti bertemu. Cek Ta pon beza puluhan tahun dengan suami muda.
Kamu boleh waniter!
Setuju. Perkara jodoh, rezeki, maut ni semua Allah dah tentukan.
Kita kena yakin pada Allah. Dunia memang tempat ujian. Ada yang mudah dapat jodoh tapi diuji pasangan curang, mak mertua, suami komodo, tak ada kerja. Ada yang susah betul jodoh dia, tapi kerja bagus dan boleh jaga orang tua.
Ada tu, diuji susah jodoh, hidup miskin, kurang upaya tapi tawakal dan usaha dia hanyalah bersandarkan pada Allah. Dia yakin dan percaya Allah Pemberi Rezeki dan dia sentiasa bersyukur.
Buat Yuyu, mulut tu amanah Allah. Jaga kata-kata dan adab. Ya, tak ada sapa kenal awak di sini tapi beradab lah kerana apa yang kita fikir, tulis, cakap dan buat, semua itu akan dihisab oleh Allah.
Untuk Cik Z. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Teruskan doa, usaha, tawakal. Moga segala kesabaran dan kepenatan cik akan Allah balas dengan kebaikan di dunia wal akhirah. Allahummaamiin