Assalamualaikum, Terima kasih admin kalau cerita ini disiarkan. Tujuan utama aku menulis ni sebab aku rasa aku dah sampai limit kot dengan bos aku ni. Tapi itula, bila bos ni, apa-apa pun kita kene hormat kan. Sebab apa-apa pun keputusan atas dia dan kita di bawah tanggungjawab dia.
Aku perkenalkan serba sedikit pasal aku. Aku adalah penjawat awam berpangkat 9 (sekarang SSPA yang terbaru dah takde 41, di tukar kepada 9). Tempat kerja aku yang sekarang ini adalah tempat pertama aku dihantar selepas dapat jawatan ini.
Dan sekarang tahun ini dah masuk tahun 2025, 7 tahun aku di tempat yang sama. Kebiasannya kalau gred aku ni, sentiasa berpindah randah tapi aku masih lagi rezeki di sini. Alhamdulillah.
Berbalik kepada cerita asal, bos aku jadi bos kat sini sudah 2 tahun, naik pangkat di tempat yang sama. Bila naik pangkat dan jadi bos ditempat yang sama, sebenarnya lagi banyak keburukan dari kebaikan. Aku boleh bandingkan pengurusan dan pentadbiran bos aku masa aku mula-mula masuk kerja di sini dengan bos aku yang sekarang ini.
Bos aku yang lama sangat ambil berat pasal kakitangan dia. Walaupun bos aku yang lama ni muda, tapi common sense dia tu tinggi. Dan dia tak malu dan segan untuk bertanya sekiranya ada apa-apa isu atau masalah berkenaan dengan pentadbiran atau pejabat yang memerlukan keputusan dari bos sendiri.
Bos lama sangat pemurah, selalu belanja kami semua sekiranya ada apa-apa event besar yang staf-staf ofis buat. Jadi kami semua semangat nak buat kerja bila dapat penghargaan macam tu. Walaupun ada la sedikit kekurangan dari bos lama sebab bos lama pun baru jadi bos jugak di tempat kami, tapi cara dia tu berbeza dengan bos sekarang ini.
Bos sekarang ini tak kisah sangat pasal ofis. Semua benda staff lain yang kene ingatkan atau kene fikir solusi macam mana. Bos sekarang ni pun tak ambil cakna sangat pasal apa-apa yang berlaku di ofis selagi ofis tu baik, takde apa-apa masalah bagi dia tak perlu nak ambil berat atau tambah baik.
Ada sekali tu, Timbalan Ketua Pengarah, iaitu orang kedua terpenting dalam jabatan nak datang ke ofis sebab masa tu ofis teruk kene audit. Jagi TKP ni pun nak datang la ofis nak tengok kenapa dapat keputusan yang teruk masa audit sebab sebelum-sebelum ini ok je cawangan aku ni.
Masa tu aku dan sorang lagi staff, iaitu kak nora (bahagian pentadbiran) yang tolong uruskan semua benda pasal kedatangan TKP ini. Masa tu aku dah 4 tahun keje.
Bayangkan aku dengan takde pengalaman orang-orang besar ni nak datang ke cawangan dan terpaksa uruskan dengan takde apa-apa arahan dari bos. Kebetulan masa tu bos ada kursus sampai ke luar negara. Kami ada group whassap untuk admin dan pegawai sahaja.
Dalam group tu aku ada la tanya bos macam mane kalau TKP tanya berkenaan dengan audit tu sebab aku memang tak tahu sangat pasal audit tu. Bos jawab semua jawapan aduti dah jawab dalam maklumbalas.
Aku rasa jawapan tu sangat-sangat tak membantu sebab ni berkenaan dengan audit dan bos takde kat ofis dan aku yang jadi pegawai terkanan yang kene menggantikan ketua jabatan masa tu.
Jadi bila aku jawab macam tu seolah-olah macam gali lubang sendiri. Sekurang-kurangnya cakap la boleh tengok maklumbalas yang dah dijawab atau apa-apa sahaja.
Bos takde tanya langsung perkembangan atau follow up dengan kami berkenaan dengan persiapan untuk TKP tu datang. Tapi ex-bos pulak yang tolong ambil berat tanya macam mana TKP datang, okay ke tak. Kami risau sebenarnya masa tahu TKP tu nak datang sebab TKP ni seorang yang sangat tegas dan detail orangnya.
Al-maklumlah TKP seorang perempuan, so faham-faham sahaja la kalau perempuan ni kerja macam mana, cerewet dan macam-macam soalan tanya, Dari situ aku dah buat bencmarh aku sendiri yang TKP nak datang pun dia buat dunno je, ape la sangat kalau ada even2 besar lagi kat ofis ni.
Hari TKP datang tu alhamdulillah semua berjalan lancar. Masa nak makan, TKP tanya bos macam mana, aku diam sahaja, pastu ada sorang lagi pegawai jawab bos tak ambil tahu langsung pasal persediaan TKP nak datang ni.
Jawapan TKP tu aku terkejut sebab dia jawab, ‘Saya tahu dia macam mana, dia pernah kerja bawah saya, jenis yang tak ambil tahu sangat pasal benda lain. Ingat dah berubah sejak jadi ketua, tapi sama je’. Masa tu aku rasa lega sangat sebab TKP pun tahu bos aku ni macam mana. Jadi aku tak perlu nak explain lebih2.
Sepanjang di bawah pentadbiran dia, ramai staf yang mohon tukar termasuk bahagian admin sebab tak tahan dengan pengurusan dan pentadbiran dia. Kak nora yang aku cakap tadi tu pun berhenti jugak sebab tak taha dengan sikap sambil lewa bos.
Rupa-rupanya semua benda pasal ofis kak nora yang kene fikir bila melibatkan pentadbiran yang sebelum ini dibuat oleh ex bos, tapi bila bos baru ini, kak nora kene fikir sendiri nak buat macam mana. Lama-lama kak nora dah tak tahan dan mohon untuk bertukar.
Bos pulak jenis kalau sorang tu je yang dia rasa boleh buat kerja, dia akan mintak orang tu sahaja yang buat kerja. Contoh macam kak nora tula, dan beberapa orang staf yang lain, aku pun termasuk jugak.
Padahal kerja-kerja tersebut boleh diagihkan kepada orang lain tapi sebab bos malas nak fikir, jadi dia bagi kat orang yang sama sahaja untuk uruskan kerja tersebut, Yang penting dia nak tengok hasilnya sahaja.
Kebiasaannya bila dapat apa-apa arahan atau kerja, dia cuma forward emel dan mintak uruskan kerja tersebut dan mahu dihantar dalam masa yang diberitahu. Bos takkan bagitahu cara atau bagaimana nak selesaikan benda tersebut. Pandai-pandai la uruskan diri sendiri.
Sekurang-kurangnya bos bagi sedikit input atau cara untuk kami buat pun dah ok. Tapi tak, semua kami kene fikir dan buat keputusan sendiri. Yang penting dia akan hantar hasil sahaja. Lepas tu kalau ada apa-apa masalah, baru la gelabah nak baiki balik ke apa. Masa kami hantar untuk mintak dia semak kerja kami, dia malas nak semak katanya.
Bila kak nora tu berhenti, ada la staf baru dari jabatan lain yang masuk. Staf baru ni disuruh benda yang sama apa yang ka nora buat tanpa ajar dia padahal staf baru ni tak familiar lagi dengan kerja-kerja di jabatan kami. Jadi staf baru ni kene fikir macam mana nak buat.
Aku ada tolong yang mana aku tahu sebab aku kesian, benda yang bos kene fikir tapi dia pass kat orang lain untuk fikir. Pasal kerja bos memang ambil sambil lewa. Semua benda kami kene fikir sendiri.
Kadang aku rasa macam aku yang bos sebab apa-apa staff akan tanya aku memandangkan aku yang jadi pegawai terkanan di sini. Kadang bila tanya bos, jawapan dia tu tak menjawab kepada persoalan dan akhirnya kita yang kene buat sendiri.
Pastu bos aku ni apa-apa pandangan dia payah nak terima. Dah la suruh buat dan fikir sendir, pastu bila kita buat, dia tak nak terima apa yang kita buat. Stress dan penat sangat kami semua. Memang kelaut laa pentadbiran dan pengurusan bos ini. Itu yang membuatkan kami semua macam dah makin hilang hormat kat bos.
Dengan sikap tak ambil cakna pasal kerja, apatah lagi pasal staff-staff. Sampaikan ada pelajat industri yang buat praktikal kat ofis kami pun dia tak tahu. Bila sebut nama pelajar praktikal, bos tanya balik sape ni. Aku rasa macam bos ni hidup dalam dunia dia sendiri sahaja.
Kebajikan staff tu memang kurang jaga la. Yelah, kerja pun dah gagal aku rasa, kebajikan staff apatahlagi. Kalau ada staff yang masuk wad ke apa, dia takde nak ambil berat atau nak pergi melawat ke. Sekurang-kurangnya bertanya khabar melalui telefon pun dah ok. Tapi ni tak.
Ada sekali tu aku masuk wad, mata tak nampak, aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba jadi macam tu. Jadi aku kene masuk dalam wad sebab doktor nak cek punca masalah mata aku. Aku ada whatsapp bos yang aku masuk wad, masa tu mata dah tak nampak sangat nak menaip.
Aku pun cakap la yang aku ada kes yang kene selesai sebab dah sampai tarikh kene siapkan kes tersebut. Bos boleh tak cakap apa-apa, senyap sahaja. Sekurang-kurangnya cakap la, takpe, nanti saya tolong tengokkan kes awak. Tapi tak, bos senyap je. Aku tahu maksud dia aku kene cari jugak orang untuk gantikan aku buat kerja aku tu.
Lepas aku cakap kat bos yang ada orang dah tolong selesaikan kes aku tu baru bos reply whatsapp aku cakap ok. Bayangkan cakap ok sahaja. Aku rasa mcam sedih a sebab aku kerja kuat, buat kerja dia sampai effect mata, boleh dia cakap macam tu je.
Pastu masa hari aku discharge, bos whassap dalam group ofis aku kene jadi PIC untuk satu program. Aku rasa macam tak tahu nak respon macam mana sebab aku baru keluar wad, dan dapat mc, tapi diberi tugas baru yang mana sebenarnya tugas tu boleh je bagi kat orang lain yang sihat walafiat lagi kat ofis tu.
Sebenarnya masa aku kene sakit tu, aku struggle nak siapkan kerja yang daripada Ibu Pejabat, kerja yang banyak yang kene siapkan dalam masa 6 bulan. Kami ada buat task force untuk siapkan kerja ni. Maybe sebab tiap-tiap malam dok menghadap laptop siapkan kerja sampai memberi kesan kat mata aku ni.
Aku pun respon dalam group whassap cakap aku baru je keluar wad, bagi masa untuk rehat kejap, nanti aku akan buat kerja tu bila dah masuk ofis.
Bos takde tanya pun aku ok ke tak atau macam mana perkembangan aku. Yang dia tahu dia nak kerja dia settle. Kalau tak dia yang penat nak jawab dengan orang atasan.
Banyak lagi yang benda aku nak tulis tapi sebab dah panjang sangat, aku berhenti kat sini je dulu. Apa-apa pun, bila kita jadi bos, tolong la jangan jadi bos yang pentingkan diri sendiri dan tolong la belajar jugak. Jangan malu untuk bertanya kat orang lain walaupun kita tu dah jadi bos.
Ofis kitaorang ni bertahan sebab semua staff sama-sama bagi kerjasama. Kalau sama-sama selfish macam bos, memang tutup terus la rasanya ofis tu.
Itu sahaja luahan dari aku. Maaf kalau terabur sikit sebab menaip dalam keadaan tak stabil menahan emosi.
– Cik Penat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit