Hai assalamualaikum. Saya A, bukan nama sebenar. Berumur dalam lingkungan 20+ begitu dan saya wanita.
Saya mahu berkongsi cerita tentang makcik dan juga sepupu saya yang saya gelarkan dengan gelaran B (makcik) dan C (sepupu). Banyak saya nak kongsikan tapi ini salah satu darinya.
Disini saya mahu fahamkan yang saya adalah salah seorang anak buah mahupun sepupu yang sangat dipandang rendah mungkin sebab saya berkulit sawo matang, jika dibandingkan dengan yang lain berkulit cerah dan cantik.
Saya juga seorang yang suka melawan kalau ada yang tidak sesuai dihati saya. Maaf kalau terlalu panjang untuk ke point yang ingin saya ceritakan.
Saya masa itu masih bersekolah di tingkatan 2 dan sangat rapat dengan si B dan C walaupun kami berbeza umur. Kerana si B tua 5 tahun dari saya, dan saya tua setahun dari si C.
C adalah satu-satunya sepupu perempuan yang saya paling rapat sebab jarak umur kami tidak jauh bezanya.
Namun apa yang buat saya menjauh dari mereka adalah kerana saya tidak tersengaja membaca sms B dan C. Ketika itu saya dirumah C lepas balik dari kokurikulum.
Pesanan ringkas itu berbunyi begini, “Nanti esok kita pergi ke pasar ya? tapi jangan bagitahu A kita mahu jalan, aku menyampah jalan sama dia”.
C pun menjawab, “ya akupun menyampah sama dia”.
Saya terus meminjam handphone makcik saya dan menghubungi ayah saya yang merupakan adik kepada makcik iaitu mak kepada C.
Saya meminta ayah untuk menjemput saya di rumah makcik konon atas alasan saya takda baju nak bersalin pakaian nanti.
C berpura-pura memujuk saya agar saya tak balik walhal dia sudah tahu yang saya telah terbaca sms mereka berdua itu. Saya sangat kecewa sebab dia adalah satu satunya sepupu yang saya anggap tempat berkongsi suka dan duka saya.
Namun B dah tahu menyampah dengan saya dia sibuk pula nak ikut saya dan mak jalan ke pasar. Tak pulak dia menyampah dengan saya. Mak pun dah hafal dengan perangai keluarga tu dan minta untuk saya tidak terlalu bergaul dengan mereka.
Saya tak pandai bermuka muka manis untuk mengambil hati. Saya lebih rela bergaduh dengan ayah daripada harus menghadap muka family belah ayah.
Ayah tak tahu apa yang anak dia lalui, dicakap cakap oleh sedara dan anak anak buahnya yang cantik putih baik budi pekerti tu (kononnya).
Segala kesalahan B dan C lakukan itu tetap baik di mata keluarga walaupun sanggup lari dari rumah dan ikut lelaki lain. Bukan sekali dua dah berkali kali. Dan semua kesalahan diletakkan dan disalahkan kepada saya yang konon menjadi punca.
B dan C yang lari dari rumah, saya yang kena taiknya. Konon saya bersubahat dengan lelaki sekali dengan B dan C. Sampai pecah pintu rumah ayah tumbuk pecah gelas dilempar kerana kes B dan C. Dan menganggap ianya punca dari saya.
Ikutkan hati, kalau saya sendiri yang terjumpa atau diberikan peluang. Lunyai sudah budak dua ekor tu saya kerjakan.
Hati ni terlalu sakit jika mengingatkan semua yang keluarga mereka lakukan pada keluarga kecil mak.
Sekian terima kasih.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit