Sambungan dari Sihir Keluar Agama 1 & 2: SABILA (mungkin orang yang sama)
Part 1 & 2 dari kisah Rahman Gombak
https://iiumc.com/sihir-
https://iiumc.com/sihir-
Assalamualaikum & hi pembaca semua.
Beberapa tahun lepas, sebenarnya aku pernah confess dekat sini juga topik berkaitan agama cuma aku tak reveals siapa aku dan rata-rata komen netizen semasa itu mengatakan “selalunya orang kuat agama yang alami benda macam tu”.
Aku faham apa yang mereka maksudkan semasa itu berdasarkan pandangan yang aku bawa. Aku pun tak ingat dah tajuk posting aku sebab dah lama sangat berlalu, ada laa mungkin ada dalam 6 tahun lepas.
Pertama sekali aku minta maaf sekiranya penulisan aku tidak cantik dan sukar difahami sebab aku jarang menulis panjang dalam bahasa Melayu. Kedua, aku juga nak minta maaf kepada Rahman Gombak sebab petik tajuk kau & link dari kisah kau. Nanti aku ceritakan sebabnya.
Aku perkenalkan nama aku SABILA (bukan nama sebenar).
Semasa confession Rahman Gombak ni, actually aku ada baca cuma aku ignore dan aku dalam fasa yang sangat bergelora semasa itu.
Kisahnya bermula sejak aku dibangku sekolah rendah. Pada mulanya aku hanya boleh mendengar suara-suara yang aku tidak tahu dari mana.
Kemudian aku mula bercakap seorang diri dengan anak patung panda aku sampaikan mak aku buang anak patung aku tu senyap-senyap.
Aku tantrum agak teruk semasa itu sebab tak jumpa anak patung aku. Kemudian, semakin meningkat usia, aku mula boleh melihat sesuatu diluar kemampuan manusia normal.
Pada mulanya, aku fikir orang lain sama macam aku. Aku boleh melihat perempuan mengandung duduk di atas pokok tinggi sambil menggosok perut yang sarat setiap hari di sekolah aku. Aku mula melihat ular di merata-rata tempat even dalam makanan aku sekalipun.
Mulanya, bila aku ceritakan pada mak, mak & kakak-kakak aku semua cakap aku tipu. Semua ingat aku buat cerita rekaan. Tapi mak aku rasa aku tak normal macam orang lain bila setiap hari semasa aku usia 11 tahun, aku cakap perkara sama iaitu ada kawan ajak main tapi aku tak nampak siapa kawan aku.
Then, mak aku bawak aku pergi berubat kampung dan orang berubat tu (aku namakan paklong) dia cakap memang ada something dekat aku. Paklong ubatkan aku & bagi air untuk minum & mandi selama 3 hari. Alhamdulillah aku mula sembuh dari gangguan itu.
Tidak lama selepas itu, semasa aku darjah 6 (tahun 2009), aku kembali mendengar dan melihat perkara yang sama dan mak aku bawak aku jumpa Paklong sekali lagi dan aku sembuh seperti asal.
Semasa aku tingkatan 2, aku mula mimpi perkara aneh. Aku cuba untuk fikir dengan logik tapi aku semakin hilang pertimbangan. Aku histeria berkali-kali dekat sekolah. Bertahun-tahun keluarga aku bawa aku berubat dan semasa aku 17tahun sebelum SPM, alhamdulillah sekali lagi aku sembuh hingga kini.
Semasa aku tingkatan 2 juga, aku ada bermimpi seorang lelaki berbaju putih macam jubah bersama rantai salib besar tunggu aku dekat bawah tangga asrama sekolah dan memanggil aku Sabila (dalam keadaan senyum) tapi aku jawab dekat dia,
“aku bukan Sabila, kalau nak jumpa Salsabila ada laa, dia kawan saya (sebab aku ingat dia cari kawan aku)” then aku terus terjaga dari tidur tu.
Kemudian, aku mimpi beberapa kali lagi semasa aku sambung pengajian diploma, dalam mimpi tu aku berada ditengah-tengah gereja dengan lelaki sama dan melihat ramai orang dalam tu sambil semua orang membacakan sesuatu tapi aku tak faham. Terus aku terjaga dari tidur.
Untuk pengetahuan semua, sejak aku di bangku sekolah rendah aku kerap mempertikaikan keberadaan Allah & Tuhan yang lain walaupun aku dibesarkan dalam lingkungan orang yang sangat berpegang pada agama dan aku sendiri budak sekolah agama.
Aku mencari-cari jawapan tetapi aku tidak jumpa. Aku semakin keliru. Aku buntu. Aku stress yang teramat dan semasa aku diploma, hampir setiap malam aku ambil ubat tidur sebab stress yang tak terkawal hingga menganggu waktu tidur aku.
Hari-hari aku fikir nak mati dan pernah ada cubaan nak bunuh diri. Semasa aku diploma juga, aku selalu berdebat dengan pensyarah dan pelajar yang ambil jurusan berkaitan agama Islam. Hingga aku turut bersoal-jawab dengan orang kuat dari agama Hindu & Kristian.
Aku kerap mempersoalkan tentang maksud ketuhanan dan keagamaan mereka. Aku mengkaji agama bertahun-tahun.
Pernah suatu hari bila aku banyak mengkaji tentang semua agama, aku mula merasakan semua agama sama & nonsense untuk mengamalkannya. Aku tidak mempercayai kewujudan Tuhan sebab pada aku semasa itu, Tuhan tak membantu aku keluar dari kekeliruan.
Sebab pada aku semasa itu, kalau Islam agama yang betul, kenapa aku tidak pernah bermimpi aku ada dalam masjid atau keyakinan aku terhadap Islam kuat? Mana Allah sebenarnya?
Hingga suatu masa aku terlalu dalam mengkaji agama Kristian & aku decided untuk keluar dari Islam sebab aku merasakan itulah agama paling tepat bagi aku masa ni tahun 2016. Mak & kakak aku dapat tahu & dorang hanya cakap “sebelum buat apa-apa keputusan, fikir masak-masak dahulu”.
Dorang tak marah aku, tapi hanya mahukan aku pilih jalan yang terbaik semasa itu. Then aku decided untuk hidup tanpa pegangan agama sebab aku fikir perkara ni akan menjejaskan masa depan aku nanti dari segi perkahwinan, pembelajaran dan pekerjaan aku nanti.
Perwatakan aku tersangatlah out spoken dan loud. Aku suka berdebat tentang agama dengan semua orang dari zaman aku sekolah menengah hingga aku degree. Masa aku degree, aku berdebat dengan seorang pensyarah dalam program dakwah iaitu isu berkaitan al-Quran.
Lama tempoh yang diambil semasa itu hinggalah suatu hari aku aware semua jawapan aku dah ada hingga tiada sebab untuk aku menolak Allah itu Tuhan aku dan Islam adalah agama yang tepat.
Jadi pada hujung tahun 2019, buat pertama kalinya aku mengucap syahadah didepan pensyarah aku tu.
Cara aku berjuang semasa tempoh mencari keyakinan tentang Tuhan & agama adalah dengan mendalami semua agama untuk aku lebih faham. Aku juga pernah pergi ke psikiatris sebab aku fikir aku dah tak normal.
Aku kerap menangis seorang diri dan mempersoalkan “kenapa hanya aku je yang tak jumpa jalan?”, “kenapa aku tidak sama macam ahli keluarga aku yang lain memandangkan mereka semua sangat religious?” dan banyak lagi persoalan aku semasa itu.
Aku fikirkan, apabila aku dah jumpa pegangan aku hidup akan menjadi lebih indah. Tapi masa 2020, takdir Tuhan menentukan ayah aku meninggal dunia buat selama-lamanya. Aku sangat tertekan dengan fasa grief dan aku addicted alcohol.
Almost every night aku minum berbotol-botol untuk luahkan segala rasa. Aku struggle dengan grief ni bertahun-tahun hingga aku sedar aku dah addict dan sukar untuk lepaskan alcohol.
Then, aku continue master untuk aku belajar cara berhenti dari addiction aku semasa itu. Kini aku dah survive dan sudah tamat pengajian master. Setahun juga aku tak sentuh alcohol.
Kenapa aku namakan SABILA (mungkin orang yang sama)? Sebab ciri-ciri yang Rahman Gombak tuliskan itu hampir sama dengan aku.
Aku juga ada tahi lalat di pergelangan tangan aku, aku juga mimpi perkara yang hampir sama, aku alami kesukaran dalam keyakinan dan beragama, semasa aku sekolah aku memakai tudung labuh dan kerap baca al-Quran even aku juga hafal surah dan ayat-ayat dari kitab agama lain.
Tetapi, sejak aku keluar dari zaman persekolahan, hidup aku hanyalah hidup berpandukan moral sebagai manusia bukan manusia yang beragama.
Semasa Rahman Gombak tuliskan confession ini semasa tahun 2016, boleh dikatakan semasa itu umur aku baru 19tahun dan masa itu hidup aku sangat tidak tenang.
Anyway, aku juga ambil jurusan sama dengan Rahman Gombak sebab aku sendiri nak cuba faham keadaan diri aku semasa itu.
To Rahman Gombak, sekiranya kau baca confession aku ini, I just wanna say mungkin kita ada kisah yang hampir sama tapi aku dah survive dari isu keagamaan dan I proud to be a Muslim even aku masih bukan Muslim yang sempurna. Masih struggle nak pakai tudung and so on. Just don’t worry about me okay?!
– SABILA (mungkin orang yang sama) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit
Bila terlalu byk mengkaji boleh jd gila isim.
Allah tu bukan letak di akal logik sebab logik kita tak mampu nak tembus zat sifat af’al Allah.
Carilah guru tauhid yg benar utk mengenal Allah.
Jgn kena tipu dgn setan yg sentiasa membisik kesesatan.
Bertaubatlah belajar banyak sirah nabi bergaul dgn org2 alim.