Assalamualaikum. Sedikit latar belakang saya:
– Umur 32. Seorang yang ceria, caring, penyayang, peramah, clingy, talkative, extrovert.
– Kakak sulung tapi manja.
– Berkerjaya sebagai pensyarah, successful, independent.
– Orang selalu label saya “beauty with brain.”
– Pandai kemas rumah, masak, jaga solat & aurat, suka budak2 & kucing.
Tapi satu masalah saya, saya SOLO.
Ramai kenalan lelaki tapi 1 pun saya tak terpikat sebab ada trust issues (bad experiences with my ex).
Cuma baru2 ni, ada 2 lelaki yang buat saya tertarik.
Lelaki A:
Asalnya kami berkawan; till now (kini hampir 4 bulan). Yes, dia ada ciri2 lelaki yang saya suka: jaga solat, cat parent, soft spoken, funny, cuteee. Anak yang bertanggungjawab pada ibu bapa. Selesa sangattt dengan dia.
Memang kami berkawan rapat. Playful tapi ada kematangan dalam berfikir. Rajin call – saya talkative & bila ada orang bercakap dengan saya jadi lagi seronok.
Dia layan saya dengan sangat baik. Kalau saya drive, dia akan call untuk teman saya supaya tak mengantuk etc.
Tapi nak dijadikan cerita, age gap kami sangat jauhhh. Dia muda 9 tahun daripada saya, dan dia student tahun akhir. Bukan student saya, dia student kepada kawan saya. Dan dia dah ada crush.
So dari awal saya dh decided “ok dia ni kawan je, umur jauhh sangat.” Dan dari situ saya decided nak teruskan solo sbb saya tak mudah buka hati untuk lelaki & since dia pun dh ada crush.
Tapi, dalam diam sebenarnya saya selalu doa agar Allah bukakan pintu hati dia untuk saya – entah walaupun saya rasa agak pelik & mustahil disebabkan faktor umur kami, tapi bagi saya tiada yang mustahil bagi Allah.
Tapi entahlah, patut ke saya padam perasaan saya ni pada Lelaki A?
Lelaki B:
Ada ciri-ciri yang hampir sama: jaga solat, cat parent, funnyyy. Dia handsome. Engineer, ada kereta, circle yang baik, aktif, fit. Anak yang bertanggungjawab pada ibu bapa. Dan dia pun ada bad experiences with his ex.
Dia muda 3 tahun dari saya & dia matang. Tapi, dia tak pernah call saya (sebab segan).
Kami masih dalam talking stage, tapi macam agakk slow dan makin hari saya lose interest dengan lelaki B – sebab saya lebih suka bercakap berbading chat. Dia lebih prefer untuk jumpa saya dulu.
Buat pengetahuan, kedua-dua lelaki ni memang nak jumpa saya.
Tapi saya selalu menolak sebab saya tak mudah nak keluar dengan orang yang baru saya kenal lagi2 lelaki. Jadi saya prefer call untuk kenal hati budi. Dah ngamm/ kenal lama, then we can meet.
Tapi tulah, bila saya dan B tak pernah berjumpa, umpama textationship & makin hari saya lose interest.
Saya dah survey rumah orang tua T20 hahaha. In case kalau dua-dua ni tak ada jodoh dengan saya mungkin saya decided teruskan solo & jadi cool aunt pada anak buah saya je.
Apa pendapat y’all? Korang pilih yang mana?
Komen yang murni-murni je tau. Positive vibes je okayy.
– Lecturer Cantik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Umo 32 ni muda sangat lagi dik.. especially tahun 2025 ni, omputih kata 30 is the new 20 kekdahnya.. just enjoy your youth.. umo 50 esok baru risau camni okay.. chill jelah, jodoh tak pernah salah alamat walau tak dijemput pun.. biar lambat asal selamat dari makan hati berulam jantung nanti.. all the best okay.. :)
30 is the new 20 kejadahnya? da sah2 bila masuk 30 prmpn dah expired. 50 kubur kata mari dah dik non. untuk confessor yg feelin2 terpaling perfect tu (cantik ke? manjah ke?). pilihan ko dua je. x duda, bini no 2. lain smue azab.
Cantik sempurna umur kau risau lah!!!!!!!!!
Umur hanya angkat. Che Ta elok ja nikah Zain Saidin. Nur Fazura dapat Fattah Amin. Lelaki tak pandang umur.
Kau cantik, kau baik. Kau buat dia nak majukan diri mudah saja.
Tapi baik kau istikharah dulu. Kemudian berjumpa.
Laki dedua ajak jumpa tapi kau pula buat payah!
Jumpa di tempat umum. Setakat mesej dan call itu dipanggil SITUATIONSHIP.
Jumpa sendiri dan berbual secara berdepan keduanya. Baru kau tahu siapa the one.
Dah. Settle masalah kau.
Mudah kan orang cantik sempurna macam kau nih. Tinggal jumpa depan depan dan nilaikan sendiri. Pilih siapa kau mahu.
Kau cantik, 2 tak mahu beribu lagi lelaki handsome kaya dan baik menunggu
Assalamualaikum
Jika berjumpa jodoh yang lebih berusia, lebih baik pilih yang berusia.
Jika terpaksa memilih antara 2, pada pandangan saya, pilih lah yang muda 3 tahun. Tak terlalu jauh beza.
Base on experience, kawin lelaki muda ni boleh ada konflik di masa depan. Walau pun mula² ok, tapi ye lah tahap kematangan, keinginan tu akan ada gap nanti lebih² lagi bila perempuan masuk usia 40an.
Lelaki A x serius dengan awak, lagipun dia suka orang lain. Dia boleh layan awak sbb dia bnyk masa- student lagi kan. Selagi dia xde kerja tetap, awak bukan priority dia.
Lelaki B nak jumpa awak depan2, nak tengok awak ni lawa ke tak, ada chemistry ke tak bila borak. Kalau lepas jumpa tu, dia senyap je.. bolehla awak slow2 tarik diri.
Angah setuju apa yg Qwerty tulis tu. Lelaki ni dorg lbh suka nk jumpa brdepan. Tp awas, jgn sesskali berdua di tempat yg xde org. Cari di tempat terbuka, dan ramai ada di situ. Elakkan dr syaitan yg direjam hasut.
yep, bawak teman mahram masing2, kalau betul2 serious, baru tak buang masa. Kita dpt tahu terus dia serious atau tak. Sekaligus dpt mengelakkan membuang masa, sebab yelah dh akhir zaman ni kan, kita tak tau masa kita. Jadi, masa yg lebih2 tu dpt di save kan utk guna buat benda yg lain, cth nya memperbaiki agama kita.