Jangan Marah Anak Sampai Mencarut Dan Maki Hamun

Aku Dahlia. Anak kedua dari 8 beradik. Dah berumur 30 lebih, berkahwin dan ada anak yang hensem dan cantik. 

Waktu kecil, aku dan adik beradik yang lain sering dimarah dan diherdik oleh ibu sendiri. Ibu suri rumah, bertudung labuh, menjaga pakai makan minum kami, urus kami ke sekolah. Ayah bekerja office hour. Adik beradik ayah pandai2 dan kerja bagus2 semuanya..

Tapi adik beradik ibu, ade kerja jugak tapi tak sehebat kerja adik beradik ayah. Ayah lembut tapi tegas. Marah yang berisi dan tak melalut. Semua adik beradik hormat dan takut pada ayah. 

Tapi ibu, seringkali mencarut dan memaki hamun kami bila datang mood tak baik dia. Ibu memang selalu marah2, sampai kitorang nak bergurau pon jadi takut2 dengan ibu.

Segala perkataan yang tak elok keluar dari mulut ibu. Bod** laa, bang**g laa, bab*, puk**ak, anak tak boleh harap, pemalas ya rabbi, tak guna sesen pon, dan banyak lagi perkataan yang tak baik selalu dilemparkan pada kami. 

Dulu memang tak pernah terlintas langsung nak mengadu dekat ayah yang ibu marah kami macamtu. Bila ayah balik kerja, lagak ibu macam biasa sahaja, tutur kata dijaga depan ayah. Rasanya ayah tak tahu yang ibu keluarkan perkataan tak baik pada kami ketika marah.

Ada suatu hari, aku memang dah tak tahan sangat, aku tulis surat kepada ayah, aku mengadu yang ibu selalu marah kitorang dengan cakap perkataan2 yang mencarut.

Aku intai dari bilik, aku nampak ayah baca surat tu dan simpan dalam poket. Mungkin lepastu ayah ade tegur atau marah ibu, itu aku tak pasti. 

Korang percaya kata2 seorang ibu itu adalah doa? Effect nya adalah, adik beradik aku takde seorang pon yang pandai, ada yang memang betul2 susah nak terima pelajaran, dan ada yang pertengahan, dan ada yang pandai tapi tak boleh berjaya.

Aku kategori pandai pada awalnya, tapi lama2 aku jadi sangat malas belajar dan automatik jadi tak pandai. Aku memang jadi betul2 pemalas. Kesian ayah, ayah sangat2 pandai belajar, terror math, add math, akaun.. Tapi anak dia sorang pon takde yang mewarisi kepandaian dia.

Kitorang 8 beradik tak ade sorang pon yang jenis rajin ringan tulang, kitorang semuanya buat kerja rumah berkira kena ikut turn.. Dan kitorang semuanya tak solat. Senang cakap, susah solat, memang kitorang malas nak solat dan solat bila disuruh sahaja.

Sedangkan ayah dan ibu aku solat tak tinggal, ibu pulak bertudung labuh menutup aurat. Tapi hakikatnya dalam rumah, kitorang adik beradik sahaja yang tahu. 

Dan lagi satu yang aku perasan bila dah tua ni, kitorang adik beradik amat2 jarang peluk dan cium ibu ayah. Tak pernah cakap sayang ibu ayah depan2, dalam wasap pon tak pernah cakap I love you. Semua tu aku rasa kekok nak buat.

Sebab dari kecik memang kitorang tak dibiasakan dengan cakap I love you. Tak biasa cakap I love you, terima kasih, dan minta maaf.. Seingat aku memang takde ibu ayah ucap sayang pada kitorang adik beradik depan2.

Aku kalau dari kampung nak balik kl, salam2 ibu ayah je takde peluk2 cakap sayang ibu ayah. Lepas salam, terus masuk kereta dan suruh anak2 bye2 atok nenek dorang. Even sampai sekarang pon, adik beradik aku semua susah nak cakap sayang dekat ibu ayah. 

Itu kesan2 yang aku perasan bila dah tua ni. Even dah besar pon, adik2 aku yang lain ade jugak bercakap kasar dengan ibu aku. Kadang2 jadi tertinggi suara, dan ayat macam kurang ajar bila cakap dengan orang tua.

Tak tahulah korang, adakah ini kesannya bila dari kecik otak kitorang dah kena serap perkara2 macamtu dari ibu sendiri. 

Aku jadi cemburu dengan family suami aku. Dorang bercakap lemah lembut dan sopan je. Takde pon yang tinggi suara bila bercakap sesama dorang.

Suami aku lagi la, bercakap dengan mak ayah dia tu sangatlah sopan santun. Sangat berbeza ye nada bercakap family aku dengan fmily mertua. 

Sebab tu, bila aku dah ada anak ni, aku cuba sedaya upaya taknak keluarkan kata2 yang kesat, mencarut dengan perkataan2 yang tak elok. Dan sekarang aku dalam usaha nak tegur anak2 dengan nada yang lembut tetapi tegas. Tak nak menjerit2 lagi.

Dan hari2 jugak aku akan peluk cium anak aku, ucap sayang hari2, selalu cakap terima kasih, dan cepat2 minta maaf bila ada buat salah. Aku takut nanti anak2 dah besar, kesannya terjadi macam apa yang berlaku pada diri aku sekarang. 

Jadi mak2 ibu2 di luar sana. Nak marah anak jangan sampai memaki hamun dan mencarut. Tolong lah.

Aku sampai sekarang, rasa macam nak luah je dekat ibu, kenapa dulu ibu selalu marah kitorang dengan cakap perkataan yang tak baik? Kenapa ibu marah kitorang dengan mencarut dan memaki hamun sangat2?

Aku tak dendam, cuma rasa nak meluah.. 

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Jangan mengumpat perihal ibu bapa.bersyukur lah dorg dah bela kau dari kecil.ape bangang sangat sampai malas solat pun kau salahkan ibu bapa. Mcm ni ke perangai generasi sekarang.salah sendiri jangan asik nak tuding jari kat orang lain. Sangat kurang ajar tak berjaya dalam hidup, malas solat pun salahkan mak bapak.kau takda otak agaknya…banyakkan muhasabah diri, perangai dari kecil degil menyusahkan mak bapak dan besar mak bapak di salahkan nya.hormat ibu bapa walau siapa pun mereka.mereka bagu kau makan bela bukan dera korang pun. Jangan besok anak kau pun mengumpat kau, tak hargai pengorbanan sebagai ibu bapa baru kau tau rasa.

    • Nak suruh orang jadi baik, nasihat diri sendiri dulu, cakap dengan baik, nasihat dengan ikhlas hati

      Benda ni tak negatif pun, sebab kita memang tak kenal dia siapa, ibu bapa dia siapa. Ambil yang elok, terap dalam kehidupan sendiri

      Ada ustaz pernah sebut. Selalu dengar anak derhaka kepada ibu bapa… Tapi, pernah ke dengar ibu bapa derhaka kepada anak? Ada tu.. Jangan pandai bambu orang lain, tapi diri tu kosong…

      Bersangka baiklah. Mungkin dia nak ibu bapa muda kat luar sana jangan ulang benda yang sama macam dia pernah kena ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *