Tahun baru ni tiba-tiba nak buka nota dalam phone. Cuba belek-belek apa yang aku tulis 5-7 tahun kebelakang. Ada satu nota check list.
Aku tulis aku nak jadi apa dan nak apa dalam checklist tu. Separuh dari checklist tu dah capai sebenarnya. Walaupun masa tulis nota tu tak tercapai akal pun macam mana boleh dapat.
Antara checklist kalau boleh aku kongsi dengan pembaca adalah: nak jadi lecturer, nak ada kereta, nak beli rumah, nak buat umrah @ haji, nak bawak mak (aku lupa ni pasal apa tapi mungkin aku nak sponsor mak pergi haji kot), dan travel.
Terkejut sikit kawin takde dalam list. Tapi sebab kawin lah, aku dah capai separuh daripada list list tersebut.
5-7 tahun selepas checklist di tulis, aku dah pun berumahtangga dan anak sorang. Bekerja sebagai tenaga pengajar, kereta loan macam biasa, rumah nama sendiri dan masih berhutang, alhamdulillah umrah bersama keluarga kecil tahun lepas.
Bukan lah satu achievement ada banyak hutang ni, tapi bagi aku progress hidup. Insyaallah misi tahun baru nak bebas hutang pula. Dan nak hidup aman aman je.
Juga masih bercita-cita untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, dan ada side income sikit sikit lepas minum tealive ok la tu. Bukan tak menghargai kerja sekarang, tapi cita-cita mungkin 5 tahun lagi.
Aku tak pernah berniat untuk kerja sampai pencen. Jadi fikir-fikir, mungkin 5 tahun lagi berhenti,
Pagi-pagi buat breakfast sambil mulut bising-bising kejut anak-anak pergi sekolah, bekalkan suami, kemas rumah, lipat baju, siram pokok bunga. Beri peluang orang muda pula mengajar.
Suami ku sekarang bekerja dan berpendapatan tidak tetap. Tapi aku yakin. 5 tahun lagi mesti Allah dah stabilkan beliau. Aku yakin. Kerja keras suamikuuu, ada isteri yang cita-cita nya suri rumah, haha.
Buat kalian, mahu apa? Tulis. Moga-moga kita baca hari hari harapan kita, menjadi satu doa. Jangan ragu, perlu yakin. Allah itu dengar.
– Nak tenang je (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit