Salam semua. Selamat Tahun Baru!
Aku perlukan tips dari orang orang yang hebat kat sini. Aku (32F), anak dua, bekerja dalam sektor swasta, gaji biasa-biasa saja dekat RM4k sebulan. Suami lebih kurang aku jugak lah tapi lebih sikit. Kitorang dah kawin masuk 10 tahun.
Kami ada rumah sendiri sebuah apartment kecik alhamdulillah, sebijik kereta Myvi, sebijik motor. Cukup buat jalan mana-mana. Hari-hari makan pun cukup, selalu masak di rumah, selalu jugak order kalau tak larat nak masak or nak cepat. Serba cukup saja semuanya. Alhamdulillah.
Tak ada isu keluarga ataupun kesihatan. Hubungan dengan keluarga baik-baik saja untuk dua-dua belah pihak. Tapi masalah aku sekarang ialah dalam segi kewangan.
Kami punya cash saving each sangatlah ciput (<5k). Mainly because aku quit kerja selama setahun dulu, and husband aku tampung aku and anak sepenuhnya.
Then aku kerja balik tapi gaji sikit dari first job sebab start over. Lepas tu aku depressed pulak dah, aku quit lagi dalam 3 bulan husband cover banyak benda.
Aku punya savings bayar kereta aku, hutang credit card, bayar yuran anak2, and lebih buat support husband sikit. So saving aku pun depleted. Huhu.
Duit bulan2 sekarang habis bayar komitmen saja. Lambat sangat nak kembang savings ni. Husband sekarang tengah cuba cari extra income nak bagi keluarga lebih selesa. Jadi aku pun inspired sama. Tapi tak ke mana effort kami.
Aku ada hutang kereta (insyaAllah settle lagi 2 tahun lebih), dan hutang credit card. Ini musuh aku, hutang aku dalam kurang 4k jugak. Sebab aku quit kejap 3 bulan tu, aku guna sikit-sikit.
Aku cakap taknak guna dah sebab nak clearkan hutang ni balik since aku dah kerja semula. Tapi aku selalu guna bila hujung bulan kalau husband aku tak cukup nak support beli groceries.
Kami ada joint account yang guna untuk groceries/ makan makan/ family stuff. So aku akan beli sendiri guna card(debit/credit) aku kalau terpaksa sebab aku taknak husband aku korek savings dia. Aku keluar beli barang guna cc sebab taknak kacau joint account tu.
Tapi sebenarnya dia taktau pun aku ada hutang credit card ni. Aku tau tak patut bayar minimum amount tapi every month aku bayar lebih sikit je. But then aku akan ulang benda yang sama. So balance tu tak ke mana.
Aku baru check ccris, semua ok 0 je semua payment, takde blacklist, clean. Tapi ctos aku borderline sebab aku punya credit card dekat limit.
Card ni jadi tinggi sebab aku pernah guna bayar insurance kereta masa aku jobless tu and book homestay seminggu utk mak ayah aku masa diorang nak pergi umrah tahun sebelum ni (flight diorang kena delay lama) huhu.
Tak nak mintak kat husband punya pasal sebab dia dah support banyak, kan..? Huhu
So apa tips untuk aku baiki kewangan aku. Sebab by end of the month, aku cuma ada dalam RM500 je. Kalau nak saving pun simpan seratus lebih then terguna jugak sebab emergency lain.
Aku tak nak cakap part husband sebab aku tau dia pun ada hutang dia tersendiri sebabkan dia banyak support aku dulu. And dia tengah slowly kembangkan savings dia. So aku tak nak kacau duit dia yang tu.
Sekarang walaupun dia tak bagi duit poket kat aku bulan2, aku anggap nafkah bab lain semua dia bagi. Dia tetap belanja aku makan2, beli aiskrim/bunga randomly kat aku, beli benda kalau aku minta, dia beli hadiah dari Shoppee. Nafkah la tu kan? Ke aku salah faham istilah nafkah?
Tapi bab kegunaan keluarga apa apa guna dekat joint account je. Alhamdulillah kitorang tak pernah pinjam duit kat orang lagi setakat ni.
Sebelum ni aku cakap kalau aku mati kan senang, nanti dia boleh dapat hibah aku so boleh settle hutang2 aku and dia. Dia cakap aku gila and merapu. Macam mana dia nak hidup tanpa aku (katanya laaaa…ceh tah tah kawin baru terus) masa cakap ni aku depressed… Huhu.
Sekarang ni aku dah ada kesedaran sikit. Tolong bagi cadangan sikit, and if ada suggestion kerja extra yang boleh boost income. Tak nak jadi apa apa macam agent insurance, coway, cuckoo, cekelat. Cadangan yang lain. Sebab aku tak reti menjual kat orang.
Aku dah try affiliate tak banyak pun dapat. Ada la sikit boleh beli cekelat. Aku nak ganti duit husband aku tu sebab dia takde-takde duit pun masuk jugak kat savings anak2 (sspn, ASB, Public Gold). Huhu.
Moga tahun baru ni, rezeki kami (dan yang baca confession ni) diperluaskan lagi. Sebab aku nak sangat belanja mak ayah aku, husband aku makan Tomahawk. Tiber.
Terima kasih semua.
– Kopi O (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bagus dah kesedaran dah ada. Cuma benda mcm ni kena telus .hidup kita kahwen tapi berahsia.. Ada org kad debit psword sampai mati laki tak tahu.. bila emegency memang haru biru..
Mulakan dgn apa ada di tgn.. duduk apartment lagi mudah..
1, Mula iklan makanan yg mudah jual.. Sandwich GEDABAK…spageti cabonara. Buat waktu weekend sebab wekeend org mals masak.
2, Buat tabung warna. (baca post buku dr azizul dan lain lain)
3. Cari kerja yg berbaloi dengan pengalaman.. lompat melalui referal dan try lompat sbeelum berhenti..bukan berhenti baru cari kerja..stress mcm nak mati pon jgn berhenti selagi belum dpt kerja baru..
4. Cari bisnes makan atas angin.. Cth jual pakej percutian .umrah..servis kereta. org lain buat kita..makan kommisen.. jual cookies.. . OK…tu je la..
igt target kewangan dan komunikasi perkahwinan ni penting waktu bila nak ckp.. PILLOW TALK and HUG..