Salam semua. Saya tak pandai nak susun ayat atau karang panjang2 sangat tapi harap pembaca faham.
Saya baru bercerai dalam fasa singkat. Saya tak nak cerita detail kenapa.
Tapi, after lalui fasa paling sakit ni, saya trauma dengan agama disebabkan bekas pasangan saya orang yang kuat agama. Selalu join majlis agama terutama maulid.
Bagi saya, sepatutnya orang macam mereka ini lah yang lagi diberi kefahaman, lagi banyak bersabar dalam ujian rumah tangga dan pertahankan isteri.
Saya murung, dan trauma dan ini melibatkan iman saya. (Saya bukan solehah tapi tak buat maksiat, tutup aurat dan solat 5 waktu)
Sekarang saya jadi berat nak lakukan amalan2 sunat yang sering saya lakukan dulu.
Solat pun jadi malas. Seolah saya dihukum dan ditinggalkan kerana tak cukup solehah dan tak ikut cara dia. Seolah Tuhan tak sayang saya.
Tuhan selamatkan dia sebab dia alim. Saya langsung tak diberi peluang untuk baiki keadaan, berkomunikasi atau selamatkan rumahtangga saya.
Saya jadi tak suka dengan orang agama, tak suka dengar nasyid2 atau ceramah, tak suka tengok golongan mereka. Teruk kan.
Saya rindu diri saya yang suka tahajjud, suka mengaji dulu. Tapi trauma ni buat saya jauhi semua tu sekarang.
Buntu macam mana nak bantu pujuk diri sendiri. Apa yang perlu saya lakukan?
– Wanita Malang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
lakukan la kerana Allah…bukan kerana makhluk…kadang ujian tu datang utk uji keimanan kita..kadang..kita tgk orang tak solat…tp tu sebnarnya ujian utk kita..sama ada nk menegur..nak judge..atau sebaliknya…so..cari hikmah…jgn buat seuatu kerana makluk..
sdrku. Allah sayangkan u. itu ja i nak ckp. bercerai itu bulan pilihan. ia dah ditetapkan. mungkin Allah nak kurniakan yg lebih baik utk u. terus bangun dear. ramai lagi insan2 baik diluar sana. jangan sekali2 judge orang2 agama tak baik. ramai jer yg baik. cuma nasib u kurang baik. semua tu ada hikmahnya. Allah nak uji u. Dia mungkin nak u lebih kuat, lebih berkualiti ilmu n amal. bangun dik. bangun. teruskan rutin mu. solat tahajud, zikir,selawat, istighfar etc. Allah Maha Baik. Dua Maha Pengasih. Maha penyayang !
saya rasa saya kenal awak.. awak yg berpurdah lepas kenal ex husb tu kan? berubah kerana allah bukan kerana manusia..