Hai aku Dina (bukan nama sebenar). Ini kisah aku sewaktu zaman belajar. Yang mana aku jadikan dendam sebagai semangat belajar aku. Korang jangan ingat aku main bomoh ehhhh, alhamdulillah tak pernah lagi terjebak dengan benda syirik tu.
Kisahnya bermula sewaktu aku darjah 6. Faham-fahamlahkan zaman hingusan zaman bermain. Aku mengaku aku malas belajar. Nak dibandingkan adik beradik yang lain, aku adalah seorang anak yang tak nampak masa depan. Ramai orang cuba bandingkan aku dengan abang aku.
Ye dia bijak UPKK 8A, UPSR 4A. Aku sudah tentu sebaliknya, kehidupan sekolah rendah sentiasa diisi dengan bermain. Beberapa bulan sebelum UPSR, mak ayah hantar aku pergi tusyein. Aku pon ok, takde masalah sebab dah dapat “hidayah”.
Sepanjang tusyien, subjek matematik nampaknya ada kemajuan yang ketara berbanding dulu. Buktinya aku berjaya betul 36/40 soalan Matematik semasa Trial UPSR. Yup itu hasil usaha aku belajar bersungguh-sungguh di tusyein. Aku akui aku bukan lemah dalam Matematik, cumanya malas.
Sayangnya ada kawan yang hati busuk, report ke cikgu katanya aku meniru Izzat (bukan nama sebenar). Izzat dan aku satu-satunya students yang dapat markah tinggi dan sama dalam Matematik. Dan ternyata tukang report ialah Izzat dan konco-konconya.
Waallahi aku sedih sangat sebab aku dah berusaha cukup keras, hujung minggu aku padat diisi dengan jadual tusyien. Kawanยฒ perempuan aku pon tahu aku tak meniru.
Sebabnya masa exam berlangsung, meja depan aku kosong. Dan berhadapan meja kosong tu adalah meja Izzat. Jarak pula agak jauh untuk aku meniru walaupon soalan objektif. Jadi mana logiknya aku meniru Izzat.
Kes ni jadi lebih besar bila diorang report pula ke guru kelas. Bayangkan dalam kelas, suasana terlalu tegang sebab semua murid lelaki backup Izzat. “Cikgu, dina tiru izzat” “cikgu agak-agaklah dina dah la tak pandai matematik”.
Aku tak mampu nak protect diri, apatah lagi nak keluarkan suara. Hanya mampu menangis tersedu sehingga mata sembab. Kawan-kawan perempuan semuanya tidak berani nak bersuara. Diorang just peluk aku je. Cikgu aku pula langsung tak backup mana-mana pihak. Hanya memerhati.
Dalam hati aku cukup marah budak laki kelas lagi-lagi guru kelas aku yang hanya biarkan diorang hina aku depan-depan. Hingga balik ok aku nangis, aku nangis bukan sebab aku memang salah, tapi sedih yang teramat.
Siapa sangka kisah tu jadi dendam kesumat. Aku tak mampu nak maafkan Izzat. Tiap kali teringat nama dia, hati aku sangat sakit. Jadi azzam aku nak buktikan markah yang dulu bukan atas dasar meniru.
Masuk SMK, aku belajar sungguh-sungguh *tak main-main dah. Finally SPM aku Matematik A, Prinsip Perakuan A+ dan Matematik Tambahan B+. Alhamdulillah aku bangga dan puas dan aku mula jatuh cinta dengan subjek kira-kita.
Tapi dendam aku belum habis. Masuk je Institusi Pendidikan, aku ambil subjek elektif Matematik. Demi minat dan dendam, aku dah berjaya grad dan selamat berkerja sebagai guru matematik. Dan akhirnya dendam aku terbalas.
Aku syukur aku dah keluar dari penjara yang aku bina. 11 tahun tau kes Izzat tu aku jadikan dendam. Aku syukur aku pandang dendam tu dari sudut positif. Kalau tidak hingga ke hari ini, Dina tak akan mampu banggakan mak ayahnya.
Korang “Budak yang tiada masa depan” juga mampu banggakan mak ayah. Dan budak inilah anak yang pertama peroleh pekerjaan tetap, alhamdulillah.
Jadi korang yang mana pernah dihina dimaki, tolong jangan patah semangat. Minta pada Allah, bukakkan jalan untuk “balas dendam” dengan cara yang terbaik untuk diri kita yang baru. Dan doakan aku untuk dipermudahkan urusan memberi kefahaman kepada “anak-anak kalian”
Pssss: Kes aku dihina pon berhenti sampai hari kejadian je. Walaupon mak aku cikgu sekolah tu, sampai ke harini aku tak pernah bahas.
Soal kemaafan terhadap Izzat, aku serahkan kepada Allah. Jika diandaikan terserempak dengan Izzat, aku akan lari sebab aku tak tahu apa reaction yang perlu diberi.
Soal guru kelas, aku dah lama maafkan dia. Bila dah belajar psikologi, ada baiknya guru kelas aku tak backup mana-mana pihak. Sebabnya dia pon tak tahu sejauhmana kebenaran itu.
Kisah Izzat dan selepasnya banyak plot twist yang mengubah diri aku yang sekarang. Tapi aku malas nak cerita, ni pon dah pukul 1 pagi… huwaaa esok sekolah..
#Ku lepaskan dendam dari Dina (bukan nama sebenar)
– Dina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit