Hi Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih sudi membaca luahan perasaan saya kali ni.
Tajuk harini ialah hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup. Tujuan saya buat luahan kalini untuk dapatkan nasihat dan pandangan dari para pembaca untuk isu yang akan saya ceritakan nanti.
Sedikit latar belakang tentang diri saya ialah perempuan, 27 tahun dan bekerja sebagai project executive di sebuah syarikat pembinaan dalam malaysia.
Saya baru je bekerja di syarikat ni, sebelum ni pernah bekerja di syarikat lain sebagai assistant project engineer.
Kemudian bekerja sebagai design engineer tapi tak lama kemudian saya berhenti sebab rasa tak kena dengan jiwa.
Setakat ni saya rasa okay dan seronok dengan kerja saya yang sekarang sebab sebelum ni pun dah pernah ada pengalaman bekerja dalam bahagian ni dan kerja ni pun fleksibel, ada masa di office ada masa di site.
Isunya di sini ialah normal ke kalau saya rasa saya selesa dengan position kerja yang sekarang dan tak ada langsung rasa nak kejar untuk naik pangkat lebih tinggi contohnya project manager.
Normal bagi orang lain biasanya mesti bercita cita nak pangkat yang lebih tinggi bila dah lama bekerja, tapi tidak bagi saya.
Bagi saya, cukuplah kerja tu dapat bantu saya tanggung diri sendiri, kerja dengan happy dan ada work life balance. Macam yang kita semua tahu, semakin tinggi gaji semakin tinggi juga tanggungjawab kita.
Saya tak nak hidup saya semata mata untuk bekerja, masa cuti dan rehat diganggu dengan urusan kerja.
Saya tertanya tanya normal ke untuk saya rasa macam ni? Atau perasaan ni toxic dan negatif?
Sebelum ni saya tak berapa kisah sangat pasal ni, tapi sejak kebelakangan ni superior saya selalu cakap dia nak train saya banyak benda untuk prepare saya jadi project manager satu hari nanti
(Dia ada juga cakap takkan nak jadi project executive sampai bila bila).
Saya faham saya masih baru dengan kerja sekarang, saya sedia untuk belajar benda baru dan belajar dengan lebih mendalam untuk kerja saya sekarang sebab saya tau banyak benda yang saya belum tahu dan perlu belajar.
Tapi saya rasa kurang senang dengan expectation orang lain terhadap saya.
Jadi minta para pembaca semua kongsi pendapat dan pandangan yang murni untuk saya renungkan dan ambil nasihat.
Terima kasih sudi membaca sampai hujung confession ni. Semoga semua yang membaca sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu. Aamiin!
– Akak pening (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit