Salam semua. Aku M, umur 38 tahun ni, full housewife dan beranak 4, tiga normal dan seorang czer. 13, 10, 6 dan 1 tahun lebih.
Suami aku MH, umur 37 tahun ni, alhamdulillah baik-baik saja. Tak sempurna, salah faham tu biasa tapi alhamdulillah saling melengkapi dan MH suami serta ayah yang selalu cuba berikan yang terbaik untuk kami.
Masalahnya aku, dulu sebelum kahwin berat aku 55kg dengan tinggi 162cm, sekarang dengan berat 94kg aku sangat-sangat stres dengan diri aku sendiri. Aku terlalu benci tengok diri aku dalam cermin, emosi aku selalu tak stabil.
Bayangkan berapa banyak beza lemak dan segala toksik yang aku ternak lepas bersalin November 2023 czer dan ikat peranakan.
Bila beranak czer, kau bayangkan perut aku sekarang macam mana, seperti gajah yang sedang duduk. Aku malu dengan suami aku, sumpah aku malu.
Aku buat diet, kadang IF, puasa, manis memang tak minum kecuali bila buat air untuk suami dan anak-anak aku rasa sikit.
Dan bila “gila” aku datang, aku akan bancuh hot coklat konon untuk release stres. Hakikatnya, aku marah sebab aku tak minum manis pun tetap gemuk.
Aku memang suka makan dan aku tahu aku kena ubah habit tu, kalau tak aku akan macam ni sampai mati. Tapi aku selalu kalah dengan diri aku sendiri bila aku stres, penat urus rumah dan anak-anak. Aku akan reward diri aku dengan MAKAN, MAKAN, MAKAN!
Semangat untuk kurus datang dan pergi dengan mudah sangat! Aku meluat dengan diri aku!
Aku cari info pasal IF, cut nasi, cut sugar, diet karnivor tapi aku tetap macam ni, tetap tak konsisten. Aku pernah buat diet lazy keto tapi bila kena keto flu, aku tumbang dan menyusahkan suami dan anak-anak aku. Kesian mereka.
Aku pun nak macam orang lain, nak cantik, nak kurus, nak pakai baju lawa-lawa, nak confident, nak anak-anak bangga dengan aku sebab kemas dan selesa dengan diri sendiri.
Sekarang aku berada dalam titik paling bawah, seboleh-bolehnya tak nak jumpa orang. Kawan memang tak ada lah sebab aku malu bila jumpa orang baru, umur sebaya dengan aku tapi dia panggil aku akak. Tapi aku tak salahkan dia sebab aku tahu aku memang nampak tua.
Hampir semua orang yang aku jumpa dan belum kenal aku akan panggil aku akak, bila tahu umur lagi tua daripada aku, serius benda tu sangat menghiris hati aku. Aku tak kisah kalau memang budak muda, dan aku pun sedar aku dah pangkat mak-mak.
Belum lagi dengan suami, kadang aku lebih selesa jalan atau ke mana-mana sendiri dengan anak-anak sebab aku malu bila jalan dengan suami, macam mak dan anak.
Dengan cermin mata aku lagi, suami pula suka aku ikut mana dia pergi, walau hanya teman tunggu dalam kereta, sebab kadang aku yang mengelak.
Aku menyesal biarkan badan aku gemuk sampai macam ni. Aku betul-betul tak ada keyakinan diri, baju aku sehelai dua je yang kerap aku pakai, konon tu je baju yang buat aku tak nampak gemuk sangat.
Penat jadi gemuk ni, akan jadi malas, mood asyik tak baik, badan kuat berbau, banyak lagi lah.
Aku baru beli treadmill dekat Shopee, selalu bila suami aku off, kami akan brisk walk sama dengan anak-anak dekat area rumah. Harap ada treadmill ni aku dapat buat lebih kerap, banyak dan lama. Aku akan teruskan buat IF, slow-slow cut nasi dan karbo.
Doakan aku kuat ye pembaca IIUM Confession semua, sebab sangat tak mudah seorang ibu suri rumah tangga sepenuh masa menghadap anak-anak yang sedang membesar, yang sedang kuat makan.
Menyuap si bongsu makan dan kadang aku pun termakan sekali, aku kalah kat situ. Kadang menghabiskan makanan yang tak habis.
Apa pun aku sayang sangat dekat suami aku, anak-anak aku, keluarga aku, diri aku. Aku tak benci diri aku, aku bersyukur segala nikmat yang Allah beri tapi aku marah sebab terlalu selesa jadi gemuk. Terlalu banyak alasan bagi dekat diri sendiri. Maafkan aku wahai diriku.
Terima kasih sudi baca.
– Puan M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga Puan M teruskan bersemangat dan istiqamah!
Semoga dipermudahkan segala urusan
InshaAllah kak, boleh kurus. Slowly but surely. takpe kak, gemuk pun suami dan anak2 sayang. yang penting kita niat nak kurus bukan untuk cantik, tapi untuk sihat.
Puan M,
1. Mulakan dengan Cabaran 3 hari tanpa air manis.
2. dah berjaya lepas 3 hari, teruskan dengan cabaran 7 hari tanpa air manis.
3. dah berjaya lepas 7 hari, teruskan dengan cabaran 10 hari tanpa air manis.
4. dah berjaya lepas 10 hari, teruskan dengan cabaran 15 hari tanpa air manis.
5. dah berjaya lepas 15 hari, teruskan dengan cabaran 20 hari tanpa air manis.
6. dah berjaya lepas 20 hari, teruskan dengan cabaran 30 hari tanpa air manis.
selepas itu, lihat apa kesannya pada diri puan. Jika gagal ulang langkah 1.
Setuju. Start sikit-sikit asalkan konsisten. Jangan terus set the bar high, nanti cepat burn out and hilang motivation. Cari cara-cara nak konsisten dalam diet or cari coach yang boleh bantu. In Shaa Allah, slowly boleh tu
amin
go for it mama !
kita sama kapal tapi saya 35 berat 98kg, anak dua2 czer …
cepat penat saya harap saya boleh berubah tahun ni..