Aku ni introvert. Ni je satu-satu ruang untuk aku luahkan apa yang terpendam tanpa judgement dari kawan-kawan. Jadi, korang yang membaca jugak dilarang Judge. Haha. Kitonyo manjo. Cepat koyak.
Mungkin confession yang aku tulis ni akan kurang engagement sebab topiknya kurang menarik. It’s related to career journey. Kalau rasa dah start bosan, korang skip je, aku tak nak bazirkan masa korang.
Tapi, bagi sesiapa yang ada experience yang hampir sama dengan aku, aku berbesar hati sangat untuk korang bagi aku suggestions yang bernas untuk aku keluar dari masalah yang berulang-ulang ni.
Ok, I am reaching to 30’s. But still don’t have stable career, or any income stable. Don’t have a car or house. Don’t have any asset. Simpanan asyik bocor. Don’t have any relationship with special one. I perempuan. I know there is a lot people out there just like me. Masih terumbang ambing life and future.
Sekarang ni fasa yang mana aku being alive pun adalah satu benda yang aku perlu bersyukur. Masih sihat. Masih ada rumah family untuk aku berteduh. Masih ada kawan-kawan yang baik.
Ada masa lapang yang banyak untuk aku beraktiviti. Masih ada akal fikiran yang waras pun dah cukup untuk aku syukuri. Alhamdulillah untuk semua nikmat yang Tuhan pinjamkan.
Cuma ada satu perkara lagi yang dah bertahun-tahun aku keep escape. Job hunting. Since aku grad, macam-macam kerja aku dah try & error. Aku tak memilih kerja, aku sauk je mana-mana kerja yang memenuhi minat dan boleh buat duit.
Tapi sampai satu tahap aku penat sendiri. Aku teringat kata-kata one of my best friends 5 years ago. Dia cakap macam ni, percayalah.. satu hari nanti mesti aku akan menyesal sebab dah bazirkan banyak masa untuk kerja yang tak sepadan dengan qualifications aku.
Sebab dia nampak aku keep lari dari bidang yang aku pernah ambil dulu. Dia siap cakap lagi, rugi duit mak ayah spend banyak hantar belajar sampai uni.
Aku just diam je waktu tu. Sebab aku anggap dia tak ada dalam fasa aku masa tu. Aku tersepit antara dilemma ‘sakit mental’ aku dan keperluan hidup yang mendesak pada masa tu. Lagipun aku sendiri tak yakin dengan kebolehan dan kemampuan aku masa tu.
Sedangkan bidang ‘kerjaya’ tu adalah idaman aku selama ni. Aku kecundang di tahun akhir dengan ‘sakit mental’ yang tiba-tiba menyerang. Aku jadi tak yakin diri dan aku selalu rasa tak mampu untuk memohon bidang tu.
Ada sebab lain jugak yang buatkan aku selalu rasa tak layak nak berkhidmat dalam profession tu. Antaranya background family yang problematic menjadi punca aku keep ‘menyorok’. Aku tak mampu nak senaraikan di sini. Aib untuk aku ceritakan walaupun korang tak kenal siapa aku.
Jadi tahun demi tahun, aku keep lari dan lari sedangkan my inner true seronok dan bahagia bila dapat bagi service provider secara emotional support (secara tak langsung) dalam bidang tu.
Kadang kawan-kawan adu masalah, kadang family, kadang anak murid, kadang org yang baru kenal pun tiba-tiba ‘attach’. Tapi secara jujurnya, aku tak sukakan attachment. Aku akan cuba avoid benda ni bertahun-tahun. My connection makin luas.
Tapi makin lama aku hilang privacy. Group Whatsapp makin bertambah, gangguan demi gangguan notifikasi buat aku rimas. Kadang ada yang tiba tiba lantik aku jadi itu jadi ini dalam group taman. Aku ni dah la introvert, tak sukakan aktiviti keramaian sangat.
Back to the story about career journey, aku dah hunting kerja macam2 bidang, online sales, takaful, seller, beauty therapist, guru agama, guru tadika, f & b, tukang urut, tukang driver, tukang tak berbayar, semualah.. semua aku sapu.
Macam-macam skill aku belajar sbb nak improve diri aku di fasa usia masih muda dan zaman yang penuh cabaran ni. Aku pernah buat 3-4 kerja dalam sehari untuk aku penuhkan aktiviti aku hari-hari. Sebab aku jenis multitasking and tak boleh duduk diam. Suka explore benda baru dan aku dah di fasa penat.
Penat nak buat semua benda. Penat nak terikat dengan orang lain. Penat dah nak ikut telunjuk orang. Penat dah survive hidup dgn gaji basic salary. Basic commission.
Nak mula kerja lain dari bawah pun dah penat. Nak mulakan bisnes sendiri tak ada modal. Lagipun dah pernah buat macam-macam bisnes sebelum ni, tak menjadi, duit habis macam tu.
Nak mula balik serik dah. Nak try minta kerja kerajaan, dia bagi gaji level SPM tapi demand skill level graduate. Yang faham, faham la. Lagi-lagi yang offer jawatan MyStep tu.
Member aku dah nak 3 tahun gaji level SPM, tapi kerja org atasan semua tolak ke dia. Orang atas sedap claim imbuhan itu ini, dia pandang je. Dia penat-penat buat kerja, orang atas dapat nama, naik pangkat.
Kerja dalam bidang agama pulak asyik pakai modal ikhlas. Tak fikir ke struggle life kat bandar ni macamana. Nak gerak keluar rumah pun kena isi minyak. Bukan nak berkira, tapi tulah. Kadang orang yang offer kerja pun tak fikir.
Ada kawan aku yang offer kerja bank, memang masyuk. Berkali-kali dia ajak. Berkali-kali jugak aku fikir. Takkan aku nak libatkan diri aku dengan dosa riba’. Dosa yang ada pun tak tertanggung.
Tapi tulah tengok life improvement dia berkali ganda dari aku. Mampu beli kereta idaman, beli rumah impian, dapat tunai haji di usia muda lagi. Rezeki dia. Aku tak cemburu part lain, aku cemburu dia mampu tunaikan haji tu je.
Dia cakap aku ni memilih kerja sebab duduk dalam comfort zones, sebab aku tak ada keperluan mendesak macam dia. Dia dah ada anak & suami. Aku takde lagi. Sebab tu kot dia cakap macam tu.
Aku diam je even aku terasa hati dengan apa dia cakap. Aku tak deny pun ada dia cakap cuma aku terasa sikit sbb dia tak duduk dalam kasut aku. Tu je:’)
Kalaulah dia tahu aku hampir tiap malam menangis sendiri sbb mcm-mcm benda yang aku hadap aku diam, aku telan sorang, mesti dia tak cakap macam tu.
Aku cuma nak bagi tahu sbg manusia aku tak give up untuk teruskan hidup & kejar impian aku. Even sampai sekarang pun aku masih lagi simpan hasrat untuk sambung belajar dgn bidang yang aku minat, tapi aku tengah struggle dgn kewangan sekarang.
Aku pasang niat nak kerja sambil belajar, tapi majikan lama aku tak approve. So, aku decide untuk resign tanpa ada apa-apa back up plan.
Sekarang ni aku masih lagi tengah hunting job and cuba cari income at least basic 2.5k, sbb komitmen aku tinggi. Aku tak mampu nak rendahkan diri aku lagi buat kerja sepenuh hati dari bawah.
Korang doakan aku dapat kerja yang aku gembira utk give back to society ye. Mana tahu ada doa kalian yang baik2
ni diangkat.
Oh ye aku pernah la try nak daftar jadi volunteer dalam bidang yang aku suka, sebab pernah iv tak lepas. Aku dah pegi tanya kat kaunter, depa teruja bila ada anak muda nak berkhidmat dalam kawasan. Aku pun teruja, tapi bila aku balik rumah, aku jadi rational balik.
Aku masih belum mampu untuk jadi volunteer. Sebab nak jadi volunteer pun perlukan komitmen modal. Bukan hanya masa dan tenaga. Aku terlepas part tu. Dalam masa yang sama, ada komitmen pinjaman yang memerlukan aku bagi perhatian untuk diselesaikan dulu.
Aku tahu kalau aku invest masa, tenaga, ilmu, duit aku dalam bidang ni tak menjadi kan aku kaya, tapi sekurang-kurangnya menjadi kan hidup aku lebih bermakna.
Aku dah jumpa life purpose aku, doakan aku jadi lebih berani dan tidak mudah ‘down’ dengan cabaran orang-orang yang suka memanfaatkan rasa empati orang lain.
Kalau ada mana-mana kalian yang tahu kat mana lubuk kekosongan jawatan yang memerlukan servis mental health provider yang offer gaji yang stabil boleh recommend ye.
Kalau nak suruh mula dari bawah pun tak apa. Tak kisah la dari sektor swasta atau gov. I need career growth & support. Thanks in advance.
Sekian,
– Cik Kentang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit