Salam semua. Saya dah 5 tahun mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki yang baik. Mempunyai seorang cahaya mata.
Kami masing-masing berjauhan dengan keluarga – keluarga suami di Seremban dan saya di Johor. Suami bekerja, dan saya juga bekerja.
Hidup kami taklah mewah. Kehidupan di bandar ni amatlah memerlukan duit. Dan saya juga ada komitmen persendirian untuk dibayar.
Jujur, saya amat jarang memberi wang saku pada ibu bapa di kampung. Kerana terkadang kami suami isteri juga cukup2 makan saja di akhir bulan.
Saya bayar bil di kampung, saya juga ada selit2 beli barang basah untuk makan bila berkumpul. Kerana itu saja saya mampu.
Berbanding adik beradik lain yang mampu bagi wang saku pada ibu bapa setiap bulan, belanja makan mewah.
Rasa macam disisihkan, bila ibu doa baik2 untuk abang,
Tapi bila harijadi saya hanya dapat ucapan ringkas selamat hari jadi saja, hanya kerana tak mampu nak mewahkan keluarga.
Layanan mereka terhadap suami pun biasa2 saja, tak seperti ipar2 saya yang lain.
Andai mereka tahu kami pun hidup cukup2 makan saja..
– Saloma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit