Suami Atas Kertas

Assalamualaikum semua. Tujuan aku menulis di sini sebab aku dah buntu. Aku tak nak mengadu dekat siapa-siapa sebab benda ni macam membuka pekung di dada sendiri lagi pun aib suami aku juga.

Pernah terfikir nak pergi kaunseling tapi tak guna jugak kalau aku seorang saja yang beria. Aku dah macam nak masuk tahap depress jadi aku perlukan medium untuk meluahkan beban di hati ni.

Aku dan suami berkahwin atas dasar suka sama suka. Usia perkahwinan baru nak menginjak 2 tahun anak pon masih bayi. Pekerjaan aku dan suami dari segi gaji sangat lah berbeza. Gaji aku berganda besar dari suami.

Masa awal berkahwin suami setuju untuk bayar barang dapur separuh, rumah separuh. Yang lain komitmen semua aku bayarkan. Aku tak kisah pon asalkan dia mahu tunaikan juga nafkah waima rm1 pon aku dah cukup happy.

Walaupun aku tak pernah dapat nafkah keperluan diri tak apa lah aku pejam mata sebab aku ada duit sendiri. Tapi tu semua bertahan 3-4 bulan saja. Lepas itu semua dia mintak pakai duit aku.

Aku tengah pregnant pon terpaksa kerja walaupun aku alami alahan yang teruk. Ikutkan hati aku nak cuti tanpa gaji sebab aku dah tak larat sangat. Savings aku bole lah nak tanggung komitmen aku saja tapi dia mintak aku terus kerja.

Aku memang banyak makan hati semasa pregnant. Hari hari aku berendam air mata sampai kerap keluar masuk hospital. Doctor sampai suspect aku tekanan tapi aku tak mengaku pon.

Aku cuma mintak nak rehat 1-2 bulan saja dekat suami. Tapi dia memang langsung tidak ada belas ehsan. Duit 1 sen pon kedekut nak keluar untuk aku. Bila aku tanya pasal nafkah dia mesti melenting.

Family dia background orang beragama. Solat dia cukup 5 waktu tapi kenapa bab nafkah dia cukup berat dengan aku?

Sekarang dah ada anak. Kelengkapan anak a to z aku sediakan. Bill hospital tak payah sebut lah memang duit aku sepenuhnya. Padahal masa awal pregnant dia janji nak bagi dekat aku.

Aku memang fikir nak berpisah saja sebab macam tanggung biawak hidup. Dia kerja, duit dia pergi mana aku pon tak tahu. Komitmen dia ptptn saja. Insurance anak pon aku sediakan.

Aku perlukan pendapat macam mana nak cari jalan penyelesaian untuk isu ni. Berbuih dah mulut aku cakap pasal nafkah. Alasan dia gaji kecil.

Aku selalu baca kisah isteri share gaji suami RM1k++ tapi seboleh mungkin suami cuba tunaikan apa yang patut. Bukan besar atau kecil jumlah nya tapi tuntutan agama tu yang menjadi soalnya sekarang.

Aku bukanlah alim sangat tapi sebodoh aku pun aku tahu hukum agama jugak.

Aku kalau boleh tak nak berpisah sebab kesian sangat dekat baby kecil aku ni. Bab jaga anak dia okay tak culas tapi bab duit ni memang teruk semua aku nak kena sedia. Habis tu baik aku saja jadi suami.

Actually banyak lagi tanggungjawab yang lain dia tak tunaikan tapi aku masih boleh tolak ansur tapi bab nafkah ini aku memang tak bole terima.

Orang yang agama lebih tinggi dari aku tapi bila sampai benda yang wajib dekat isteri dia seakan jadi orang buta.

Dia selalu cakap dekat aku takut dosa tinggal solat tapi dia tak tahu ke culas nafkah berdosa jugak?

Bila cakap pasal hukum nafkah dia mesti berdalih.

Patut ke aku ajukan masalah ni pada parents dia? Parents dia baik dengan aku.

Aku buntu sangat. Bantu aku kawan2 semua.

– Penglipur lara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. hmmm dia kawen dgn sis agaknya sbb gaji sis lebih besar kot. so dia dah nampak hidup dia boleh senang takyah nak menanggung sis.

    • Selalunya macam tu laa perangai lelaki yg acah2 solat 5 waktu tapi yg lain hancur. Suami sis mmng bampak sngt nak take advantage. Kalau sis tak nak tinggalkan dia.. doa laa pada Allah suapya dia boleh berubah jadi suami yg paham agama dan tahu tjwb.

      Saya cadangkan sis slowly stop top up duit2 belanja. Cakap jaa tak dak duit. Kalau dia nak tantrum belajarlah utk kuat menahan perasaan dan sentiasa tenang. Kalau mampu fahamkan dia tentang tjwb yg sepatutnya. Lagi satu, dlm keadaan mcm ni batter jgn tambah anak dulu. Tengok hari2 mendatang smooth atau tak. Kalau tak smooth juga mmng suka tak suka kena pulangkan dia pd mak ayahnya.

  2. sewa rumah tu biar dia bayar..bg je duit cash separuh..n barang rumah pon..bg je duit separuh..bia dia handle..

    • I dont think isteri yang patut bagi suami dia “duit separuh” lol. No need to give him money. You boleh bawa diri sendiri go je. Mana duit suami, si isteri pun tak tahu jangan bagi muka sangat dekat lelaki macam ni

    • Salah ni. Tanggungjawab suami sediakan tempat tinggal, makan pakai. Cari video Ustaz Azhar Idrus pasal nafkah. Mana boleh bayar separuh separuh. Lihat taklik di belakang sijil nikah. Buat senarai perbelanjaan bulanan sebulan yg telah penglipur lara byr sbg bukti ke pejabat agama. Suami yg tak beri nafkah boleh minta fasakh kalau penglipur lara dah fikir masak2 utk bercerai. Video tu hantar pd suami utk dia tonton @ tonton saje di tv. Buka voluem kuat2 supaya suami dengar

    • Dah kenapa nak separuh-separuh. Dah la anak nak lahir pun x sediakan duit. Buat anak berdua kan? Kenapa isteri kena tanggung semua? Bukan ke dalam Islam dah tetapkan nafkah tu atas kepala lelaki. Gaji kecik? Lol, sampai bila-bila la tak berkat gaji tu kalau x bagi nafkah kepada bini dan anak. Lain kali kalau dia tak mampu tanggung nafkah, jangan kahwin tapi puasa.

  3. susah sgt , ambil sendiri la gaji dia dlm bank..tinggal balance utk dia teruskan sisa hidup dia sampai akhir bulan..baru dia beringat..

  4. Maaf sis.. bukan nak patahkan semangat sis. Tapi ni sebijik keadaan saya dulu. Kita perempuan, tak pernah berkira nak kongsi. Separuh2 semuanya, dari sewa-kereta-bil-insurans anak-groceries. Tapi kerja rumah-jaga anak boleh pulak 80%-20%.. 80% tu saya lah.. dengan alasan dia laki (cari rezeki, ketua keluarga). fikir balik, bodohnya dulu. sekarang dah cerai, 100% duit dekat saya. nafkah memang kelaut. bila tanya, boleh jawab “mampu bayar banyak ni je”. agaknya anak makan pasir kot. takpe la, itu antara dia dengan Allah. solat memang perfect tiptop. tapi nafkah boleh discount sana sini. tapi, if sis boleh bertahan, go ahead.. kita doakan dari jauh semoga ada penyelesaian untuk sis..

  5. Masuk gaji, ambikla duit dia siap2, guna yg auto transfer kt maybank tu. X payah nak mintak guna lisan. Jangan pendam dan berendam air mata lama2. Kalau x jalan gak, mintak fasakh je la, auto dia malu. Kan org beragama.

  6. cerai je la. dah semua hang yang tanggung. kalau dia berubah, takpa la. bagi masa 2 -6 bulan dulu

  7. Saya pernah terbaca post peguam syarie, boleh file tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah. Rujuk peguam

  8. Salam puan.
    Boleh beritahu pada parent suami untuk nasihatkan suami. Cakap jujur yang puan tak mahu tanggung suami sbb Allah sendiri tetapkan hukum bahawa nafkah itu wajib ditanggung suami. Dalam Islam tak da 50-50. Ni budaya barat ni. Ala-ala housemate nak tong-tong. Sebab itu keberkatan rezeki dalam rumah tangga hilang.

    Oh ya, beritahu pada ibu bapa suami tak dikira aib ya. Puan bukannya burukkan suami. Puan nak tuntut hak puan. Jika suami gagal laksanakan, pi jumpa ayah dia. Minta nasihatkan anak dia. Jangan duk saja, menangis dan meratib nasib.

    Jika tak jalan, puan berhak buat aduan di pejabat agama. Suami masih berdegil dan tak berbelas ehsan pada puan? Sila tuntut fasakh.

    Simpan semua bukti dan resit2. Kumpul duit hire peguam. Jangan tunggu smpai anak dah ramai baru nak bertindak. Sayangi diri sendiri dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *