Salam sejahtera buat semua.. Peristiwa pahit dalam hidup ni, kalau boleh memang kita nak move on kan.. tapi ada masa teringat balik, pedih tak terkata.
Aku berubah sekelip mata, dari anak kesayangan mak ayah hingga jadi anak terbuang, sebab aku jauhkan diri untuk jaga rumah tangga aku, hubungan halal yang awalnya direstui sendiri oleh wali aku.
Throwback sikit zaman bujang aku, aku rasa aku lah anak yang paling mengambil berat hal mak ayah sebab aku anak sulung perempuan yang dah bekerja dan berdikari.
Aku selalu balik jenguk mak ayah hampir setiap bulan, bayarkan bil rumah dan belikan apa-apa barang yang mak inginkan, keperluan yang kurang macam mesin basuh, tv, motor..
Bukan niat nak mengungkit, aku cuma nak cerita sejauh mana aku berusaha nak gembirakan syurga duniaku masa tu.. aku bawa mereka berjalan-jalan. Mak ayah memang happy kalau aku balik, aku pun jenis happening dengan keluarga.
Aku dah cuba jadi anak yang terbaik tapi.. selepas aku kahwin, segalanya berubah. Sejak dulu aku memang outspoken dengan bapa aku, apa yang salah aku tegur sebab bapa aku sejenis yang dominan dan mak terlalu pasif, aku kasihankan ibu.
Kerap juga bergaduh mulut dan aku lari dari rumah sebab tak tahan dimaki. Tapi seteruk mana aku dihina, aku tetap kembali ke pangkuan mereka.
Selepas kahwin, first raya aku bawa balik suami ke rumah family aku. Waktu senja hampir maghrib tiba, ada seorang tetamu ayah aku datang berkunjung. Kami sekeluarga masa tu tengah kepenatan dan bergegas untuk solat dan bersihkan diri tapi ibu aku diminta masakkan lauk untuk tetamu..
Ya tetamu tu spesis tak solat, jadi tak hairanlah jika dia takde common sense pasal waktu maghrib ni. Aku terus ke dapur bagitau ibu, pergilah solat dulu, lepas solat kita masak sama-sama. Dia boleh tunggu sekejap, ibu aku akur dan naik ke rumah atas untuk solat.
Masa aku kat dapur, ayah aku datang dan suruh aku layan tetamu. Aku terus jawab, aku nak solat la dah lewat.. tiba-tiba ayah aku melenting marahkan aku.. cakap aku tak hormat tetamu dan sebagainya.. mula la dia keluarkan kata-kata kesat padaku.
Hati aku sakit, itu kan tetamu dia, apa salahnya ayah aku attend dulu sementara kami bersiap kan. Aku dah tak tahan dimalukan depan keluarga dan tetamu, masuk bilik aku menangis depan suamiku.
Tak pula aku tahu waktu tu aku baru mengandung beberapa minggu, mungkin sebab tu emosi fragile. Aku cakap kat suamiku, aku nak balik kl malam itu juga, aku takut amarah ayah melarat hingga terbawa-bawa pada ibu dan adik-beradikku hingga merosakkan raya mereka.
Dan aku malu sebab merasakan aib keluarga dah terbuka depan suami. Bapa memang akan terus keluarkan kata-kata kesat sepanjang malam, kadang-kadang hingga pukul ibu. Aku nak elakkan hal macamtu berulang. Jadi kami berkemas dan aku bersalaman dengan ibu dan adik-adikku.
Abang aku datang dan memujuk, sambil memelukku. Aku meminta maaf pada mereka. Tiba giliran aku nak bersalam dengan ayah, dia enggan sambut salamku. Terus terhambur kata-kata kesat lagi, mungkin kesal dan marah dengan tindakan drastikku. Terkeluar la ayat ‘anak derhaka’ dan ayah menyuruh aku tukar nama bapa.
Suamiku marahkan ayah, mungkin bagi dia keterlaluan apa yang keluar dari mulutnya, seolah-olah membuang anak sendiri. Berlaku pula pergaduhan antara mereka.
Aku mengajak suami bertolak, dalam kepenatan dan pekat malam kami menyusuri perjalanan beratus-ratus KM. Peristiwa ini lah titik tolak dimana suamiku enggan pulang, malah melarang aku balik ke kampung.
Selepas setahun, aku memujuk suami untuk membenarkan aku balik kampung, berjumpa ibu dan adik-adik. Suamiku bersetuju tetapi menghantar aku menaiki kereta, dia akan menginap di hotel untuk mengelak berjumpa ayah.
Namun dalam perjalanan mengambil aku semula untuk balik kl, ayah aku mengejar belakang kereta suami seolah-olah seorang gangster. Dia menahan kereta suamiku dan menengking suamiku. Aku memang tak sangka dia akan bertindak melulu sebegitu rupa hingga menggugut suami.
Suamiku terus menarik aku dan anak menaiki kereta dan kami memecut pulang ke KL. Dalam perjalanan kami bergaduh besar. Kejadian tadi betul-betul memberi kesan dalam hubungan kami hingga suamiku suruh aku memilih antara dia dan keluargaku.
Aku hanya diamkan diri, berharap keadaan dan marahnya beransur hilang.. aku meminta maaf pada suami atas tindakan ayah, aku tak boleh kawal keadaan.aku merayu ibu slow talk pada ayah, tolong hentikan ugutan pada suamiku, tak mustahil kami akan bercerai jika masalah ini berterusan.
Bagi aku, suami seorang yang tak pernah mengabaikan tanggungjawab pada aku dan anak dan menjaga kami dengan baik. Tahun berikutnya, ibu minta aku balik lagi, kerana rindukan cucu..
Aku dah jarang menelefon ibu. Kalau dulu selang 3 hari aku akan menelefon, aku tak tahan dengan desakan ibu untuk minta aku pulang dan untuk suamiku minta maaf pada ayah.
Kali ini aku berbincang dengan suami agar membenarkan aku dan anak pulang sendiri bersama adik perempuanku yang akan menemani dan dia bersetuju, tapi hati aku tak pernah rasa seronok lagi untuk balik.
Sekarang, aku hanya balik untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak.. Sedangkan terpaksa meninggalkan sebahagian jiwaku seorang diri disini.
Bila balik kampung, pilu hati melihat abang dan adikku bahagia bersama pasangan, ayah dan ibu malayan mereka dengan baik. Sedangkan aku berkejaran menjaga anak seorang diri, rindukan kehadiran dan sokongan suami.
Berkali-kali aku tertanya pada diri, aku anak yang jahatkah? Aku menyusahkan ibu ayah kah? Apa kurang aku sebagai anak hingga dilakukan begini. Berat sungguh ujian ini, aku diuji dengan orang yang paling aku sayang. Mak, ayah dan suami.
Banyak kali aku cuba muhasabah diri, berdoa agar kebaikan aku pada mereka dulu tak berubah menjadi debu yang sia-sia, akibat dari melayan rasa, dan agar aku tidak menjadi isteri derhaka. Tolong doakan hubungan suami dan keluargaku pulih kembali ya. Terima kasih.
– Mrs A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dua2 keras, memang jadi masalah besar ni