Korang nak tak dengar kisah cinta monyet aku 8 tahun lepas hehehe. Takpe aku nak cerita jugak hehe alang-alang trend ‘Rahsia Tuhan’ tengah viral sekarang kan.
Aku Tiara. Waktu tu umur aku 15 tahun. Aku budak hingusan lagi masa ni tapi PT3 aku 9A hahaha macam pandai kan (PT3 ni exam untuk pelajar tingkatan 3, pada tahun tu). Jadi akhir tahun tu kitorang satu batch celebrate ke Penang.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, aku ni budak yang introvert. Sangat. Sekolah pulak SAMT (Sekolah Agama Menengah Tinggi), jadi memang lebih terbatas pergaulan lelaki dan Perempuan.
So what to expect ha? Aku memang tak pernah ada boyfriend sepanjang 15 tahun aku hidup tu. Nak crush someone pun aku blur. Aku memang hidup dengan dunia sendiri je plus waktu ni aku muslimah sikit. Mana boleh couple-couple ni harom hahaha.
Fast forward, malam tu, kawan aku cakap la she so excited nak pergi trip tu sebab ni lah masanya nak cari boyfriend. Aku blur je sebab tak berminat. Semua orang semangat nak pergi trip keesokan hari. Tapi aku terus tidur malam tu.
Tapi malam tu boleh pulak aku mimpi. Guess what aku mimpi apa? Aku mimpi ada lelaki minat aku. Lelaki yang aku tak kenal and tak pernah nampak. Mimpi tu kami kat Penang. Macam bayangan semua dialong and aktiviti sepanjang kami kat Penang.
Lelaki tu berkepit je dengan aku, always senyum kalau pandang aku. Nama dia pon aku tak tahu tapi dia mengaku dia jodoh aku. Korang rasa? Hahaha aku tak delulu tau. Bangun je tido memori lost biasa la kan klau mimpi macam ni mana nak ingat.
Sampai lah pagi kami nak bertolak ke Penang, semua pelajar dibahagikan ikut group. Group ni campur laki Perempuan. First time halal gap hahaha. Kitorang satu group 8 orang.
Bila nama aku dipanggil, aku masuk la group ke 2, ada 6 orang dah berbaris dalam group tu. Lepas tu sorang lagi ahli Kumpulan dipanggil. Lelaki ni beratur belakang aku.
Dia cakap ‘’Hi’’. Aku menoleh dan senyum je. But waittt!. Waktu ni aku betul-betul terkejut sebab muka lelaki tu. Muka lelaki tu sebijik macam lelaki yang datang dalam mimpi aku semalam. Tapi siapa dia? Aku tak pernah nampak dia pon sepanjang aku sekolah situ.
Lepas tu kami semua pon bertolak ke Penang. Lelaki ni asyik la senyum kat aku. Dia lalu lalang dalam bas pon akan senyum kat aku. Eh lama-lama rimas jugak lah. ’Lelaki ni pervert ke’. Fikir aku.
Sampai je Penang kami berehat kat homestay sebab esok akan ada aktiviti yang agak memenatkan. Malam tu kami ada BBQ. Waktu makan-makan lelaki ni duduk sebelah aku. Tapi kami tak borak sikit pun.
So aku just fikir dia mungkin just mesra bukan pervert. So aku buat tak endah je. Tapii, dia still akan senyum kalau aku terpandang dia.
Dia ni ada rupa tau, kulit cerah, tinggi ada whiskas dimple lagi so comel la klau dia senyum. Jangan buat aku tergoda ye! Please! (Tapi memang tergoda pon, blushing tahu tak hmm).
Esoknya kitorang buat aktiviti treasure hunt dekat bukit bendera, ade 10 checkpoint, so setiap group akan main games atau activities untuk pergi ke checkpoint seterusnya. Aktiviti dia semua mencabar and perlukan communication each member dalam group.
Ada satu game tu kitorang kene ikat kaki attach to each other sambil jalan ke checkpoint. Gila rasa hahaha asyik la tergolek terperosok. Aku pulak senang terhibur asyik ketawa je.
Mamat ni pulak pairing sebelah aku. Agak malu ye mengekek dekat orang yang baru kita kenal. Tapi aku rasa biasa je. Ok lah aku selesa dengan dia.
The worst part is, aku nak terkucil. Helppp!. Time ni sumpah aku tak tahan, nak cabut lari pegi tandas tapi kaki kene ikat. Nak menangis rasa tahan kencing hahaha. Lepastu mamat ni pun tanya, ‘Kau ok ke, kau nak pegi tandas ehh?’.
Mak aii macam mana dia tahu ek?. Obvious sangat ke aku menhaan kencing ni hahha. Lepastu kitorang berdua escape pergi tandas lari sama-sama. Huwaa sumpahlaa sweet time ni hahah.
Keluar toilet tu kitorang ada borak kejap. “ Nama kau apa? Sorry baru sempat nak tnya’’. Aku bertanya. ‘Iqmal’. Balas dia. Aku pon bagitahu la nama aku even dia tak tanya, kesah pulak aku hahaha. ‘’Tiara, cantik nama tu. Nampak mahal’’. Kata Iqmal. Kitorang pon mengekek.
Borak punya borak, kitorang pon bukak la topik yang kitorang masing-masing tak pernah nampak each other dekat sekolah.
Alkisahnya sebab aku kelas depan dia kelas belakang. So what?. So tukar-tukar la gossip. Borak macam dah kenal 10 tahun. Time ni aku dapat tengok dia dekat-dekat. ‘Hensem macam ni aku boleh tak perasan kewujudan dia dekat sekolah. Mustahil hahah.’.
“Ni kebetulan ke jodoh?” Kata Iqmal.
“Tiber la kau ni, kita ni hingusan lagi tau, kau nak cakap pasal jodoh haha” lucu jugak mamat.
“Ha senyum-senyum tu kenapa, jatuh cinta ek?”
“Ish jangan lah menyakat haha”. Blushing teruk aku tau. Menguji iman betul lah mamat ni. Hmm.
Waktu tu aku aku rasa macam dejavu. Teringat terus mimpi malam tempoh hari. Aku pandang je Iqmal yang tersenyum tu. Kenapa aku mimpi macam tu?. Ni petanda ke apa?.
Dah macam belangkas kitorang ni. Rasa seronok kejap kenal dengan lelaki ni. Kitorang tak tukar no phone, just tukar Instagram id. So banyak la ambik gambar bersama (tapi bukan berdua) then post. Sebab kenangan yang tak boleh dilupakan giteww.
Fast forward. Trip dah berakhir. Semua otw balik. Time ni a bit sedih sebab tahu pengalaman macam ni takkan berulang dah.
Aku sempat la bye bye si Iqmal ni. Dia pon Layan je siap cakap, “Kita jumpa kat sekolah”. Cinta monyet sangat. Tapi happy la untuk manusia yang first time bercinta macam aku. Yes dia first love aku! (yakin-yakin je). Tapi, kitorang tak bercinta pon, dekat talking stage macam tu.
Tapi saying betul, semua ni tak lama. Biasa la asrama kan tak boleh awak phone. So conversation kitorang hang macam tu je lepas balik trip. Tapi sokay sebab boleh jumpa hari-hari, kan satu sekolah hehe. (yakinnya kamu).
Aku silap. Masuk je sesi sekolah, batang hidung dia pon aku tak nampak. Tak pernah sekali pon terserempak. Aku bukan tak mencari dia, tapi memang tak berkesempatan jumpa.
Mula-mula aku rasa mustahil tak terserempak, tapi memang mustahil pon sebab dekat sebulan jugak aku tunggu dia. ‘Mana iqmal pergi?’. Aku selalu berkata dalam hati.
Bayangkan lah hari-hari excited nak pergi sekolah sebab nak tengok crush, tapi crush hilang dari radar. Sakitnya rindu orang yang tak pasti!. Aku cuba tanya kawan baik aku, kenal tak si Iqmal ni. Diorang semua tak kenal.
Hah sudah. ‘Betul ke Iqmal ni wujud?’ Mula la dah merepek. Rupanya dia memang tak menonjol pon dekat sekolah. Sebab tu kot ramai tak kenal.
“Iqmal mana kauuuu?’. Teriak hati kecil aku. Aku rindu. Sangat..
Nak tahu tak apa jadi dengan Iqmal hmm?_
– Tiara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Iqmal dah pindah sek ekk.. hehhehe